29 Mei 2014

Laila Kamilia Dengan Dunia Buku Kanak-kanak

Berkongsi dunia kanak-kanak yang indah dan membahagiakan, penuh eksperimen dan mengujakan. Laila Kamilia bertuah kerana sentiasa dikelilingi dengan kanak-kanak membolehkannya menggarap cerita kanak-kanak di dalam buku-buku khas untuk kanak-kanak.

Selain daripada menulis novel, Laila Kamilia telah menulis dua buah novelet kanak-kanak bersama 4 penulis lain iaitu Lynn Dayana, Maryam Elyas, Zakiah Abd Ghafar dan Nurliza Mohd Nasir bertajuk Kawan Baru FB dan Powerpuff Girls Mama, terbitan Buku Prima Sdn. Bhd. Setiap buku mengandungi 15 cerpen yang sarat nilai moral yang sangat sesuai untuk bacaan anak-anak.

Antara pencapaian Laila Kamilia dalam bidang penulisan adalah pencalonan ke Anugerah Buku Perpustakaan Negara Malaysia-RTM 2013,  kategori Buku Fiksyen Kanak-kanak melalui buku Kawan Baru FB. Sila klik link teaser promo Kawan Baru FB.


 kulit buku Kawan Baru FB, tajuk tersebut diambil daripada salah satu tajuk cerpen Laila Kamilia

kulit buku Powerpuff Girls Mama

Hardy dan Bola merupakan kisah yang digarap berdasarkan kisah anak sulung Laila Kamilia bernama Hardy yang sangat gilakan bola tetapi badannya sedikit gempal. Lihat bagaimana Hardy berjaya dalam misi bolanya di dalam cerita ini.

Pustaka Mini Aina adalah idea untuk menanam minat membaca di kalangan anak-anak dengan menerangkan cara-cara mempunyai mini library di rumah. Karektor Aina diambil daripada anak seorang teman, Zatushishamimi yang begitu minat membaca bernama Aina Azlan yang bersekolah di Langkawi. Sekarang Aina telahpun tamat sekolah rendah dan sedang menuntut di MRSM Langkawi. Tahniah Aina! Hobi membaca pastilah membawa jaya!
Terima Kasih ALLAH merupakan cerita yang saya angkat daripada kisah seorang murid istimewa Laila Kamilia di sekolah, tentang bagaimana dia diejek kerana dia istimewa. Kawan sekolah di aliran perdana tidak memahaminya dan bagaimana guru pendidikan khas Cikgu Azimah menangani masalah ini di sekolah? Hehe... tribute kepada rakan sebelah meja Puan Noorazimah.
Kawan Baru FB adalah kisah tentang dunia FB dan kanak-kanak hari ini. Bagaimana Mila menangani hal-hal di mana glamer dan banyak LIKE di FB menjadi dambaan ramai kanak-kanak yang gilakan FB hari ini, sekalipun umurnya belum cukup 18 tahun lagi!

Hakimy Hilang PSP adalah kisah yang sangat benar anak kedua Laila Kamilia, Hakimy yang telah menghilangkan PSPnya di The Mines Shopping Fair beberapa tahun lepas. Pertama kali saya memasukkan diri sendiri dan keluarga sebagai karektor utama di dalam penulisan LK.

Neptune Perlukan Raja merupakan percubaan Laila Kamilia memasukkan unsur fantasi di dalam tulisannya. Dengan mengambil karektor teman baik Hardy bernama Amsyar yang kebetulan tinggal di belakang rumah LK, kisah ini membawa anak-anak mengembara ke planet Neptune.  Apakah rahsia yang menyebabkan mereka terpaksa menculik Amsyar untuk dibawa ke Neptune? Jawapannya ada di dalam cerpen ini.




Awal tahun ini, alhamdulillah buku Powerpuff Girls Mama  pula tersenarai ke Top 5 untuk Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 bagi kategori Buku Kanak-kanak  yang bakal berlangsung pada 14 Jun 2014 nanti. Terima kasih kepada yang telah mengundi buku ini ye. Sama-sama kita nantikan debarannya.

Apakah projek buku kanak-kanak terbaru Laila Kamilia? Terkini, Laila Kamilia sedang menyiapkan novel kanak-kanaknya bertajuk sementara, Kimy Sana Sini yang sedang dalam proses suntingan akhir.

Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang Laila Kamilia, boleh layari www.lailakamilia.com atau Facebook/Instagram/Twitter : Laila Kamilia.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...