Seperti yang diberitahu kepada teman-teman sebelum perjalanan ke London, kali ini kami memilih untuk berkereta untuk merasa suasana berbeza. Kami bertolak ke London menaiki kapal terbang dan pulangnya berkereta. Dari London kami melalui Dover, sebuah pelabuhan jika boleh diimaginasikan bolehlah seperti Pelabuhan Pulau Pinang tetapi lebih besar dengan pemandangan batu kapur di sekitarnya. Kami tidak menaiki terusan kerana disebabkan sudah suntuk, harga tiketnya mahal. Jadi kami memilih menaiki feri saja. Jika tidak, tentu pengalaman kami menjadi lebih menarik kerana pengalaman memandu di terusan di dalam lautentulah satu pengalaman yang begitu menarik.
Jam 2.00 petang kami sudah tiba walaupun tiket feri jam 3.15 petang. Kami melepasi imegresen dan kastam. Pemeriksaan keselamatan yang nampaknya tidaklah terlalu ketat sebagaimana melalui kastam di Bukit Kayu Hitam. Hanya pemandu yang diperiksa, boot kereta dibuka ,cuma yang ditambah ialah alat pengesan bom dilalukan di bawah tayar kereta.
Selesai urusan dengan kastam, kami beratur menunggu feri. Sementara feri tiba, sempatlah kami berehat-rehat di kawasan rehat yang disediakan. Dari Dover kami dijangka tiba di Callais (Peranchis) dalam lebih kurang 2 jam lebih. Tetapi kami tidak merasa perjalanan itu sangat kerana kami mengisi masa dengan makan dan berjalan-jalan di atas feri. Selain bergambar, aktiviti menjamu mata di kedai bebas cukai di atas feri ini boleh melupakan seketika yang kita berada di dalam feri.
Pengumuman dibuat sebaik tiba di Callais. Dari Callais kami menuju ke Gent (Belgium) selepas 4 jam perjalanan. Mula-mula memandu kereta UK di jalan raya Europe memang mengelirukan. Saya yang disebelah terpaksa berjaga-jaga juga bimbang abang tersalah makan jalan. Almaklum, pemandu kereta UK memandu di sebelah kanan sedangkan pemandu di negara Europe yang lain, memandu di sebelah kiri. Bagi mengelakkan kemalangan, beberapa syarat seperti menampal lampu hadapan kereta dengan pelekat khas dan meletakkan pelekat tanda UK pada belakang kereta adalah wajib bagi memberitahu kepada pengguna lain tentang kejanggalan pemanduan kami.
Semasa di lebuhraya tidaklah terasa sangat, tetapi semasa kami tersesat dan masuk ke badan Gent, mulalah kami terasa sedikit panik. Kami terpaksa memandu di belakang tram dengan jalan yang bersimpang-siur, begitu mengelirukan. Mujurlah GPS membantu kami keluar segera dari sana. Kami meneruskan perjalanan ke Eindhoven (Belanda) untuk bermalam. Ketika itu jam sudah menunjukkan angka 10 malam tetapi hari masih terang-benderang.
Tetapi sebaik sampai di Eindhoven, kami membatalkan hasrat untuk bermalam di sana disebabkan harga hotel yang mahal (euro 100) untuk beberapa jam berehat dirasakan tidak berbaloi. Waktu akan cerah jam 4.00 pagi dan kami berhasrat meneruskan perjalanan dan singgah di mana-mana hentian yang menawarkan penginapan.
Namun setelah berjalan beberapa jauh dan singgah di 4 hentian lain yang menawarkan penginapan, kami masih tidak singgah kerana faktor hotel yang mahal. Rupanya harga penginapan di RnR di Europe ini tidaklah semurah di England dan di Malaysia. Euro 100 adalah harga paling minimum. Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan dan berhenti berehat di RnR jika mengantuk dan lapar.
Sudahnya kami hanya tiba di Berlin jam 4.00 petang keesokan harinya. Perjalanan berkereta sejauh 1000km, merentasi 5 negara, memang pengalaman paling memenatkan. Tetapi seperti biasa, ia memberi kami satu lagi pengalaman berharga yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan