03 Julai 2009

Selamat Bergraduat Hafis

Sebenarnya entri ni sudah lama hendak ditulis tetapi menunggu tuan empunya badan untuk menghantar gambar, sudahnya berzaman barulah dapat. Apapun kesempatan ini saya dan keluarga di Berlin ingin mengucapkan selamat bergraduat kepada adik lelaki saya Mohd. Hafiz Kamaluddin yang mengikuti Diploma Kejuruteraan Awam, UiTM pada 3 Jun lalu. Alhamdulillah pada zaman gawat-gawat ni, beliau sudahpun bekerja sejak beberapa bulan sebelum bergraduat lagi. Harapan saya, biarlah adik saya ini menempuh pengalaman berharga semasa bekerja dan jika ada kesempatan, sambunglah belajar kerana menuntut ilmu biar sampai ke liang lahad.

Tengok gambar mak dan abah...hilang rasa rindu saya pada mereka. Tak banyak berubah fizikal mereka. Alhamdulillah. Semoga masa cepat berlalu dan kita semua akan dapat bertemu. Selamat hari lahir untuk kesemua lelaki-lelaki di dalam keluarga saya yang jatuh pada Jun. Azham 6/6, Hafis 17/6 dan abah saya 22/6. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Hadiah? Hehehe rasanya dah dapat in advance....Jumpa lagi!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...