Seharian saya demam semalam. Semuanya gara-gara makanan yang ada di dalam gambar inilah (gambar dimuat turun dari http://shw.mamazieza.fotopages.com/15500233/sayur-keladi-asam-pedas.html). Alkisahnya saya sudah pernah masak asam pedas keladi ini dua bulan lepas dan masa itu saya sihat saja bila memakannya. Jadi bila ke pasar Asia beberapa hari sebelumnya, saya telah membeli batang keladi dan memasaknya bersama ikan segar.
Namun rupanya nasib tidak menyebelahi saya. Selepas makan, badan saya mula terasa lain macam. Angin satu badan dan bisanya menyucuk-nyucuk ke tulang. Sebelumnya saya makan ada pengalaman dengan bubur kacang. Begitu juga rasanya tetapi saya cepat-cepat minum teh herba. Tapi akibat berlengah minum teh herba, terus saya diserang lemah-lemah badan. Seharian saya terlantar di tilam. Apapun makanan yang saya makan semuanya tidak kena dengan selera.
Bila sudah ada tenaga, saya gagahkan diri menyapu minyak di seluruh badan dan minum teh herba 2 uncang. Alhamdulillah tidak lama selepas itu, barulah pecah peluh dan saya kembali bertenaga.
Sekarang ini saya memang berhati-hati memilih makanan. Bukan boleh main redah ikut selera. Sudahlah makanan di sini jumlahnya terbatas, terpaksa dibataskan lagi kepada makanan yang tidak berangin pula. Moralnya selagi boleh makan, makanlah kerana bila nikmat makan itu sudah 'ditarik' olehNya, bentanglah dengan seribu makanan enak-enak....anda pasti tidak mampu untuk menelannya. Satu lagi, ia peringatan untuk diri saya....dah tua dah, buatlah ibadat banyak-banyak....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan