Minggu lepas, saya sempat melawat seorang kawan lama yang tinggal di Taman Sutera Kajang. Beliau menghantar SMS kepada saya hari Jumaat minggu sebelumnya menyatakan bahawa beliau telah selamat menjalani pembedahan. Saya terkejut kerana beliau baru saja melahirkan anak dua bulan sebelumnya. Dia memberitahu yang pundi hempedunya telah dibuang! Apa dibuang! Saya terkejut kerana inilah pertama kalinya saya yang naif ini mendapat tahu yang pundi hempedu boleh dibuang.....
Dari cerita kawan saya itu, semasa dia mengandung kali ini, selepas musim alahan berlalu, dia hanya boleh makan nasi lemak. Biasalah orang mengandung seleranya tentu pelik sikit. Oleh itu setiap hari dia makan 2 bungkus nasi lemak untuk selama 3 bulan.... Sebaik dia bersalin dia berasa sakit di perut. Diagnosis awal, mungkin dia gastrik. Namun setelah pergi ke Hospital Pakar An Nur, Bangi, doktor memberitahu di dalam pundi hempedunya ada batu (saya ingatkan hanya buah pinggang boleh ada batu).
Fungsi hempedu adalah menyerap lemak dalam tubuh. Setiap lemak yang kita makan akan ditapis oleh hempedu. Komposisi lemak yang terlalu banyak untuk ditapi dari nasi lemak itu menyebabkan lemak bertukar menjadi batu. Alternatif lain selain membuang hempedu adalah dengan memecahkannya dari dalam tetapi ia berisiko. Batu yang pecah tadi mungkin akan ke hati, jantung atau organ lain dalam proses untuk disingkirkan dari tubuh. Jalan terbaik dengan membuang pundi hempedu. Kini fungsi hempedu terpaksa diambil-alih oleh hati pula. Dan kini beliau harus mengurangkan makanan berlemak...
Setiap kali nak makan nasi lemak, saya jadi takut.... Dan kemudian saya berpesan kepada orang pula jangan makan nasi lemak banyak-banyak...Hehehehe...macam saya pula yang kena buang hempedu!
17 ulasan:
Hi,
Salam, saya siti dari Puchong, baru balik melawat makcik yang baru dibuang hempedunya...
Oleh kerana curiosity yang sgt tinggi tentang impact yang akan berlaku jika hempedu dibuang jadi saya pon cari la info yg boleh dpt di kongsi bersama.
Makcik saya baru berusia 38 thn..terdapat LIMA biji batu sebesar najis kambing dari hempedu nya...wow!! mengerikan...dpt tgk secara 'LIVE' lagi batu tuh sbb doctor bagi batu di bawa balik ke rumah..huhuhu...
Menurut makcik saya, next appointment dgn doctor bulan depan, doctor akan bekalkan senarai, apa makanan yag tidak sepatutnya di ambil oleh pesakit yang telah dibuang hempedu nye...
salam...
sebenarnya saya br je lepas
salam...
sebenarnya saya br je lepas buat pembedahan buang hempedu sebab ada batu karang 9 biji kat dalam hempedu...saya kena pun masa mengandung, tp anak sy dah 2 tahun..mcmana boleh tau wujudnya batu sbb selalu sakit perut yang teramat sangat yang boleh bawa ke 3-4 hari..so, dah x tahan ngan sakit so, sy ambil keputusan refer hospital private, doktor jalankan endoscopy dan sahkan mmg ada batu kat hempedu sy. Seminggu lepas tu, sy trus minta doktor buat pembedahan untuk buang bau dan pada masaa yang sama , doktor terpaksa buang juga hempedu saya..
sekarang, alhamdullilah, dah 2 bulan saya dah xsakit perut seperti dulu dlm sebulan sekali saya mesti suffer.
SALAM UNTUK SEMUA, SAYA PENGIDAP BATU KARANG GINJAL DAN JUGA HEMPEDU, MEMANG MENYEKSAKAN TAPI ALLAH MEMBANTU, SEPERTI BIASA LA BILA PERGI HOSPITAL JAWAB NYA BEDAH, KITA XDE PILIHAN LAIN. ALHAMDULILLAH SAYA DAPAT SELAMATKAN ORGAN DALAMAN SAYA DARI DIROBEK OLEH PAKAR BEDAH. SAYA MEMBUANG BATUKARANG TERSEBUT TANPA PEMBEDAHAN. DALAM MASA SEMINIT AJE SEMUA SELESAI. KEMUDIAN PERGI COMFIRM DENGAN IMBASAN. DOKTOR MENGESAHKAN MEMANG TIADA BATUKARANG LAGI. SILA LAWATI BLOG SAYA DAN SAKSIKAN SENDIRI VIDEO YANG SEMPAT SAYA RAKAM. IANYA RAKAMAN YANG SEBENAR SETELAH SAYA MINTA IZIN DARI TUAN HAJI BERKENAAN. http://www.karangbatuu.blogspot.com
saya pun pernah menjadi pesakit pundi hemdepu. mmg teramat sakit. tapi saya tidak lagi menghidapinya. saya cuma meminum ubat yang telah diberitahu oleh pengamal perubatan Herba. Hanya mengunakan bahan2 yg ada di pasaran. Alhamdulilah sehinga hari ni saya sihat walafiat tidak lagi sakit sekiranya memakan makanan berlemak.
ingin mengetahui bahan2nya sila berkunjung jomlangsingwitsiy.blog.com
Askum...
Last year sy buat operation buang batu hempedu. So skrang ni dh tak sakit lagi. Masa sakit tu semua tak bleh nak mkn, mkn je muntah sampai berat badan turun mendadak. Sy buat operation kt privete hosp kos dlm 7K. Kalau dikira batu sy dlm 50 biji sebesar biji kacang hijau. Sampai skrang sy masih simpan batu ni untuk kenangan...
hi..sy baru buat operation 4 hari lps kat private hospital di kl..total cost for 7days=RM27k. mcm xpercaya kan..yes..bukan 2700 tau.skang ni tgh search utk diet yg sesuai..jumpe satu forum from oversea most of them ckp ade problem diarrhea..but now still rase x selesa.xde selera mkn..doc bg simpan batu yg dikuar kan tu..mine dlm 20 biji besar kacang hijau..my case jadik kronik bile ade batu yg dah kluar dr hempedu & block saluran hati..i dah kene jondis(demam kuning).
saya baru je menjalani pembedahan mbuang bt hempedu semlm.. Skarang msh lg rasa sakit, bks operation.. Saya kena byk buat research on plan pemakanan.. Mungkin kwn2 yg ada disini (dah ada pengalaman boleh share info)..
saya mengucapkan terima kasih kepada yang sudi berkongsi pengalaman di sini. smg ada manfaatnya. kepada semua....tabahlah menghadapi ujianNya...amin
Salam...saya baru disahkan mempunyai batu tp sebiji je sebesar 1.6 cm disalur antara hati ke pundi hempedu...so doktor memang suggest remove the gallbladder...wah saya masih was22... sebab kalau saya buang maka saya tak leh mkn sesuka hati...kesian saya...tengah fikir ni....
Baru2 ni sy menjalani rawatan buang batu hempedu secara selamat di durian tunggal melaka tanpa melakukan pembedahan..alhamdulillah rasa senak di ulu hati, sakit di bahu dan belakang dah hilang serta merta..kita hanya ikhtiar..Allah yang menentukannya..ezamniezam81@gmail.com
Lima thn lps saya ada membuang batu karang dihempedu di durian tunggal. Mmg hilang segala sakit. Tetapi ianya dtg kembali tahun ini dan saya baru sahaja menjalani pembedahan membuang pundi hempedu. Ada dlm 40 biji semuanya. Mungkin ada hikmah supaya saya kawal pemakanan saya kepada yg lebih berkhasiat:-)
Lima thn lps saya ada membuang batu karang dihempedu di durian tunggal. Mmg hilang segala sakit. Tetapi ianya dtg kembali tahun ini dan saya baru sahaja menjalani pembedahan membuang pundi hempedu. Ada dlm 40 biji semuanya. Mungkin ada hikmah supaya saya kawal pemakanan saya kepada yg lebih berkhasiat:-)
salam, mak saya dah hampir 2thn buang hempedu tetapi masih sakit di bahagian kanan perut tempat operation. sampai sekarang masih tak tau kaedah perubatan yang baik untuk menyembuhkan sakit yang mak saya hidapi. mohon kawan-2 share info ye...
Salam sis, menarik post ni sbb slalu dgr ttg org buang batu kat pundi hempedu, kebetulan baca artikel ni saya rasa nak share kat blog saya pulak, nnt jemput singgah blog saya ye...saya follow sini juga!
ANISVITASHOP
kalo buat operation kat haspital kerajaan agak2 brape ye kos nye...
salam. nenek saya telah bjaya menjalani pembedahan membuang hempedu. alhamdulillah, smua bjalan lancar. tetapi, mslh seterusnya ialah fungsi hempedu akan diambil alih oleh hati. so, makanan yg berlemak akan membuatkan beliau akan terdedah kepada risiko sakit jantung, obesiti, dan mgkin strok disebabkan lemak di dalam badan. apa yg ingin saya cadangkan kepada semua, ambiklah makanan yg rendah lemah, tetapi cukup nutrisi. saya mencadangkan agar menggunakan produk HERBALIFE. insyaallah. ini yg terbaik boleh saya cadangkan di dalam pasaran malaysia saat ini. untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya 013 8356418/ facebook : FAIZAL HADI @ e-mail : mofzah@yahoo.com.
Catat Ulasan