18 November 2007

Kisah Malam Pertama Yang Melucukan

Baru-baru ni semasa berehat-rehat di rumah teman baik saya, terkeluarlah cerita ini. Almaklumlah cuti sekolah dah mula. Tentu ramai yang nak naik pelamin. Kami sekadar bertukar pengalaman bercuti 5 hari selepas peperiksaan akhir. Teman baik saya ni manja orangnya. Dia cerita pengalamannya bercuti di pedalaman ke rumah sepupunya yang berkahwin dengan orang Pahang di ulu banat. Orang bandar yang dibesarkan dengan kemewahan, tentu banyak pengalaman yang dikutipnya merasai pengalaman baru tinggal di kampung yang tiada bekalan air paip. Tentu saja kawan saya ni angkat bendera putih kalau tiada bekalan elektrik pula.
Dia menceritakan bagaimana susur galur sepupunya itu berkahwin dengan orang ulu banat tu sehinggalah tercerita kisah kakak sepupunya yang naif itu. Begini alkisahnya....
Kakak sepupunya yang manja itu yang sentiasa berkepit dengan ibunya ini bukanlah yang jenis suka bersosial ke sana sini. Hidupnya hanya dengan ibu, lantas bila kahwin perasaan hendak berkepit dengan ibu itu masih ada pada dia. Dia pula tidak terdedah dengan kisah-kisah rumahtangga tu dan ibunya pula tidak bercerita kerana si anak tidak bertanya.
Pagi itu suaminya keluar membeli roti canai. Kesian pengantin baru kena dera di rumah mentua. Lalu si isteri tadi tinggalh sendirian mengadap cermin. Hendak dijadikan cerita, datanglah anak saudaranya yang berumur 4 tahun yang sedang baru dapat mulut (dalam erti kata lain tak reti nak diam). Dia masuk meluru ke bilik pengantin yang terbuka pintunya.
"Malam tadi kenapa maksu kunci pintu? Orang nak masuk tak boleh." Dia mengadu dan marah pada maksunya yang selama ini tak pernah kunci pintu bilik yang membolehkannya keluar-masuk ke biilik maksunya pada bila-bila masa.
"Oh, ye ke? Malam ni mak su tak kunci."
"Mak su janji?" Si kecil menagih simpati.
"Ya, mak su janji." Mendengarkan janji maksunya si kecil tadi senang hati. Lalu dia memanjat katil pengantin yang berbau harum itu dan cantik terhias. Seronok dia melompat-lompat di atas katil itu sambil dibiarkan oleh maksunya.Tetapi kemudiannya dengan tiba-tiba dia menjerit membuatkan masksunya berpaling.
"Maksu! Kenapa katil maksu berdarah?"
Yang maksunya itupun tak mengesyaki apa-apa lalu kata tak tahu dan akan cuci nanti. Sangkanya cerita itu akan tamat di situ tetapi mulut budak kecil itu tak dapat ditutup. Sebaik saja dia nampak paksunya balik menjinjing roti canai, dia berlari mendapatkan paksunya itu.
Dia berdiri di depan pintu ruang tamu umpama jaga yang sedang marah. Pinggangnya dicekak dua-dua belah. Dengan wajah garang dia menjerit seluruh alam.
"Paksu! Apa paksu buat pada maksu malam tadi sampai berdarah katil maksu?"
Ketika itu paksunya yang sedang menjinjing plastik roti canai terus tergamam dan berhenti melangkah. Ibu mertuanya di dapur sedang menyapu sampah terus tegak. Jiran di sebelah rumah yang sedang menyidai kain terus kaku. Kira macam masa seakan berhenti bergerak.
Yang seronoknya tindakan pantas si pengantin lelaki menekup mulut si kecil sambil mendukungnya masuk ke bilik sebaik tersedar dari masa yang terhenti seketika itu. Meronta-ronta si kecil minta diturunkan. Semua orang tidak tahu apa rasuah yang diberi si pengantin lelaki selepas itu kerana selepas keluar dari bilik pengantin, si kecil tadi tersenyum gembira dan tidak langsung mengungkit cerita.
Si emak apa lagi, bila anak perempuannya keluar bilik terus bising2. Jawapan si pengantin perempuan, "Mana cek tau lepas buat tu keluar darah." Maknya tepuk dahi dan kelam kabut menyapu bedak di leher pengantin, menutup mana-mana 'parut' yang patut sebelum si kecil bertanya lagi.
Moral dari kisah ni, berhati-hatilah si pengantin baru ye dan penuhkan ilmu di dada. Selamat Pengantin Baru!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...