Entri kali ini saya tulis tentang Road Trip ke Thailand. Destinasi yang dipilih adalah Hatyai-Krabi. Semoga entri ini membantu anda yang bercita-cita menambah satu lagi pengalaman selain daripada pengalaman menaiki kapal terbang. Jom baca!
Pastikan kereta anda dalam keadaan tiptop dan diservis. Minyak juga perlu penuh tangki kerana harga petrol di Thailand lebih kurang RM3 seliter! Urusan membawa kereta ke Thailand tidaklah sukar mana. Sila bawa salinan geran. Kita kena beli insurans dan isi beberapa borang. Untuk itu jangan risau kerana ada syarikat yang boleh membantu mengisikan semua dokumen itu kita berhenti di CTC, Bukit Kayu Hitam . Kepada yang tak pernah tahu, syarikat ni menyediakan kawasan parkir yang sangat luas selepas flyover UUM di sebelah kiri jalan. Di sini, mereka akan uruskan insurans RM20 per kereta dan isi borang visa on arrival sekali. Kalau tak singgah di sinipun, masih boleh buat insurans di tepi jalan menuju ke imegresen Bukit Kayu Hitam tetapi saya rasa macam susah nak parkir saja di situ.
ini signboard syarikat tu
Boleh tukar duit juga kat sini kerana kadarnya sangat menguntungkan berbanding tukar di KL. Ramai yang beratur.
Sampai kat imegresen orang ramai gila. Letakkan RM2 atau TBH20 kat dalam pasport semasa hantar pasport kepada imegresen Thailand pergi dan balik. Dapatkan visa on arrival terlebih dulu. Semua kena turun dari kereta. Setelah mendapat visa barulah pemandu menguruskan visa membawa kereta. Cukup sekadar pemandu saja yang pergi di kaunter lain.
Setelah selesai, saya mencadangkan semua dokumen yang telah dikembalikan disimpan di dalam satu tempat khas. Ini kerana sekiranya dokumen visa on arrival hilang, akan ada masalah hendak keluar dari Thailand. Ini kerana sesetengah hotel di Thailand meminta pasport ditinggalkan di reception dan kemungkinan untuk tercicir visa on arrival itu adalah besar manakala jika anda tidak memulangkan kembali dokumen kereta anda semasa meninggalkan Thailand, anda boleh didenda RM1000 jika tidak dikembalikan.
tuktuk kenderaan wajib cuba di Thailand
Perjalanan daripada Kedah ke Hatyai memakan masa kira-kira 50 minit berkereta. Kami tiba di hotel sekitar jam 4.00 petang. Jam 5.00 petang kami makan malam di kedai Kelantan. Makanannya bolehlah dimakan, harga berpatutan dan ada aiskrim kelapa percuma.
Di sepanjang perjalanan kami ke kedai makan, kelihatan pelbagai jualan di sepanjang jalan. Malam itu selepas makan, perkara pertama yang perlu dibuat awalah mendapatkan kad sim untuk kegunaan sepanjang berada di Thailand. Seperti sebelumnya Happy 7 hari unlimited internet for tourist dipilih bagi kegunaan kami. Sim kad dibeli di shopping mall di situ.
Setelah mendapatkan sim card, sudah ada Waze bolehlah merayap jauh sikit ke Klonghae Floating Market. Pada awalnya saya ingatkan ia seperti yang saya pernah lihat di Pattaya tetapi ia sedikit berbeza. Jika di Pattaya, kita perlu naik sampan untuk membeli tetapi di sini hanya penjual saja yang menjual dari dalam sampan. Satu pengalaman baru di sini.
Mini funfair. Peralatan untuk menggerakkan buaian dan lain-lain sangat old fashion hehe.
Kami pulang sudah lewat malam. Esoknya kami bergerak ke Krabi jam 10.00 pagi. Tak sempat nak cover hari ni shopping di Santisuk Market dan Trick Art Museum, satu tarikan terbaru di sini. InsyaaALLAH kita cover dalam perjalanan pulang dari Krabi nanti.
3 ulasan:
seronoknya jalan2 :)
seronoknya jalan2 :)
Bestnya... jalan2
Catat Ulasan