13 Januari 2014

Khas untuk penulis baru : Panduan menghantar manuskrip ke penerbit

Saya sebenarnya segan nak buat entri ini. Almaklum, saya ni bukanlah penulis tersohor. Pengalaman menulis pun ciput aje. Tapi saya ada menerima banyak juga permintaan daripada adik-adik mahupun kakak-kakak yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Berikut saya kongsikan dengan anda jawapan yang selalu saya berikan kepada soalan-soalan mereka. Harapnya dapat membantu.

Berikut adalah soalan-soalan lazim ditanya kepada saya:-
Bagaimana caranya hendak menghantar proposal novel kepada syarikat penerbitan?
Cetak manuskrip (novel yang sedang ditulis masih dalam bentuk raw yang belum diterbit) atas kertas A4. Pastikan ada mukasurat dan ada tajuk novel. Butir peribadi misalnya alamat, emel dan no. tel. yang lengkap untuk dihubungi. Kemudian bind. 

Di atas kertas yang lain, buat sinopsis menerangkan tentang latar cerita, tempat, masa kejadian dan sebagainyanya. Ceritakan juga jalan cerita, plot, konflik dan sebagainyanya (lebih kurang macam sinopsis kat belakang novel). 

Di atas kertas yang kedua buatlah surat iringan yang membuktikan kita menghantar manuskrip tu. Jangan lupa tandatangan.

Contoh surat iringan
Macam surat rasmi biasa. Nyatakan bersama ini saya lampirkan sebuah manuskrip tulisan saya bertajuk (nyatakan tajuk) untuk penilaian tuan. Nyatakan 'saya boleh dihubungi di alamat seperti berikut' sertakan alamat lengkap dan nombor telefon untuk dihubungi.

Tips atau panduan menghantar proposal
Sebenarnya yang penting sekali sebelum menghantar manuskrip ke sesuatu syarikat penerbitan, kita kena buat tinjauan serba sikit berkenaan syarikat penerbitan itu terutama tentang gaya bahasanya, siapa target pembacanya, jalan ceritanya di dan sebagainyanya. Satu syarikat berbeza antara satu sama lain. Dengan tinjauan, kita akan mengurangkan kemungkinan manuskrip kita ditolak oleh syarikat yang kita hantar manuskrip kita.

Pastikan juga satu manuskrip yang sama dihantar kepada satu syarikat penerbitan pada satu-satu masa. Nanti syarikat A sudah setuju hendak terbit, syarikat B juga sudah setuju hendak terbit maka akan berlaku percanggahan. Nanti nama kita juga yang buruk disebabkan sikap tidak profesional kita. Bila sudah sah syarikat itu menolak manuskrip kita, baru hantar ke tempat lain. Seeloknya apabila ditolak, kaji terlebih dahulu di mana silapnya manuskrip kita dan baikinya.

Beri masa 1 atau 2 minggu untuk telefon kali pertama untuk tanyakan pengesahan penerimaan manuskrip. Tanyakan bilakah kita sepatutnya menelefon mereka untuk mendapat maklumbalas. Jangan telefon hari-hari, nanti editor marah dan menyebabkan hubungan tidak baik di awal lagi.

Apakah format yang betul untuk menghasilkan manuskrip sebuah novel bermukasurat 400-500?
Sebelum memulakan manuskrip, sila set :
margin top, bottom, left & right = 2.5 cm
jenis font = times. size = 11/12. Justified
spacing 1.5 dan bilangan mukasurat 400 - 500
Sekiranya panduan ini diikuti, in syaa Allah bila siap, manuskrip yang ditulis itu akan jadi sebuah buku yang sama lebih kurang mukasuratnya apabila dicetak.

Saya tinggalkan anda dengan lagu Projek Pop- Aku Bukan Superstar. Sesungguhnya saya bukannya siapa-siapa dan entri ini ditulis hanya untuk berkongsi ilmu yang sedikit yang dipinjamkan Pencipta. Semoga bermanfaat!




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagus sangat perkongsian kakak tu. Saya harap impian saya untuk menjadi novelis akan menjadi kenyataan.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas perkongsian kakak tu
Saya harap impian saya untuk menjadi novelis akan tercapai.

Tanpa Nama berkata...

saya suka dengan halaman ini ............tapi saya tak tahu sangat tentang menghantar novel...........impian saya menjadi penulis novel ..........harap2 tercapai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...