Saya sebenarnya segan nak buat entri ini. Almaklum, saya ni bukanlah penulis tersohor. Pengalaman menulis pun ciput aje. Tapi saya ada menerima banyak juga permintaan daripada adik-adik mahupun kakak-kakak yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Berikut saya kongsikan dengan anda jawapan yang selalu saya berikan kepada soalan-soalan mereka. Harapnya dapat membantu.
Berikut adalah soalan-soalan
lazim ditanya kepada saya:-
Bagaimana caranya hendak
menghantar proposal novel kepada syarikat penerbitan?
Cetak manuskrip
(novel yang sedang ditulis masih dalam bentuk raw yang belum diterbit) atas kertas A4. Pastikan ada mukasurat dan ada tajuk novel. Butir
peribadi misalnya alamat, emel dan no. tel. yang lengkap untuk dihubungi. Kemudian
bind.
Di atas
kertas yang lain, buat sinopsis menerangkan tentang latar cerita, tempat, masa
kejadian dan sebagainyanya. Ceritakan juga jalan cerita, plot, konflik dan
sebagainyanya (lebih kurang macam sinopsis kat belakang novel).
Di atas
kertas yang kedua buatlah surat iringan yang membuktikan kita menghantar manuskrip
tu. Jangan lupa tandatangan.
Contoh surat iringan
Macam surat
rasmi biasa. Nyatakan bersama ini saya lampirkan sebuah manuskrip tulisan saya
bertajuk (nyatakan tajuk) untuk penilaian tuan. Nyatakan 'saya boleh dihubungi
di alamat seperti berikut' sertakan alamat lengkap dan nombor telefon untuk
dihubungi.
Tips atau panduan menghantar proposal
Sebenarnya
yang penting sekali sebelum menghantar manuskrip ke sesuatu syarikat
penerbitan, kita kena buat tinjauan serba sikit berkenaan syarikat penerbitan itu
terutama tentang gaya bahasanya, siapa target
pembacanya, jalan ceritanya di dan sebagainyanya. Satu syarikat berbeza antara
satu sama lain. Dengan tinjauan, kita akan mengurangkan kemungkinan manuskrip
kita ditolak oleh syarikat yang kita hantar manuskrip kita.
Pastikan juga
satu manuskrip yang sama dihantar kepada satu syarikat penerbitan pada satu-satu
masa. Nanti syarikat A sudah setuju hendak terbit, syarikat B juga sudah setuju
hendak terbit maka akan berlaku percanggahan. Nanti nama kita juga yang buruk disebabkan
sikap tidak profesional kita. Bila sudah sah syarikat itu menolak manuskrip
kita, baru hantar ke tempat lain. Seeloknya apabila ditolak, kaji terlebih
dahulu di mana silapnya manuskrip kita dan baikinya.
Beri masa 1
atau 2 minggu untuk telefon kali pertama untuk tanyakan pengesahan penerimaan manuskrip.
Tanyakan bilakah kita sepatutnya menelefon mereka untuk mendapat maklumbalas. Jangan
telefon hari-hari, nanti editor marah dan menyebabkan hubungan tidak baik di
awal lagi.
Apakah format yang betul untuk
menghasilkan manuskrip sebuah novel bermukasurat 400-500?
Sebelum memulakan manuskrip, sila set :
margin
top, bottom, left & right = 2.5 cm
jenis
font = times. size = 11/12. Justified
spacing
1.5 dan bilangan mukasurat 400 - 500
Sekiranya panduan ini diikuti, in syaa Allah
bila siap, manuskrip yang ditulis itu akan jadi sebuah buku yang sama lebih
kurang mukasuratnya apabila dicetak.
Saya tinggalkan anda dengan lagu Projek Pop- Aku Bukan Superstar. Sesungguhnya saya bukannya siapa-siapa dan entri ini ditulis hanya untuk berkongsi ilmu yang sedikit yang dipinjamkan Pencipta. Semoga bermanfaat!
3 ulasan:
Bagus sangat perkongsian kakak tu. Saya harap impian saya untuk menjadi novelis akan menjadi kenyataan.
Terima kasih atas perkongsian kakak tu
Saya harap impian saya untuk menjadi novelis akan tercapai.
saya suka dengan halaman ini ............tapi saya tak tahu sangat tentang menghantar novel...........impian saya menjadi penulis novel ..........harap2 tercapai!
Catat Ulasan