18 September 2010

Selamat Hari Jadi Hana untuk 1 Tahun


30 Ogos 2010, hari jadi Hana yang pertama! Anak dara saya sudah setahun. Alhamdulillah gigi dah ada 5 batang, jalan pegang-pegang, dah ada skirt kembang, boleh cakap mama dan abah, mengajuk aaaaa dan tapta (dua bunyi yang dia suka tapi tak tahu apa maknanya bagi dia), makan macam-macam, suka sengih bila cakap kita nak tangkap gambar dia....hehe...sekejap saja Hana saya sudah besar. Yang tak berubah, pehanya yang gebu goreng pun sodap dan kesihatannya yang masih sensitif (mungkin faktor cuaca).

Apapun, setahun yang lalu, saya telah melahirkan dia jauh di Berlin. Saya tak akan lupa saat istimewa itu. Dia merupakan bayi yang saya jaga sepenuhnya di perantauan dan sehingga kini kekal anak mak kerana dia masih belum berpisah susu dengan ibunya ini. Pendek kata, dialah anak saya yang paling kuat ikatannya dengan saya!

Harapan saya, semoga Hana akan jadi anak yang solehah. InsyaAllah panjang umur dan murah rezeki kita sambut hari jadi hana ke dua lebih meriah lagi.....

3 ulasan:

ateh bie berkata...

Wah..sedar x sedar hana dah setahun..nnt sekejap je dah 2, 3, 4..dan 20 tahun..hehe...
doa aunty bie..
selamat ulangtahun kelahiran pertama hana nurein..semoga membesar menjadi ank yg sholehah..penyejuk mata mama dan ayah..amin..

LK berkata...

tacih auntie...hehehehe bila hana dah 20 tahun mak dia plak dah 50 taun...uuuu

LK berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...