22 April 2009

Menjelang 1 Mei 2009

Tak sampaipun 10 hari lagi, saya dan suami tercinta akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 9. Pejam celik dah 9 tahun kami berumahtangga. Rasa macam baru semalam Kadhi bertanyakan kepada saya setuju atau tidak dinikahkan dengan dia. Rasa macam baru semalam kami berpeluh di depan Kadhi menjawab macam-macam soalan yang ditanya. Hehe. Bila diingat, memang banyak kenangan antara saya dan dia... Kami berdua telah menempuh macam-macam dugaan sebelum dan selepas berumahtangga. Alhamdulillah sehingga kini kami masih teguh bersama dengan 2 hero yang gagah perkasa. Pada usia 32 tahun, saya sudah ada anak berusia 8 dan 3 tahun! Macam tak percaya!


Kami bernikah pada 1 Mei 2000 bersamaan 27 Muharram 1421H. Tarikh tu dipilih antaranya kerana ia mudah diingati. 1500. Ia akan berganda setiap tahun menandakan bilangan tahun perkahwinan kami. Tahun ini 1.5.09 bermakna 9 tahun usia perkahwinan kami. Mudah nak ingat tak payah susah nak bilang dengan jari. Tarikh itu amat bermakna buat kami dan kami abadikan di setiap nombor pendaftaran kenderaan kami. Jadi kenderaan kami mesti ada 1500 di belakangnya. Dan yang baiknya, setiap tahun tarikh itu semua orang akan bercuti sempena Hari Buruh. Jadi kalau hendak bercuti untuk meraikan ulangtahun perkahwinan mudah bagi kami!



Menjelang 1 Mei 2009, seperti selalu saya sedang tercari-cari hadiah dan kejutan untuk dia (walaupun selalunya dia yang selalu kejutkan saya dengan hadiah dan agendanya). Saya sentiasa berdoa semoga dipanjangkan umur saya dan dia, jodoh saya dan dia kerana kami ingin menunaikan janji - untuk melalui hari tua bersama. Doakan semoga perkahwinan kami sentiasa berada dalam peliharaan Allah Yang Maha Berkuasa. Amin.

8 ulasan:

dhiya zafira berkata...

hmmm..hmmmm..ala...romantika di amor la pulak...
dah 9 tahun ya cik laila...hmmm hepi anniversary...semoga berkekalan hingga akhir hayat.

LK berkata...

terima kasih cik dhiya....amin

MaDiHaH MaJiDaH berkata...

alfun mabruq, seribu tahniah...

Moga ikatan yang terbina dinaungi redho Allah sentiasa....

Amin Ya Rabb

Hezzy Azra... berkata...

Salam Laila,

Tahniah!! Semoga berkekalan hingga akhir hayat. Aku pun dh 9 tahun... kalau kau 1500, aku pulak 15100... :)

LK berkata...

dairy-terima kasih untuk doa yg baik2

LK berkata...

hezy-terima kasih...lebih kurang je ek

Hana Zozolina berkata...

satu pencapaian yg membanggakan .. TAHNIAH

mak dgn baba sy kawen hari krismas.. sedang kitorg duduk2 cuti krismas, mak kata kat baba "Dah 30 thun kita kawen ye bang.. sy tinggal dgn abg lagi lama dri tinggal dgn ayah sy.." sungguh sayu shingga baba saya terkedu dan membisu..

saya juga nak kawen hari cuti umum.. yeeeehaaaaa.... ermmm.. agak2 klu hari raya puasa, ade org datang tak kenduri kawen saya nnti??

yeeehaaaa..... 'roling eyes'- pelamin anganku musnah... hikihikhik

LK berkata...

che lin-kelakar dan terharu dengar citer mak dan ayah...tahniah untuk mereka...

nak buat kenduri hari raya posa? itu namanya kenduri bajet tu...ko janganla nak buat lawak..sapa nak datang sbb sumer org balik kampung raya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...