Janganla senyum-senyum bila membaca tajuk entri saya kali ini. Esok InsyaAllah merupakan hari Jumaat terakhir perpisahan antara saya dan anak-anak dengan abang. Alkisahnya semasa hendak bertolak dulu, semasa sesi menjelaskan kepada anak-anak tentang pemergian abahnya (biasa kalau hendak keluar daerah memang abang akan memanggil semua anak-anaknya dan menjelaskan ke mana dan mengapa dia akan tiada di rumah beberapa hari, dipesan juga supaya mendengar kata mama dan menjaga mamanya semasa abah tiada) sejak anak masih kecil lagi (walau masa tu memang kami tahu anak tidak faham sepatah apapun yang abahnya cakapkan). Hasilnya anak-anak memahami pemergian abah mereka dan jarang bertanya bila abah hendak balik etc.
Jadi semasa Hardy bertanya berapa lama abah hendak pergi, jawapan abahnya 6 minggu. "6 minggu? 6 minggu tu anyak mana?" Hardy bertanya dalam keadaan keliru. Abahnya menggaru kepala seketika kerana hendak memberi penjelasan yang mudah kepada anak berusia tak sampai 8 tahun itu. Setelah berfikir sejenak, beginilah jawapannya. " Abah akan balik selepas 6 kali Jumaat." Ini kerana Hardy bersekolah selama seminggu dan hari terakhir sekolahnya adalah hari Jumaat. Sejak abahnya pergi, Hardy asyik membilang bilangan hari Jumaat yang tinggal setiap kali pulang setiap kali hari Jumaat.
Jadi esok adalah hari Jumaat terakhir sebelum abahnya pulang pada 2 April ini, kembali ke Berlin. Anak-anak tidak sabar menunggu, macam-macam yang dipesan kepada abahnya dari Malaysia. Mujurlah baru pandai memesan mainan, kalau dipesannya makanan yang mentah, jenuhlah abahnya nak fikir bagaimana nak bawa kerana perjalanan dari KL ke Berlin akan mengambil masa selama 21 jam perjalanan!

4 ulasan:
1 jumaat lagi utk saya juga!! seronok jugak counting days ni rupanya ye.. sblm akk dan anak2 jumpa abg, sy jumpa dulu.. (ade ape2 nak pesan?)
hehehehe pesanan? hehhehe....
A'kum.
salam perkenalan.
lepas baca entri Laila yang ini memberi kakna sedikit idea camne nak bagitau anak2 kalau ayahnya outstation.
thanks.
bagus... saya seornok mendengarnya...
selamat berjaya kak...
Catat Ulasan