Seronoknya kembali ke rumah selepas 9 hari bercuti! Tapi inilah gambaran Berlin hari ini... Di mana-mana diselaputi salji. Salji turun boleh dikatakan tiap-tiap hari sejak 1 Januari lalu. Minggu ini dikatakan suhu akan mencecah -17 darjah celcius, tersejuk dalam sejarah Berlin.
Esok suhu -16 dan kawan-kawan sudah merancang hendak bermain ski di tasik yang sudah beku. Saya? Sudah bersedia dengan bekalan makanan di rumah....masa untuk hibernate....dan menaip...
Nota Tambahan : suhu malam tadi telah mencatat NEGATIF 20. Tercatat sebagai tersejuk dalam sejarah 9 tahun Berlin.
4 ulasan:
sapelah main temperature peti ais tu....abis beku semua kereta...hehehee
dok peti ais pun x sejuk gedi cam gitu rasanya
sejuknyer. dahsyat tul tahap beku kat sana ek? sini, aircond ofis pon aku dah terketaq ketaq...
rinn....saya pun tak tahan sejuk aircond tapi kat sini bila pakai baju tebal2, sarung tangan n long john ok je. tapi kalau dah lama kat luar kena juga masuk shopping mall utk panaskan badan....
Catat Ulasan