Kami memulakan hari dengan bermotosikal ke Denpasar sekali lagi. Kali ini dengan peta di tangan, kami ingin memulakan aktiviti shopping!
Sebetulnya niat asal ingin ke Sukawati tempat yang selalu dikunjungi pelancong untuk membeli-belah. Ju dah pesan supaya memborong di sana. Kak Lily Haslina pesan jangan ke Sukawati 1, pergi ke Sukawati 2. Bila ditanyakan kepada adik kat Metro (yang macam kedai 7 eleven kat Msia) dia mencadangkan kepada kami supaya ke Erlangga.
Erlanggga? Saya sudah gigit jari dan menggaru kepala. Mana pulak Erlangga tapi abang senyum aje. Menurut kata adik tu, ramai pelancong tak tahu tempat ni kerana Sukawati lagi glamor. Dia kata hanya pelancong dari Jakarta yang tahu tempat ini. Harganya cuma satu ke dua ribu ruppiah (40 sen ke 80 sen) beza dengan yang ada di Sukawati. Lagi pula di Sukawati kita terpaksa menawar harga macam di Petaling Street sedangkan di erlangga harganya telah tetap.
Saya pandang abang menghantar isyarat kening. Betulkah dia nak ke sana? Sudahlah tak tahu tempat, pergi pulak ke tempat yang tak disarankan oleh kawan2. Dia kata "Mari, pengembaraan kita bermula." Saya pun layan....
Nak cari Erlangga taklah susah mana sebab ada peta. Tambahan pula yang membawa motor tu Visual Space punya orang. Jadi yang tak Visual Space punya orang duduk diam-diam kat belakang. Tugasnya ambil gambar dan video.
Dah sampai, mula-mula kami survey harga. Boleh tahan jika hendak dibandingkan di Kuta. Lalu kamipun mulalah hilang akal sekejap. Habislah 600 ribu...heheh rupiah. Rata-rata pelancongnya memang orang Jakarta. Tak nampak batang hidung orang Msia ataupun orang putih kat sini.
Dah penat, kami balik ke hotel. Rehatkan diri.
Tepat jam 5.00 kami dijemput Travel Agent untuk makan malam romantik di Jimbaran Bay, tengok matahari terbenam sambil didendangkan oleh live band. Heheh sebenarnya malam itu band datang lambat. Kami dah nak balik baru diaorang datang. Tapi kat restoran yang sebelah sana memang band sudah lama menghiburkan pengunjung.
Malamnya kami window shopping di Kuta. Sempat menjengah Sogo, Kuta dan melihat panorama malam sekitar bandarnya.
4 ulasan:
amboiii..... ala-ala romantika di tampoi... honeymoon yg ke berapa nih? bestkan sesekali dapat makan angin berdua-duaan.... ;) - Liza
lama x dgr citer...bila due...
ada..... year end mmg agak sebok sket kat opis nih..... due lambat lg..... insyaAllah akhir april 2008 or awal may 2008. dah tau ke posting sekolah mana.....?? -Liza
posting...tawakkal aje... insyaALLAH Isnin baru tau. Cuti baru ni jumpa pakcik kat hospital. dia sorang aje...makcik takde pulak. pakcik ada citer tak...
Catat Ulasan