Selamat Hari Lahir ke 6 anak mama, Hardy Zahidy Fadly. Semoga sentiasa sihat. Sekejap saja sudah 6 tahun umurnya. Tahun depan dah darjah 1. Dan maksudnya mama ni dah semakin tua. Jadi anak berguna. Sempena hari lahir ini, mama poskan kembali sajak yang mama tulis istimewa buat Hardy.
PESANAN UNTUK SEORANG ANAK
Anakku…
Bila besar nanti
Jadilah anak soleh
Bila mama telah tiada
Hadiahkan mama dengan doa dan bacaan suci al-Quran
Moga tenang dan aman mama dalam pembaringan
Mengadap Khaliqnya
Anakku…
Bila besar nanti
Jadi lelaki budiman
Yang kecil dipimpin penuh kasih sayang
Ciumlah pipinya dan tunjukkan jalan kebenaran
Yang tua dihormati
Ciumlah tangannya dan dengarilah
Leteran yang penuh kata nasihat dan pedoman kehidupan
Pada wanitamu
Ciumlah diubun kepalanya
Rendahkan suara dan dengarkanlah luahan hatinya
Yang salah nasihati dengan kepintaran akalmu
Yang benar pujilah dengan lidah manismu
Anakku…
Bila besar nanti
Jadilah orang bijak pandai
Bukan setakat menjadi pilot permintaanmu
Kerana ilmu akan mengharumkan namamu
Lebih harum dari kasturi
Bukan setakat menjadi doktor buat penyembuh sakit jantungmu
Kerna ilmu akan mengangkat martabatmu
Lebih tinggi dari pergunungan tertinggi di muka bumi
Anakku…
Bila besar nanti
Bila mama sudah tiada di sisi
Untuk berpesan dan berleter apa-apa lagi
Ingatlah mama pernah ajarmu
Hidup berdikari, tidak meninggi diri dan sayangi diri sendiri
Anakku…
Doamu setiap kali aku menadah
Tangan pada Rabbul Jalil
Ketika kau baru mengenal dunia
Moga Allah memakbulkannya
Amin…Ya Rabbal Alamin…
Dalam mengenang doa2 Zahidy semenjak 21/2 tahun
“Ya Allah,
Ampunkan dosa ibubapa aid
Sembuhkan sakit jantung
Jadikan Aid anak soleh dan budak pandai
Supaya boleh jadi …. Pilot”
Mama
UPM. Serdang
25 April 2005

3 ulasan:
sob~ sob~ sedih baca entry ni... kecil2 dah pandai berdoa... moga anak hardy sentiasa sihat hendaknya...
selamat hari jadi Aid! Semoga Aid sihat sentiasa dan tercapai cita2.-makcik lily-s
terima kasih rose.... terima kasih autie lily....eh takkan nak panggil auntie lily s plak....
Catat Ulasan