Ich Liebe Dich (Aku Cinta Kamu) - Kalimah
agung ini muncul di mana-mana pelusuk dunia, cuma cara bicara dan bahasanya
sahaja yang berbeza. Tiada siapa pernah nafikan kewujudan cinta, kerana cinta
selamanya dianggap membawa bahagia.
Tetapi kisah
cinta ini berbeza. Ia kisah cinta pelbagai warna. Seperti tulip dan makna yang
dizahirkannya. Warna cinta dan warna tulip boleh saja macam-macam ceritanya.
Cinta sama ada
bahagia atau sengsara. Cinta mungkin saja harapan mahupun kemusnahan. Cinta itu
kejujuran tetapi boleh jadi penuh pendustaan. Cinta itu matlamatnya perkahwinan
malah menuntut pengorbanan.
Ini bukan saja kisah cinta
Puteri Sara Ibrani, gadis separuh Jerman-Malaysia dan Achmad Faris Adrian Fadhli, jejaka Jerman-Indonesia itu. Ia sebuah kisah
yang mengupas apakah makna sebenar CINTA.
Cinta itu boleh
jadi milik siapa-siapa. Cinta boleh terjadi di mana-mana. Cinta tidak berhenti pada
kali pertama malah tiada juga nombor akhirnya. Perasaan indah itu membawa rasa bahagia dan
indah saja, mengutip hati-hati luka dan lara, mencantum rindu dan kenangannya.
Ini sebuah kisah cinta penuh rahsia
dan tanda tanya. Haruskah ia dirungkai atau biarkan cinta itu dalam dunia
misterinya? Kisah ini mungkin membuatkan anda
tertanya di hujungnya, 'Apakah warna tulip cinta anda?' Kerana warna cinta dan warna
tulip boleh saja macam-macam ceritanya.
4 ulasan:
as'salam kakak..
saya sebenarnya peminat setia dgn bunga tulip , wlaupun saya belum pernah melangkah ke luar negara , namun hati saya tetap terpegun dengan keunikan bunga tulip .. saya punya cita2 untuk pergi ke keukenhof belanda dan sentuh sendiri bunga tu .. sejak saya beli novel kakak 2 hari lepas, saya tak pernah lekang dari novel ini.. bila saya baca, saya jd cemburu dgn sara sebab selalu dpt tulip dari adrian.. selalu saya berangan dapat tulip dari seseorang, tapi itu tidak mungkin .. hehe .. btw, novel ni sangat seronok.. =)
eh... hanum syaira... samalah kita suka benor dgn bunga tulip.
terima kasih Hanum. akak doakan adik akan ke taman keu juga dan menyentuh tulip suatu hari nanti. nak tau satu rahsia? sebenarnya kat Malaysia pun ada ladang tulip tau!
kak Liza, saya juga suka tulip!
Catat Ulasan