Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 52 Tahun Malaysia pada 31 Ogos yang lalu. Semoga Malaysia bertambah makmur dan berada dalam keamanan, insyaAllah. Tahun ini nampaknya tidak dapat saya menyambut kemerdekaan negara di tanah air sendiri. Di Berlin, awal-awal lagi abang sudah menggantung bendera Malaysia di ruang tamu. Sekalipun kami tidak turut sama merayakan majlis berbuka puasa sempena kemerdekaan anjuran Kedutaan Malaysia di Berlin disebabkan kesihatan abang yang tidak mengizinkan, semangat menyambut kemerdekaan itu tetap subur di hati kami. Almaklum abang dan 31 Ogos memang tidak boleh dipisahkan.
Sejak mengenali abang, sambutan kemerdekaan bagi saya menjadi begitu istimewa. Ini kerana abang dilahirkan pada 31 Ogos. Jadi sambutan bagi kami pastinya berganda. Ada saja agenda istimewa yang kami sertai bersempena dengan dwisambutan bagi kami. Pengalaman meraikan hari jadi dan kemerdekaan negara Malaysia saya abadikan dalam novel Saat Kau Hadir. Bukan semua orang boleh berpeluang terpilih menjadi anak Merdeka.
Tahun ini sedang saya berkira-kira merangka agenda istimewa sempena hari lahir abang, kami dikejutkan dengan tiba-tiba. Pada tepat jam 1.00 tengahari 30 Ogos 2009, alhamdulillah saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.95kg di DRK Kliniken, Westend, Berlin, Jerman. Inilah dia hadiah yang paling bernilai buat suami tersayang. Selamat Hari Lahir untuk abang dan Selamat Lahir untuk anak perempuan yang ditunggu-tunggu!
ps- saya ingin merakam terima kasih kepada semua pengunjung blog dan teman Facebook yang tidak henti-henti mengucapkan tahniah kepada saya kerana kelahiran bayi ini. Maaf kerana belum sempat mejawab semua mesej dalam shout box kerana saya sedang membuat justifikasi dengan kehidupan baru. InsyaAllah bila segala-galanya kembali sedia kala, saya akan kembali aktif dengan entri terbaru.
16 ulasan:
Tahniah...
Aku doakan hang sekeluarga baik2 saja di sana...
terima kasih bnyk2
Tahniah kak has.. lahirnya seorang puteri penyeri kak has sekeluarga.. Alhamdulillah
-erna, bkt mahkota
tahniah kakkk.. kami kat sini tumpang excited!!
Seorang ibu bapa yang jujur semestinya mendidik putera&puterinya lebih pintar daripadanya, manakala seorang anak yang jujur harus pula mengakui jasa, pengorbanan & kepintaran ibu bapanya.
Syukur atas nikmat , kebesaran & kekuasaan ALLAH.
erna -terima kasih banyak2...puteri penyeri ye? bukan mama seorang antara 3 jejaka itu juga penyeri? hehehe alhamdulillah ada juga kawan nak buat kuih raya...
yana-terima kasih...konon nak bagi surprise kalau2 yana ke berlin tapi x kesampaian nak tgk perut akak tengok baby ajela ye. lepas ni akak kena masuk group pink2 blink2 la
abang amir-terima kasih. setiap nasihat akan sentiasa tersemat di ingatan..salam utk kak linda
Laila....
Rindu kau!
Tahniah dengan kelahiran Hanna. Happy belated birthday untuk Aedy. Next year anak dara comel tu bolehlah celebrate birthday ngan abahnya ya!
Mesti Hardy ngan Kimi seronok sakan dapat baby!Cakap ngan dua hero tu, Cik Eka pesan jangan cubit pipi Hanna sebab Cik Eka yang nak cubit dulu! heheheheheh
Muahhhhhhhhhhh! jaga diri ya.
Salamz Laila ,
Wahhh.. seronok nyer. Tahniah di atas kelahiran baby girl Hanna. Semoga kehadirannya akan lebih memeriahkan keluarga.. err err atau meriuh2kan juga.
Dan, selamat bertugas di syif malam juga.. hik hik
Salam Laila...
Alhamdulillah....tahniah buat laila dan hubby....biarpun kita tak saling kenal namun kemesraan yg terjalin membuatkan kakzie rasa dekat dengn kamu. Jaga diri baik-baik,sesekali minum air kunyit yg dicampurkan asam keping dan sedikit garam...esok2 kak zie beritau khasiatnya...hehehe
kak eka-terima kasih banyak2... depa seronok asyik dok mengadap adik baru aje...risau saya. kimy kejap2 sayang baby. hardy tersenyum2 sepanjang hari. kelakar tengok budak2 ni dapat adik...
mersik-terima kasih...biasalah syif jaga malam tu dah qado awal2...
kak zie-terima kasih....cuma kak kat sini camne nak cari air kunyit....
tahniah kak ihaslina...=D
diyana-terima kasih
Catat Ulasan