31 Julai 2009

KEMBARA EROPAH: Itali II - Rome


Rome: Tinggalan sejarah yang masih dikagumi dunia; The Colloseum

Destinasi kami seterusnya selepas Milan adalah Rome, ibu negara Itali yang kota sejarahnya sangat dikagumi dunia. Sebelum ini saya hanya belajar sejarah Tamadun Rome hanya di dalam buku-buku sejarah semasa di sekolah. Tanpa diduga, rahmat Tuhan kepada saya dengan memberikan saya peluang melihat sendiri dengan mata kepala apa yang selama ini hanya ada di dalam imaginasi.

Rome tidak dibina dalam masa sehari! Itu kata pujangga yang memberitahu kepada kita, kejayaan tidak datang bergolek, tidak datang sekelip mata. Melihat Colleseum dan membayangkan pertarungan sengit di dalamnya seperti di dalam filem Gladiator, saya terasa begitu kerdil. Betapa agungnya tamadun yang dibina seawal 753 sebelum Masehi lagi oleh King Romulus.

Akhirnya kami sampai juga ke Colloseum
(Saja pakaikan bebudak tu baju Kedah supaya ingat tanahair sendiri hehehe.... ada jugak mat salleh tegur cuba sebut KEDAH...KEDAH... bila tengok baju hijau kuning diorang tu, menjadi jugak promosi Kedah kat Rome...).

Kami tiba di Colleseum agak awal pagi itu. Pelancong masih belum ramai di sekitarnya. Jadi tidaklah sukar sangat mengambil gambar di sini sana. Kalau tidak jenuhlah nak cari gambar menarik disebabkan kami mengambil gambar menggunakan tripod (orang lalu-lalang tidak perasan kerana kaki tripod yang agak rendah). Di sekeliling Colleseum selain pelancong, kelihatan aratake (istilah Hardy untuk askar-askar Rome seperti dalam permainan komputer Ages of Empire) sedang mempelawa pelancong bergambar bersama mereka. Harga sekali bergambar Euro5 paling kurang berdasarkan pemerhatian saya. Mereka ini langsung tidak mahu menerima duit syiling hingga sanggup melempar kembali kepada pelancong yang memberi wang yang tidak cukup kepada mereka. Penjual cenderamata juga ramai. Harga cenderamata lebih kurang antara satu penjual dengan yang lain. Cuma yang mahal pastinya air mineral. 1 botol 500ml berharga Euro2 sedangkan kita boleh dapat harga yang lebih murah Euro1 saja di tempat lain.

Arch of Constantine

Victoria Emmanuel II Monument

Dari Colleseum kami menyusuri sepanjang jalan menyaksikan tinggalan-tinggalan sejarah di kiri-kanannya. Cuaca mulai terik dan tekak mula terasa dahaga. Cuaca di sini yang panas dan kering membuatkan kami harus minum air seberapa banyak yang mungkin untuk mengelakkan dehidrasi. Bukan tidak biasa dengan cuaca panas semasa di Malaysia tetapi di sini teriknya memang memeritkan. Jadi hendak tak hendak, terpaksalah kami membeli air yang mahal itu.

Forum of Julius Caeser


Mencari cenderamata untuk dibawa pulang.


Kata Hardy inilah bangunan Town Centre. Sebenarnya bagi menarik minat dia melihat bangunan lama ini, saya mengaitkannya dengan permainan komputer Age of Empire itu. Ternyata trick ini menjadi dan beliau beria-ia mengaitkan setiap bangunan yang dilihatnya dengan imaginasinya di dalam permainan komputer itu. Jadi pengembaraan kami menjadi lebih mengujakan.

Tinggalan The Roman Forum

Kami kembali ke Termini Station untuk mengisi perut yang lapar tengahari itu. Seperti biasa, sebuah restoren halal bersebelahan station Termini menjadi tempat persinggahan kami semasa berada di Rome. Terasa kembali bertenaga bila dapat makan nasi beriani dengan daging ayam dan kari kambing, juga ayam tandoori tengahari itu. Selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke Vatican City menaiki subway.

St Peter Square, Vatican City.

The Vatican City- Kesempatan berada di Rome, kami mengambil peluang untuk berkunjung ke negara terkecil di dunia dari segi keluasan dan jumlah penduduknya. Ia berada di dalam lingkungan Rome dan dianggap sebagai Kota Suci oleh penganut Kristian. Seperti di dalam filem Angel and Demons, di sinilah pemilihan Ketua Paderi penganut Kristian. Bangunan paling signifikan tentulah St. Peter's Basilica. Kami sekadar bergambar di sini dan cepat-cepat pulang (rasa pelik bila hanya saya seorang bertudung di situ). Kami tidak ke muzium (dengar cerita dari pengalaman teman yang masuk ke muzium itu ada dipamerkan paderi yang mati yang telah dimumiakan).
Spanish Steps

Petang itu selepas pulang dari Vatican City, kami berjalan sekitar bandar Rome. Selain dari tinggalan sejarahnya, Rome juga menyajikan kawasan membeli-belah di kiri-kanan jalanraya utama. Jadi petang itu, kami berjalan di sepanjang jalan utama dan singgah dari satu kedai ke satu kedai. Ada butik, ada juga gerai cenderamata yang harganya ada yang lebih murah dari gerai cenderamata sekitar Termini Station dan lain-lain kawasan pelancong.

Sambil-sambil itu, kami menurut arahan GPS mencari beberapa lagi arca yang menjadi tarikan pelancong. Sebelum sampai ke sini, ada yang menyarankan kami ke Spanish Step yang dikatakan pemandangannya cantik. Jadi kami mengikut arahan GPS mencari Spanish Step. Punyalah penat berjalan, akhirnya kami sampai juga ke situ. Saya lihat ramai betul pelancong di situ yang duduk di sepanjang anak tangga hingga ke menara. Ada 138 anak tangga kesemuanya. Bagi saya, Spanish Step hanyalah indah khabar dari rupa. Lalu kami meneruskan perjalanan lagi sebelum singgah ke gerai aiskrim bagi melepas lelah. Kelakarnya harga asikrim jika dimakan di restoren harganya dua kali ganda dari harga dibawa pulang.

Trevi Fountain

Menurut lagenda jika anda membaling sekali duit syiling ke dalam air, anda akan kembali ke Rome, 2 kali akan bertemu dengan pasangan di Rome dan 3 kali akan berkahwin dengan pasangan itu di Rome. Tidak hairan ramai yang membaling syiling ke dalam air. Tidak kurang juga sekadar melepak sambil merendam kaki kerana penat berjalan. Di hadapannya terdapat banyak gerai Pizza yang boleh anda berhenti jika perut kelaparan. Di lorong menghala ke Trevi Fountain, terdapat bazaar orang menjual cenderamata dan lukisan.

Stesen utama Roma Termini

2 hari di Rome, percutian kami memang terasa singkat. Ada banyak tempat lagi yang kami tidak sempat singgah untuk melihat bangunan bersejarahnya tetapi apakan daya, itu saja masa dan kudrat yang ada. Namun saya puas hati dengan kunjungan kami ke sini.

Destinasi kami seterusnya selepas Rome adalah Pisa, untuk melihat menara condong yang dikembarkan dengan Menara Condong Teluk Intan, tempat kelahiran saya. Hati tidak sabar melihatnya di depan mata tetapi kenangan di Rome akan kukuh terpahat di memori. Dari stesen Termini, perjalanan keretapi ke Pisa memakan masa selama 4 jam....

29 Julai 2009

KEMBARA EROPAH: Itali I - Milan


Pengembaraan kami kali ini melibatkan perjalanan udara sebanyak 6 kali penerbangan dalam tempoh 10 hari. Jadi banyak masa dihabiskan di dalam kapal terbang dan urusan di lapangan terbang. Disebabkan kami menggunakan penerbangan tambang murah maka ia mendarat di Lapangan Terbang yang biasanya agak jauh dari pusat bandar. Destinasi pengembaraan kami kali ini ialah Milan-Rome-Pisa-Barcelona-Madrid dari 18 Julai hingga 27 Julai 2009.

Pagi 18 Julai, kami bertolak dari rumah sekitar jam 5.45 pagi. Perjalanan dari rumah ke lapangan terbang Berlin Schonefeld memakan masa hampir sejam. Jika diikutkan kapal terbang kami jam 8.10 pagi dan kerana kami sudah check in online, sepatutnya kami boleh sampai tepat pada masanya. Namun kami sekadar merancang, Allah yang menentukan. Bas ke Hauptbanhof (Main Station untuk tren ke airport) hanya akan tiba jam 6.20 pagi. Jadi kami mengambil keputusan untuk menaiki subway jam 6.00 pagi dari Leopoldplatz ke Freidrichstrasse Station dan bercadang mengambil tren dari situ untuk ke lapangan terbang.

Kami tiba di station itu dalam jam 6.10 pagi namun situasi tidak diduga berlaku. Di Freidrichstrasse Station rupanya Deutsche Bahn (salah satu syarikat pengangkutan keretapi Jerman) telah mengurangkan operasi dan kami harus menukar tren lain pula ke Warshauer Station untuk ke lapangan terbang. Malangnya tren yang ditunggu tiba lewat dari yang sepatutnya. Hanya jam 6.45 pagi baru tren tiba. Kami sudah berserah. Jika kami terlepas kapal terbang, nampaknya rezeki tiada untuk ke Milan hari itu. Mujurlah kami tiba sejurus sebelum penerbangan. Kami menjadi antara penumpang terakhir yang masuk ke dalam pesawat dalam keadaan termengah-mengah bernafas. Namun, Alhamdulillah, penerbangan ke Bergamo lancar tanpa berlaku masalah kelewatan dan kami tiba di Lapangan terbang Bergamo lebih kurang jam 10.30 pagi.

Dari lapangan terbang kami menaiki bas ke Bergamo central station. Setelah merehatkan diri dan makan di Bergamo, kami terus menaiki keretapi ke Milan yang mengambil masa sekitar 1 jam. Di kiri kanan jalan kami disajikan pemandangan ladang-ladang jagung membuatkan rasa rindu kepada tanah air semakin menggebu. Betapa ia mengimbau kenangan saya semasa kecil di mana abah ada ladang jagung dan kami berkebun di tengah panas menuai hasil jagung. Sempat saya bercerita kepada anak-anak bagaimana proses menanam jagung hinggalah ianya dituai. Ladang bunga matahari juga menyerikan perjalanan kami pagi itu. Melihatkan bunganya yang sudah hitam tetapi belum dituai, saya merasakan ianya untuk dibuat minyak masak.

Piazza Duomo

Galleria Vittorio Emanuele

Milan- Kota fesyen dunia dengan beberapa pereka ternama menjadikan Milan sebagai ibupejabat operasi mereka. Ibukota kedua terbesar di Itali, Milan yang terkenal sebagai pusat jenama terkenal. Banyak pusat membeli belah mempamerkan Zara, Luis Vuitton dan macam-macam lagi jenama yang kalau dibariskan memang terlalu banyak.

Tiba di Milan, kami menyimpan beg di stesen Milan Central lalu mula meneroka Milan. Tempat pertama yang kami lawati adalah Piazza Duomo yang memang menjadi tarikan pelancong di Milan. Sebaik kami tiba, pelancong sudah ramai. Ada yang sibuk bergambar, tidak kurang juga yang sibuk memberi makan burung-burung merpati yang ada di datarannya. Kami didatangi beberapa orang yang konon-konon memberi jagung secara percuma kepada pelancong tetapi sebenarnya selepas itu mereka akan meminta duit. Mujurlah saya sudah membaca tentang amaran itu awal-awal di internet dan memberitahu anak-anak supaya jangan mengambil makanan burung yang dihulurkan. Saya awal-awal sudah bersedia dengan makanan untuk burung-burung itu, jadi kami boleh mengambil gambar dengan tenang tanpa diganggu mereka lagi.

Penat dibakar mentari terik, kami singgah di Galleria Vittorio Emanuele untuk berehat seketika. Bersebelahan dengan Piazza Duomo, galeri ini memang kawasan membeli-belah jenama terkemuka. Memang elok singgah menjamu tekak dan mata.

Milan Castle yang sudah dijadikan muzium

Hari kedua kami ke Milan Castle yang dikagumi tinggalan sejarahnya. Selain itu kami sempat singgah ke Stadium San Siro yang menjadi stadium kebanggaan AC Milan dan Inter Milan. Sempat masuk ke galeri yang menjual cenderamata kepada para peminatnya.

Stadium San Siro dan Galeri AC Milan

Keretapi tahun 1564 yang kini ditukar menjadi tram

Holiday Inn Assago, tempat kami menginap di Milan.

Bagi yang suka berfesyen dan membeli-belah, Kota Milan memang sesuai dilawati. Namun bagi yang inginkan 'sightseeing', Milan bukan pilihan yang sesuai. Ia lebih kepada pusat bisnes dan kota fesyen Itali yang mewah. Kami tidak kecewa ke Milan kerana kami tahu ia mempunyai tarikan yang tersendiri dan ia sebagai satu permulaan kepada pengembaraan kami. Dan untuk sightseeing di Itali, kami sudah bersedia untuk menikmati suasana dan keunikan Rome dalam destinasi Itali kami yang seterusnya. Nantikan entri saya sedikit masa lagi...

28 Julai 2009

Berkongsi Berita Gembira Bersama Laila


12 Oktober 2008, Berlin, Jerman-Autumn -berat 60.5kg

18 Julai 2009, Milan, Itali-Summer -berat 57.3kg

Inilah gambar terbaru saya yang dirakam semasa di Itali. Ada nampak perbezaan ke? Nampak saya makin kurus ke makin gemuk? Makin putih ke main gelap? Setelah 9 bulan saya di perantauan, hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan bersama keluarga dan teman-teman di Malaysia. Nampaknya trip saya yang berakhir 27 Julai lalu ke Itali dan Sepanyol itu merupakan trip saya yang terakhir keluar dari Jerman kerana selepas ini saya sedang menunggu kelahiran bayi yang ketiga.

Ya, saya sedang mengandung 8 bulan dan sedang menunggu hari untuk bersalin, dijangka pada 21 September 2009 ini. Jadi saya mohon keluarga dan teman-teman dapat mendoakan keselamatan saya bersama bayi made in Berlin ini. Bagi yang telah lama mengenali saya, pastinya anda tahu betapa saya sangat menantikan kehadiran insan kelima dalam hidup saya....

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa saya tidak menghebahkan berita gembira ini awal-awal? Jawapan saya ; sebabnya tidak dapat saya nyatakan di sini.... Apapun saya sangat berharap doa anda supaya saya dan bayi akan selamat. 

18 Julai 2009

Pengumuman Cuti : Europe Trip Siri 5

InsyaAllah kami akan berjalan-jalan ke Itali dan Sepanyol dari 18 hingga 27 Julai 2009. Dari Berlin kami akan ke Milan-Rome-Pisa-Barcelona-Madrid dan balik ke Berlin pada malam 27 Julai. Pengembaraan kali ini selama 10 hari. Doakan semoga kami selamat dalam perjalanan dan kembali ke Berlin. Jumpa lagi nanti!

17 Julai 2009

Masa untuk ke Pop Corn!


Sinopsis dipetik dari : http://www.moviefone.com/movie/harry-potter-and-the-half-blood-prince/27063/main

Voldemort is tightening his grip on both the Muggle and wizarding worlds and Hogwarts is no longer the safe haven it once was. Harry suspects that dangers may even lie within the castle, but Dumbledore is more intent upon preparing him for the final battle that he knows is fast approaching. Together they work to find the key to unlock Voldemort's defenses and, to this end, Dumbledore recruits his old friend and colleague, the well-connected and unsuspecting bon vivant Professor Horace Slughorn, whom he believes holds crucial information. Meanwhile, the students are under attack from a very different adversary as teenage hormones rage across the ramparts. Harry finds himself more and more drawn to Ginny, but so is Dean Thomas. And Lavender Brown has decided that Ron is the one for her, only she hadn't counted on Romilda Vane's chocolates! And then there's Hermione, simpering with jealously but determined not to show her feelings. As romance blossoms, one student remains aloof. He is determined to make his mark, albeit a dark one. Love is in the air, but tragedy lies ahead and Hogwarts may never be the same again.

Selamat menonton!

Sibuk....

Hari ini dan esok, saya akan sibuk kerana saya akan keluar dari Berlin lagi. Antara perkara yang harus saya selesaikan sebelum hari Sabtu ini 18 Julai 2009:
1Cetak tiket online Ryanair
2-Kemas beg
3-Cetak beberapa dokumen lain berkaitan
4-Charge bateri kamera
5-Ke rumah Emy untuk menziarah ibu-ibunya yang datang dari Malaysia khas untuk kelahiran bayi pertamanya yang masih dinanti
6-Ke Netto membeli barangan keperluan untuk pengajaran dan pembelajaran bila balik ke Malaysia
7-Kemaskini blog (ada 2 entri berkenaan Harry Potter yang harus disiapkan)
8-Mengemas dapur untuk ditinggalkan selama 10 hari
9-Menyiapkan manuskrip CPK hingga ke mukasurat ???
10-Mengalihkan rakaman video dari CD ke komputer untuk CD trip-trip lepas

Rasa semput tapi harus diselesaikan....Tarik nafas dan bekerjalah bersungguh-sungguh....

16 Julai 2009

Harry Potter Spoiler Alert : Apa kata yang telah menonton...

Artikel ini dipetik melalui laman web http://www.cinema.com.my yang ditulis oleh Lai Swee Wei yang mengulas tentang tayangan perdana Harry Potter and Half-Blood Prince yang ditayangkan bermula semalam 15 Julai 2009 di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur, Malaysia.

Kita baca apa kata mereka yang sudah menonton filem terbaru Harry Potter ini. Daripada 5 bintang, berapakah yang diberikan mereka dan mengapa.

Gan Jiunn Wei: I thought it was interesting and confusing as well because I haven't been following the films. The pacing was too slow for me in terms of how they speak and even the delivery of the action scenes. Overall, I'd give 3.5 stars.

Kevin Miau: The film was okay. I have been following the previous Harry Potter films and I can say that "The Goblet Of Fire" was much better. Only 3 stars for this movie.

Daniel Lee Yi Hoong: I'm a Harry Potter follower of the books and films, and I felt that they didn't elaborate further on the Half-Blood Prince when they should. Moreover, it was a bit draggy. To me "The Goblet Of Fire" and "The Order Of The Phoenix" was much better as more magic was being displayed. I'd give 3 stars.

Ng Siok Hiong: I've watched the previous five films and I can say that this was the worst movie among the rest. It felt way too commercial at this stage, I couldn't sense the climax and there wasn't much elaboration on the Half-Blood Prince. I'd rate it with 2 stars.

Filem Harry Potter and Half-Blood Prince ditayangkan kepada umum bermula 16 Julai 2009. Itu kata mereka, apa kata anda pula? Seperti membaca novel, setiap orang ada citarasa sendiri dalam menilai. Anda suka, tidak bermakna mereka juga bersetuju dengan anda. Barangkali anda merasakan menonton filem ini tidak berbaloi tetapi bagi sesetengah orang, inilah yang dikatakan filem yang sebenar! Jadi muggles.... mari ke panggung!






15 Julai 2009

Filem Harry Potter Dijangka Meletup

NEW YORK - Filem keenam siri ahli sihir remaja,Harry Potter yang mula ditayangkan esok dijangka 'meletup' di pawagam dan akan mendapat sambutan hangat daripada peminat seluruh dunia.

Namun, pengarah siri ketujuh dan terakhir filem Harry Potter and the Half-Blood Prince itu, David Yates menjanjikan penutup Harry Potterakan jauh lebih hebat.

"Filem penutup itu tak ubah seperti sebuah epik. Ia menampilkan lebih banyak adegan menarik. Ia penuh dengan adegan pertempuran, naga dan peperangan," katanya.

Antara pelakon filem itu ialah Daniel Radcliffe, Ema Watson, Rupert Grint, James Phelps dan Oliver Phelps.

Di Amerika Syarikat (AS), filem Harry Potter and the Half-Blood Prince menerima kritikan positif manakala beratus-ratus panggung wayang di AS mencatat tempahan penuh bagi tayangan pembukaan filem tersebut.

Filem yang mengadunkan babak percintaan, magis dan komedi di sekolah ahli sihir Hogwarts itu diadaptasi daripada tujuh buah novel oleh penulis Britain, J.K. Rowling.

Sehingga kini, ketujuh-tujuh novel Harry Potter sudah dijual melebihi 400 juta salinan manakala francais filem itu meraih pendapatan AS$4.5 bilion (RM16.2 bilion) di seluruh dunia untuk studio perfileman Warner Bros yang dimiliki kumpulan Time Warner. - Reuters

Filem Harry Potter akan mula ditayangkan di seluruh dunia mulai tarikh berikut:




14 Julai 2009

Selamat pulang dan selamat belajar kembali

Hari ini 14 Julai 2009, 2 lagi warga Malaysia yang duduk di Kampung Wedding ni secara rasminya pulang ke tanahair tercinta. Kami dijemput ke upacara bacaan doa selamat dan perpisahan pada hari Ahad lalu. Banyak makanan yang dihidangkan dimasak oleh Chef Naseer antaranya nasi 4 jenis, ayam bakar, singgang ikan, telur rebus masak cili, telur dadar, ulam-ulaman (dah 10 bulan nilah baru merasa pegaga), buah-buahan, roti dan kek.... Pendek kata Chef masak macam lepas ni dia malas dah nak memasak untuk kami....Almaklum kedua-dua teman serumahnya sudah pulang dan dia terpaksa berpindah rumah...

Inilah dia 2 orang pelajar (Suhaimi dan Reduan) dari UTP yang sudah menamatkan praktikal di Berlin. Jauhnya UTP hantar praktikum sampai ke Berlin selama 8 bulan. Jadi tentulah anak-anak muda ini bukan calang-calang orang. Dengarnya si Suhaimi ni dapat 4 flat semasa Matrik dan Reduan 9A semasa SPM. Jadi kita boleh bayangkanlah keputusan peperiksaan mereka hingga UTP sanggup hantar mereka ke Berlin untuk praktikum sahaja.

Bagaimana kami semua boleh terjumpa budak-budak 2 orang ini? Kelakar kerana kisahnya tragis juga. Hendak jadi rezeki, pada pagi hari pertama mereka tiba di bumi Berlin, mereka telah terjumpa dengan Emy dan Naz yang bersarapan pagi. Terdengar perbualan suami isteri itu di dalam bahasa Malaysia maka mereka berdua membuat tindakan drastik dengan mengekori pasangan berdua itu dari belakang. Bila dah sah rang Malaysia, barulah mereka berani menegur. Ya, di Berlin ini memang susah hendak mencari warga Malaysia dan kalau terjumpa nasib anda memang bertuah. Bila dah kenal rupanya budak-budak ni kenalah diragging juga....kerana kebetulan sesi pindah rumah kami telahpun bermula. Jetlag tak habis, kenalah mengangkat sofa pulak...



Kini setelah 8 bulan, mereka harus pulang untuk menyambung setahun lagi pengajian di UTP. Semoga pengalaman yang ditimba di sini dapat digunakan dalam pengajian mereka. Selain praktikum, budak-budak ni sudah berjalan sakan ni....keliling Europe. Jadi pulangnya ke Malaysia akan mengubat rindu ibubapa nampaknya.... Selamat kembali ke Malaysia dan selamat belajar....

sempat lagi berposing bersama Kak Aminah...

Learn more words with Harrypedia

Animagus: A witch or wizard that can change into animal form. All Animagus legally need to register with the Ministry of Magic, though it appears they often don’t.

Azkaban: A fearsome wizarding prison, run by Dementors.

Basilisk: A gigantic snake that lives in the Chamber of Secrets, it kills instantly if eye contact is made with any other living creature.

Sirius Black (also Padfoot): The most infamous prisoner ever to be held at Azkaban, the wizards' prison. He was accused of murdering 13 people with a single curse, and his exact location is not currently known. Handsome and reckless, he was best friend to James Potter, Remus Lupin and Peter Petigrew. He is an Animagus who takes the form of a large black dog. Sirius Black is Harry’s godfather and cousin of Nymphadora Tonks, Bellatix Lastrange and Narcissa Malfoy.

Chamber of Secrets: A hidden chamber within Hogwarts, built over a thousand years ago by Salazar Slytherin, one of the school's four founders. According to legend, only Slytherin's true heir can ever open the Chamber, unleashing a horrible monster that supposedly lives inside it.

The Daily Prophet: The wizards' newspaper. Hermione is an avid subscriber.

Death Eaters: What Voldemort’s closest followers call themselves.

Dementor: Dark, cloaked, faceless creatures who are the guards of Azkaban. Dementors suck all of the joy and light out of a person, and a kiss from one of them will relieve someone of his or her soul.

Dobby: A house-elf whose former owners are the Malfoys and an adoring fan of Harry’s. Dobby was freed unintentionally by Lucius Malfoy due to some quick thinking on Harry’s part. Though Dobby’s help is oftentimes ineffective or downright dangerous, he has proven a reliable source of information for Harry and his friends.

Professor Albus Dumbledore: The headmaster of Hogwarts through Harry’s sixth year. Elderly, wise, kind and one of the greatest wizards of all time, Dumbledore is one of the few men who Voldemort ever feared. He has a keen sense of humor and a love of lemon drops.

Gillyweed: A magical plant that, when eaten, gives a person gills like a fish, allowing her or him to breathe underwater.

Goblet of Fire: A large wooden cup that is filled to the brim with dancing blue flames. It magically selects the contestants for the Triwizard Tournament, and also serves a darker purpose.

Hermione Granger: The brilliant, over-opinionated, bushy-haired, fiercely loyal, kind-hearted, liberal-minded best friend of Harry and secret heart’s desire of…

Gryffindor: One of four student houses at Hogwarts, it is named for Godric Gryffindor, one of Hogwarts's four founders, who was known for his bravery.

Half-Blood: Describes a person with mixed wizarding and Muggle ancestry.

Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry: The place where Harry and his friends learn it all – both in the classroom and out!

The Knight Bus: A magical bus that serves as emergency transport for stranded witches and wizards. It is not the most reliable or safest mode of transportation.

Draco Malfoy: A Slytherin student who has been Harry’s enemy since the day they both started at Hogwarts. Draco Malfoy is handsome, pompous, mean-spirited and comes from a pure-blood family. His father Lucius is a Death Eater and his mother, Narcissa, is Sirius Black’s cousin.

Ministry of Magic: The council that governs the wizarding world and whose primary concern is to keep wizards and witches a secret from Muggles.

Muggle: A non-magic person.

Peter Petigrew (Wormtail): A shy, timid member of the Marauders who hero-worshipped James Potter and Sirius Black. He is an Animagus who takes the shape of a rat and is, in fact, one of Voldemort’s most loyal subjects.

Platform 9 3/4: The magical platform at King's Cross Station in London where Hogwarts students board the Hogwarts Express.

Quidditch: A wizard sport played up in the air on broomsticks, in teams of seven.

Professor Severus Snape: A frustratingly inconsistent Hogwarts Professor, first of Potions, then of his coveted Defense Against the Dark Arts. A former Death Eater who, according to Albus Dumbledore, is reformed, Professor Severus Snape saves Harry and his friends’ necks more than once, but is often cruel, taunting and downright mean to just about anyone associated with Harry. He holds a long-standing grudge against The Mauraders.
Sorcerer's Stone: A small, ruby-red stone that can change metal into gold and produces the Elixir of Life, which makes the drinker immortal.

Squib: Someone who has no magical powers even though he or she was born into a wizarding family.

Triwizard Tournament: A dangerous, year-long magical tournament between three European wizarding schools: Hogwarts, Beaux-Batons and Durmstrang. One student from each school is chosen to compete, their names selected by the ancient Goblet of Fire. The Tournament is held for the first time in 700 years during Harry’s fourth year at Hogwarts.

Voldemort (see also, Tom Marvolo Riddle): The most powerful dark wizard of modern times who is also referred to as “You-Know-Who” and “He-Who-Must-Not-Be-Named” because, as Hermione points out, “fear of a name incites fear of the thing itself.”

Ron Weasley: Harry’s tall, red-haired best mate who is loyal, brave, good-hearted and often thoughtless. He carries a bit of a torch for he and Harry’s shared bushy-haired best friend…

Source: kidsreads.com

13 Julai 2009

10 Facts about The New Harry Potter Movie


1. Harry Potter and the Half-Blood Prince release date was moved from November 21, 2008 to July of 2009.

2. Dame Maggie Smith (Professor Minerva McGonagall) completed filming this film while she was undergoing radio-therapy as treatment for breast cancer.

3. Hero Fiennes-Tiffin who plays Tom Riddle, 11, is the real life nephew of Ralph Fiennes who plays Lord Voldemort/Tom Riddle.  Yates insisted Fiennes-Tiffin did not get the role simply because of his uncle, but did admit the resemblance was "a clincher".

4. Sir Michael Gambon, ( Dumbledore) became a father last month at 68 years of age.

5. Quidditch at Hogwarts is back in Harry Potter and the Half-Blood Prince after being absent from the last two films.

6. Robert Knox, (Marcus Belby), was tragically stabbed to death soon after filming was finished. Some of the cast sported a white ribbon at the premier in his memory.

7Jessie Cave, (Lavender Brown) beat more than 7,000 girls to win her first major film role.

8. After reading the Harry Potter and the Half-Blood Prince script,Rowlings noticed a line where Dumbledore mentioned a girl that he had a crush on when younger. She then released the fact (to the filmmakers and the public) that Dumbledore was gay.

9. Naomi Watts was first cast to play Narcissa Malfoy but had to drop out due to scheduling conflicts.

10. Fifteen cast members have appeared in all of the Harry Potter films:
            1. Daniel Radcliffe(Harry Potter)
            2. Rupert Grint (Ron Weasley)
            3. Emma Watson (Hermione Granger)
            4. Robbie Coltrane (Hagrid)
            5. Maggie Smitth, (McGonagall)
            6. Devon Murray (Seamus)
            7. Matthew Lewis (Neville)
            8. Tom Felton (Draco Malfoy)
            9. Oliver Phelps (George Weasley)
            10. Bonnie Wright (Ginny Weasley)
            11. James Phelps (Fred Weasley)
            12. Alfred Enoch (Dean Thomas)
            13. Jamie Waylett (Crabbe)
            14. Joshua Herdman (Goyle)
            15. Alan Rickman (Snape)

Source: examiner.com

Want more Harry Potter Facts? Check the link below:
http://www.mirror.co.uk/celebs/news/2005/11/14/50-hottest-harry-facts-115875-16367955/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...