14 Julai 2009

Selamat pulang dan selamat belajar kembali

Hari ini 14 Julai 2009, 2 lagi warga Malaysia yang duduk di Kampung Wedding ni secara rasminya pulang ke tanahair tercinta. Kami dijemput ke upacara bacaan doa selamat dan perpisahan pada hari Ahad lalu. Banyak makanan yang dihidangkan dimasak oleh Chef Naseer antaranya nasi 4 jenis, ayam bakar, singgang ikan, telur rebus masak cili, telur dadar, ulam-ulaman (dah 10 bulan nilah baru merasa pegaga), buah-buahan, roti dan kek.... Pendek kata Chef masak macam lepas ni dia malas dah nak memasak untuk kami....Almaklum kedua-dua teman serumahnya sudah pulang dan dia terpaksa berpindah rumah...

Inilah dia 2 orang pelajar (Suhaimi dan Reduan) dari UTP yang sudah menamatkan praktikal di Berlin. Jauhnya UTP hantar praktikum sampai ke Berlin selama 8 bulan. Jadi tentulah anak-anak muda ini bukan calang-calang orang. Dengarnya si Suhaimi ni dapat 4 flat semasa Matrik dan Reduan 9A semasa SPM. Jadi kita boleh bayangkanlah keputusan peperiksaan mereka hingga UTP sanggup hantar mereka ke Berlin untuk praktikum sahaja.

Bagaimana kami semua boleh terjumpa budak-budak 2 orang ini? Kelakar kerana kisahnya tragis juga. Hendak jadi rezeki, pada pagi hari pertama mereka tiba di bumi Berlin, mereka telah terjumpa dengan Emy dan Naz yang bersarapan pagi. Terdengar perbualan suami isteri itu di dalam bahasa Malaysia maka mereka berdua membuat tindakan drastik dengan mengekori pasangan berdua itu dari belakang. Bila dah sah rang Malaysia, barulah mereka berani menegur. Ya, di Berlin ini memang susah hendak mencari warga Malaysia dan kalau terjumpa nasib anda memang bertuah. Bila dah kenal rupanya budak-budak ni kenalah diragging juga....kerana kebetulan sesi pindah rumah kami telahpun bermula. Jetlag tak habis, kenalah mengangkat sofa pulak...



Kini setelah 8 bulan, mereka harus pulang untuk menyambung setahun lagi pengajian di UTP. Semoga pengalaman yang ditimba di sini dapat digunakan dalam pengajian mereka. Selain praktikum, budak-budak ni sudah berjalan sakan ni....keliling Europe. Jadi pulangnya ke Malaysia akan mengubat rindu ibubapa nampaknya.... Selamat kembali ke Malaysia dan selamat belajar....

sempat lagi berposing bersama Kak Aminah...

4 ulasan:

Unknown berkata...

wah,msk blog ke cite kami ni. segan le..ape2 pn terima kasih atas segalanya... :)

LK berkata...

hehehee....selamat belajar n kembali ke tanahair...

marfuza berkata...

eherm..kita nmpk perut akak..buncit.. ahaks..

LK berkata...

hahahha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...