28 Julai 2009

Berkongsi Berita Gembira Bersama Laila


12 Oktober 2008, Berlin, Jerman-Autumn -berat 60.5kg

18 Julai 2009, Milan, Itali-Summer -berat 57.3kg

Inilah gambar terbaru saya yang dirakam semasa di Itali. Ada nampak perbezaan ke? Nampak saya makin kurus ke makin gemuk? Makin putih ke main gelap? Setelah 9 bulan saya di perantauan, hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan bersama keluarga dan teman-teman di Malaysia. Nampaknya trip saya yang berakhir 27 Julai lalu ke Itali dan Sepanyol itu merupakan trip saya yang terakhir keluar dari Jerman kerana selepas ini saya sedang menunggu kelahiran bayi yang ketiga.

Ya, saya sedang mengandung 8 bulan dan sedang menunggu hari untuk bersalin, dijangka pada 21 September 2009 ini. Jadi saya mohon keluarga dan teman-teman dapat mendoakan keselamatan saya bersama bayi made in Berlin ini. Bagi yang telah lama mengenali saya, pastinya anda tahu betapa saya sangat menantikan kehadiran insan kelima dalam hidup saya....

Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa saya tidak menghebahkan berita gembira ini awal-awal? Jawapan saya ; sebabnya tidak dapat saya nyatakan di sini.... Apapun saya sangat berharap doa anda supaya saya dan bayi akan selamat. 

8 ulasan:

Hezzy Azra... berkata...

Salam Laila,
Alhamdulillah dan tahniah. Jaga diri baik-baik dan baby made in Berlin tu :)

Mar berkata...

yelah, nampak perbezaannya! kalau akak tak letak gambar, tak ingat masa mula2 jumpa tu macammana..hehehe. sekarang dah bertambah belum k laila?

LK berkata...

hezzy-terima kasih...made in Berlin...hehehe

LK berkata...

mar...dulu banyak lemak la tu...entahla berapa dah berat sekarang ni sbb banyak sgt bjalan dah tinggal tulang...perut je besar ke depan

Mersik berkata...

Salamz Laila ,

Wahhh tahniah gitu dengan rezeki yg diberi Tuhan. Semoga bertambah ceria keluarganya. Yihaaaaaa

LK berkata...

insyaAllah Mersik....terima kasih

Unknown berkata...

Akak... Dah lama tak jenguk blog. Masuk je tengok gamba trip akak ke Itali terus saya curious dan drag ke bawah. Rupa-rupanya gambar memang tidak menipu! Tahniah kak... Rasa-rasa girl ke boy??? Tak sangka sungguh akak pregnant...Tahniah again!

LK berkata...

Yana,

lamanya x dengar citer....ehhe nak tunggu yana datang n tunjuk perut rasa macam tak sempat...ingat nak bagi surprise...tapi x kesampaian...terima kasih dan doakan semoga semuanya bjalan lancar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...