31 Januari 2009

Hakimy 3 Jahre Alt

Hari ini 30 Januari 2009, hari jadi Hakimy ke 3. Istimewanya ia disambut jauh dari Malaysia. Dan Hakimy akan sambut hari jadinya lagi di Berlin pada tahun depan InsyaAllah. Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami hanya menyambut hari jadi Hakimy di rumah bersama-sama. Inilah parti hari jadi Hakimy....


Hariz Hakimy Fadly... lahir pada 30 Januari 2006 pada jam 12.45 malam. Saya tidak menjangka dia akan menjadi bayi pramatang kerana lahir pada minggu ke 34. Saya dimasukkan ke wad selama seminggu kerana kontraksi awal, dicucuk peha kiri dan kanan untuk mematangkan paru-paru bayi. Doktor beri saya ubat untuk melewatkan kelahirannya biar cukup 35 minggu tapi dia hendak lahir juga. Alhamdulillah beratnya melebihi 2.5 kg, jadi tidak perlu dimasukkan ke inkubator.

Dia tidak setakat mengejutkan saya dengan lahir pramatang tetapi perkara yang paling mengejutkan saya ialah bila mendapat tahu kedudukannya songsang pada minggu ke 33! Semasa saya keluar wad, doktor tidak memaklumkan saya, yang saya berkemungkinan akan melahirkannya melalui Casearian. Lalu pada 29 Januari semasa saya sudah tidak tahan kontraksi (doktor pesan jika saya sudah sakit 2 kali dalam masa 5 minit baru ke hospital) jam 7 malam, saya langsung tidak menjangka saya akan melalui satu pembedahan!
Semasa dibawa ke wad kecemasan di Hospital Putrajaya, saya terus diasak doktor bertugas; mengapa saya datang lambat, mengapa tak puasa....sedangkan hakikatnya saya tidak tahu saya akan dibedah! Saya terkedang di katil merelakan diri disuntik dan macam-macam lagi;keadaannya betul-betul dalam kecemasan kerana doktor kata sudah tidak punya masa lagi. Semuanya harus pantas kerana rahim sudah terbuka 5cm tetapi bayi tidak boleh keluar secara normal....
Ketika itu jika Tuhan mengambil nyawa saya, saya tidak sempat untuk bersalam dengan ibu, tak sempat hendak meminta doa dan restunya, nak minta ampun atas semua dosa-dosa saya padanya.... Dan saya tidak berkesempatan menatap wajah suami untuk memohon redhanya pada hembusan nafas saya yang terakhir....
Anak bertuah saya ini sudah 3 tahun hari ini.... Terasa peristiwa itu macam baru semalam berlaku. Rupanya hikmah di sebalik kelahirannya yang pramatang...dia ingin memberi peluang kepada abangnya Hardy untuk dibedah di IJN. Kerana saya sudah menolak satu slot waktu pembedahan untuk Hardy kerana waktu itu saya sedang mengandungkan Hakimy. Hardy selamat dibedah semasa Hakimy berusia 2 bulan lebih. Jika dia lahir pada 5 Mac (saya berangan sebelumnya dia dapat lahir pada hari jadi saya yang ke 29 pada 4 Mac)... ketika itu dia baru berusia sebulan.... kerana pembedahan Hardy tidak boleh ditangguhkan untuk kali kedua.
Kerana itulah anak ini saya namakan Hariz Hakimy....yang bermaksud pelindung yang bijaksana...
Selamat Hari Jadi ke 3! Semoga terus menjadi anak yang soleh dan bijaksana.

Hardy der Ritter

Hari ini merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu oleh Hardy sejak masuk ke sekolah 2 minggu lepas. Sebabnya gurunya sudah memaklumkan bahawa pada hari ini semua murid kena memakai kostum sempena Pesta Kostum. Jadi mereka kena bersiap memakai kostum dari rumah sebelum ke sekolah. Kiranya semua persiapan dari memilih, membeli hinggalah ke make up diuruskan oleh ibubapa. Guru hanya membawa anak-anak yang sudah siap terus ke Pesta. Berbeza sekali dengan suasana di Malaysia, di mana guru bermati-matian menyediakan kostum murid terutamanya pada hari sukan.

Di sini, boleh dikatakan semua shopping mall terlibat dalam acara tahunan ini. Bermakna mereka menjual kostum ini dan mempamerkannya di gedung mereka. Ada macam-macam kostum dari kostum pekerjaan hinggalah ke fairy tales setiap satunya siap dengan kelengkapan kostum masing-masing. Ada pedang dan perisai, ada stestoskop, ada topi, gigi vampire apatah lagi kayu magic pari-pari ataupun penyapu ahli sihir.... Memang meriah suasananya...

Hardy der Ritter und Muiz der Piratten

Hardy memilih untuk menjadi askar perang sebab katanya sama dengan askar dalam game Age of Empire... Mulanya saya suruh dia jadi vampire sebab saya tengok kostumnya cantik. Saya siap tunjukkan dia apa itu vampire dengan menonton Nabil si Raja Lawak di Youtube, tetapi dia tidak terpengaruh.
Pagi tadi semasa saya menghantar dia ke kelas, saya terlupa membawa kamera. Jika tidak boleh saya rakamkan betapa meriahnya suasana di dalam kelas Hardy pagi tadi. Ada Cinderella, ada polis, ada bomba, ada Superman, ada vampire (make up vampire ni memang melampau, siap ada darah lagi kat muka!).
Saya gembira bila Hardy gembira dengan sekolahnya... Balik Malaysia nanti, kalau dia terpaksa dihantar ke kelas tuisyen untuk mengejar silibus, itu lain cerita...

28 Januari 2009

Bayi Kembar Lapan!

Semalam semasa menonton BBC News, saya terkejut dengar berita bayi kembar lapan dilahirkan di California. Macam tak percaya aje, bagaimana 8 orang bayi boleh duduk kat dalam rahim seorang ibu. Tapi itulah keajaiban ciptaan Tuhan....
Bukan semua wanita dianugerahkan kurnia untuk dapat melahirkan anak dari rahimnya sendiri. Lantaran itu bagi mereka yang bernasib baik, haruslah sentiasa peka dengan perasaan kaum sejenis kita. Janganlah kita suka-suka hati bercerita tentang kenakalan anak-anak kita, betapa bahagianya kita dengan riuh-rendah anak-anak di rumah kepada mereka yang kita baru kenal. Kerana bimbang, di dalam hatinya dia merintih kerana sudah lama berumahtangga tetapi belum dikurniai oleh zuriat lagi.... Demikian juga kepada pasangan yang baru berumahtangga kerana mungkin juga mereka belum bersedia lagi, tetapi kita dengan ramahnya bertanya, bila hendak bertiga; sudah ada isi atau belum.... Bagaimana pula jika anda bertanya "Anak dah berapa?" kepada perempuan yang belum berkahwin. Sebenarnya ada banyak lagi soalan yang lain yang boleh ditanyakan untuk membuktikan yang kita ini peramah...
Saya pernah merasakannya; semua tekanan-tekanan itu. Macam-macam yang dikatakan kepada saya.... Tak tahu buatla... Nak buat apa merancang-rancang...umur tu bukannya semakin muda.... Sakit telinga mendengarnya tetapi sakit di hati tidak dapat dikata...
Siapa yang tidak inginkan anak tetapi walau sekuat mana kita berusaha tetapi Allah tidak mengizinkan bayi itu tumbuh di dalam rahim kita, apakan daya. Semua itu kuasa dan nikmat dariNya.
Sekiranya Allah memberikan saya seorang zuriat lagi semasa di bumi Berlin ini....saya sangat-sangat bersyukur.... Saya ingin sangat berkongsi kasih 3 jejaka milik saya ini dengan seorang lagi wanita....hehehe.... anak perempuan....insyaAllah... Teman-teman...doakan untuk saya; supaya impian saya tercapai....
ps- Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan LPPKN dalam membantu pasangan mendapatkan zuriat, sila baca entri saya sebelum ini tentang Inginkan Zuriat?

26 Januari 2009

Panggilan Penting untuk Alumni UPM!

21 Februari ini, sesiapa yang kelapangan, silalah ke Dewan Putra Banquet.....ada reunion! Untuk keterangan lanjut silalah ke www.alumni.upm.edu.my

24 Januari 2009

Hati yang Terusik....

Gambar ini diambil kira-kira dua tahun yang lalu...semasa saya dan teman-teman masih menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras, KL. Semasa ini, kami semua baru disahkan tamat aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum....itu yang seronok sangat sebab lepas ni tak perlula pakai uniform Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah ataupun Pengakap lagi setiap hari Rabu.
Kalau anda perasan, saya yang kat depan tu. Satu-satunya perempuan di dalam kelas saya yang masuk Pengakap...Mmm...saya memang begitu, selalu lain daripada orang lain dan biasanya saya tak kisah jika saya tidak bersama orang lain. Yang penting, saya suka sesuatu yang tidak suka dilakukan oleh orang lain (mula-mula keahlian Pengakap dibuka, hanya ada beberapa kerat saja pelatih perempuan yang masuk). Saya selalunya berfikir positif, saya akan jumpa kawan-kawan baru pula...dan saya fikir dengan masuk Pengakap, saya dapat merealisasikan impian saya dulu yang semasa bersekolah hendak masuk Pengakap tetapi terhalang disebabkan saya tidak mampu membeli sepasang uniform Pengakap pun....
Sudah 2 tahun memori itu berlalu. Sudah setahun saya dan teman-teman posting ke sekolah masing-masing. Ada yang di bandar dan ada juga yang di hujung kampung hingga memerlukan kami bertukar-tukar kenderaan untuk tiba ke destinasi. Namun kami harunginya dengan hati yang tabah...demi untuk berbakti kepada masyarakat dan negara (eh! itu motto Cicak Man)...hehe.
Antara kami memang terlalu akrab dan saling membantu. Hinggakan kini kami saling berhubungan....dan bertanya khabar. Sesekala kami keluar makan-makan dan shopping. Bila saya ke sini, ramai yang sudah melangsungkan perkahwinan (saya tak dapat hadir sebab mereka sengaja pilih tarikh saya tak dapat hadir).
Suatu hari....saya mendengar berita yang seorang teman saya sengaja lalu di depan pagar rumah saya kerana dia rindukan saya...Sedih saya mendengarnya. Tapi saya terharu dengan ingatan dan kasih sayangnya pada saya...Saya tahu, dia perlukan seseorang untuk berbicara....
Pesan saya pada dia...jaga diri baik-baik. Masih ada yang sudi mendengar bicara hatimu di saat aku tiada di sisi...Dan janganlah kau sisihkan dirimu dari mereka kerana mereka juga menderita sebagaimana kau menderita berjauhan dari mereka....
Sampai kita ketemu lagi!


Hardy ersten Tag in der Schule

First Day @ School! Akhirnya setelah 3 bulan bercuti panjang, Hardy dah mula sekolah pada Dienstag (hari Selasa) 20 Januar 2009. Dua hari yang pertama abang yang hantar, hari ini bermulalah rutin saya menghantar dan menjemput dia pulang. Rumah dengan sekolah tak jauhpun hanya seberang jalan tapi sebab kena melintas, maka saya akan menjemput dia pergi dan balik....
Hardy posing depan pagar sekolah
Hardy posing depan pintu utama sekolah

banyaknya hasil lukisan murid ditampal di dinding sekolah

Pengalaman saya? Sukar nak dijelaskan. Saya hanya cakap Ich nicht sprechen Deutsch, maksudnya saya tak boleh cakap Deutsch. Dan dia balas Ich nicht sprechen English. Jadi? Korang bayangkan sendirila....Macam itik cakap ngan ayam...
Bila Hardy bali tunjuk buku dan hasil kerja sekolah dia, saya senyum aje. Sebabnya Hardy kelas 1/2d maksudnya ia kelas campuran kanak-kanak 7 dan 8 tahun....Sudahpun nak masuk separuh tahun, rupa-rupanya mereka baru belajar melakar dan mengenali huruf N. Kalau di Malaysia, masuk darjah 1 murid sudah boleh membaca, tapi di sini masuk darjah 2 baru hendak mengenal huruf. Bila sudah masuk 10 tahun baru subjek English diperkenalkan. Jadi pendidikan di sini mudah supaya murid-murid tak tertekan. Tapi mereka banyak aktiviti di luar seperti menonton wayang dan teater, pementasan, lawatan dan sebagainya. Cuma aktiviti seni dan kreatif terutamanya lukisan sangat ditekankan supaya mereka berfikir kreatif....
Jadinya saya harus bijak mengatur jadual Hardy supaya bila balik ke Malaysia darjah 3 nanti, dia tak masuk kelas paling corot....

23 Januari 2009

Jumpa Awang Kenit di Berlin....

Gambar ini dirakam semasa kami ke Spandau, Berlin sebulan lepas sebelum Krismas. Saya suka gambar-gambar ini kerana inilah pertama kalinya saya berjumpa dengan Santa yang kecil comel. Tingginya sama dengan tinggi Hakimy.
Menurut Kak Aminah, teman saya di sini (warga Jerman yang sudah Islam), Awang Kenit ini tidak dipanggil Santa. Panggilan Santa hanya di Amerika dan UK. Di sini yang putih namanya Väterchen Frost dan yang merah putih itu Weinachtsmann. Yang berwarna putih biasanya dari Rusia manakala yang di Jerman berwarna merah putih...
Bila musim Krismas, saya mesti teringat musim Aidilfitri di Malaysia... Meriahnya di mana-mana... Tahun ini saya dijangka merayakan Aidilfitri di sini dan khabarnya puasa tahun ini akan menduga sungguh kerana kami akan berpuasa selama 14 jam! Dugaan di rantauan....

22 Januari 2009

Horizon Cinta di Pasaran!

Dah lama tak bersembang bertentang mata dengan ibu muda ini. Kali terakhir rasanya kami bertemu dua tahun lalu sebelum Umi terbang ke Bahrain. Pasti Horizon Cinta akan mengubat hati peminat Umi Azrini yang hit sebelum ini dengan Sejujur Hatimu. Semangat Umi dalam berkarya sangat-sangat saya kagumi....Umi, tolong tiupkan sikit semangat itu ke Berlin....hehehe. Kepada anda di sana, dapatkan segera novel ini di pasaran!

ZARIZ seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan dirinya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.

Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lincah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, diminati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.

Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hati menjadikan mereka tegar menyakiti satu sama lain.

Tanpa sedar, pertelingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang. Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana masing-masing pernah melukai?
http://umi-azrini.blogspot.com

21 Januari 2009

Kena Tagged....hehehe...lagi...

1. Do you think you are hot? Tak, saya jenis yang low profile....darah sejuk hahhaa....

2. Upload your favourite picture of you.

3. Why do you like that picture? Gambar ni dirakam masa kami ke London baru-baru ni. Sebab kami bosan tak boleh ke mana-mana disebabkan hari Krismas (semua kenderaan awam di London tidak berfungsi). Jadi kami hanya jalan-jalan di sekitar rumah teman kami di sekitar Canary Wharf. Jalan lengang dan boleh kata, kita boleh baring kat tengah jalan raya. Untuk mengambil gambar ini (di belakangnya mencatat harga saham seluruh dunia), kami semua kena panjat tembok tu. Orang yang lalu-lalang pakat senyum tengok aksi kami anak-beranak...Lucu mengenangkan usaha yang agak keras terpaksa diambil semata-mata untuk gambar itu. Tapi rasanya kalau hari lain di mana orang ramai lalu di situ, taubat kami tak bergambar atas tembok tu.

4. When was the last time you ate pizza?Pizza Dundun...Pizza Turki masa saya demam tak lalu nak masak baru-baru ini....


5. The last song you listened to?Lama dah tak dengar lagu Malaysia atau Indonesia yang terkini. Yang selalu saya dok pusing sampai Hardy cakap "Mama, tak ada lagu lain ke?" ialah lagu Kau Bukan Untukku nyanyian Rossa. Itupun konon-konon nak dapat mood menulis, tapi sudahnya dengar lagu aje lebih....


6. What are you doing right now besides this?Tak ada apa...



7. What name would you prefer besides this?Kerja merepak.



Kena tag lima orang? 1- Kak Eka Fahara (saya tahu dia dah jawab dah tag) 2-Lynn Dayana (dia belum jawab tapi dia pasti akan jawab juga...jadi jawab serentaklah ye) 3-Kak Norzailina Nordin (dia tengah sibuk siapkan novel agaknya) 4- Dhiya Zafira (yang masih dalam mood cuti-cuti Malaysia) dan 5- Wan Marfuza (yang sibuk dengan kelas di musim-musim awal sekolah).


8. Who is no. 1?Jiran dan kakak yang sangat memahami. Kalau ada masa, saya mesti bertandang ke rumah dia...hehehe...kebiasaan cerita kami benda mengarut saja tapi ia melegakan... tak gitu kak?
9. No. 3 is having relationship with?Suami dialah...hehehe
10. Say something about no. 5 Seorang adik dan teman satu kepala...Kadang-kadang jadi gila sebab melayan karenah dia...
11. How about no. 4? Teman tempat berkongsi cerita dan cereka...
12. Who is no. 2? Seseorang yang sangat dekat di hati....

20 Januari 2009

Manusia Berhati Binatang....

Cerita ini saya ceduk dari laman blog teman seperjuangan saya Marfuza berkenaan manusia yang berhati binatang....Renungkan dan fikirkanlah... kerana perkara begini telah banyak kali kami guru2 Pendidikan Khas dengar dan alami sendiri. Kerana itu kami sering menekankan kepada anak2 syurga itu pentingnya menjaga diri..namun...mereka ini hanyalah anak2 yang tidak berdaya. Di sekolah, mereka diajar menjaga diri tetapi disebabkan manusia yang sempura akal dan sifatnya yang jahat di luar sana telah memperdaya mereka. Ya Allah aku hanya mampu berdoa dari kejauhan ini semoga Kau peliharalah mereka semua dari makhluk2 yang hanya bertopengkan manusia tetapi berhati binatang....
Bacalah luahan hati teman saya ini....
ermm..pernah tak anda terfikir, terlintas di fikiran, org yg anda sayangi, yg anda jumpa hari2, yg anda kenali dia sebagai org yg sangat ceria, sangat suka ketawa dan sangat menghiburkan hati.. tiba-tiba muncul di hadapan anda dgn personaliti yg sangat berbeza.. dia yg dahulunya suka ketawa, kini senyap dan selalu tunduk menatap lantai.. yg dahulunya suka mengusik, kini bisu tanpa bicara.. yg dulunya penuh dengan senyuman terlakar di wajahnya, kini bermuram durja.. semuanya kerana SEEKOR BINATANG BANGSAT yang tak berotak!!!
sedih hati saya.. pilu.. rasa mcm dirobek-robek, dicarik-carik hati ini.. sampai hati dia lakukan perkara terkutuk tu kepada anak murid saya.. sanggup dia mencabul maruah seorang kanak-kanak OKU.. kanak-kanak yang terencat akalnya.. sanggup dia meliwat buah hati saya!! sampai hati dia.. mcm mana kalau perkara itu terjadi kepada anak dia, isteri, adik, kakak ataupun ibunya sendiri!! apa perasaannya?!!sedih ketika meratap wajahnya yg polos.. menahan sakit.. rasanya hendak saja saya bunuh binatang tu.. dengan menggunakan kereta pacuan 4 roda ku itu, ingin saja aku melanggar si bedebah itu dengan motor sataynya.. huh.. ingin juga rasanya ku KASI biar pedih ulu hatinya.. ish..dah la pendatang dari seberang.. datang negara orang membuat onar.. balik la ke negara asal!!
dah 4 hari perkara ni terjadi.. namun, saya masih belum dapat berhenti memaki hamun makhluk itu.. kesian murid saya yang terlantar di HUKM.. doakan kesejahteraannya.. semoga hairi cepat sihat.. cikgu doakan hairi.. cepat dtg sekolah & we'll have fun together again..
PERINGATAN KEPADA SEMUA, TAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN, TAK KIRA UMUR.. JANGAN BELI SATAY IKAN 50SEN KAT BANDAR TASIK SELATAN, BANDAR TUN RAZAK, CHERAS & SUNGAI BESI.. ORANG INDON GILA TU MASIH BELUM DITAHAN SBB POLIS TAK CUKUP BUKTI.. JAGA DIRI DAN ORANG YG ANDA KASIHI...

Terima Kasih Semua....

Saya dan keluarga ingin merakam penghargaan yang tidak terhingga pada teman-teman di London, Manchester dan Newcastle yang memberikan kami layanan isitimewa sepanjang percutian 9 hari kami ke sana...Terima kasih daun keladi, Ada umur kita jumpa lagi....
Terima kasih untuk keluarga Farizul dan Kak Anis, Newcastle
Terima kasih untuk Che Lin Cun, Newcastle

Terima kasih untuk Wawa dan suami, Liyana dan Aimi, Manchester


Juga terima kasih untuk keluarga Hisham dan Yati, London

Bersama Ustaz Dr MAZA di Berlin

Ustaz Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA)

Kesempatan lawatan beliau selama 2 hari ke Berlin tidak disia-siakan oleh kami, warga Malaysia di Berlin. Dr MAZA, bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang sangat popular di negara kita, sedang mengikuti kursus sabatikal di UK membuat lawatan pertama kalinya ke Berlin pada 18 Januari 2009 (Ahad) yang lalu. Kedatangan beliau disambut oleh rakan pelajar Malaysia (termasuk abang) di Stesen Utama, Berlin Hauptbanhof sekitar jam 5.30 petang. Selepas check in di hotel, beliau dibawa untuk mengunjungi Duta Besar Malaysia ke Jerman, Y.Bhg Dato' Zakaria Sulong dan isterinya YBhg. Datin Hazizah Ahmad di kediaman mereka pada jam 7.30 malam. Saya bersama beberapa rakan yang lain juga mengikuti rombongan ke rumah Duta buat pertama kali. Kami dihidangkan dengan makan malam yang sungguh lazat serta Teh Tarik!!!

Pada 19 Januari 2009 (Isnin), satu sesi majlis ilmu bersama ustaz MAZA diadakan di apartment saudara Rizza dan isterinya Mar. Kami bersama-sama menyediakan pot-luck untuk majlis tersebut. Melihat keperibadian dan caragaya beliau yang bijak menjawab setiap persoalan yang diajukan dengan hujah dan nas yang sahih, saya percaya, negeri Perlis dan Malaysia umumnya amat merasai ketiadaan Ustaz MAZA pada ketika ini.

Walaupun, saya tidaklah terlalu mengetahui tentang beliau, namun bertemu dengan beliau serta peluang mendengar pandangan beliau membuatkan saya yakin bahawa beliau seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi di bidang agama Islam. Bahkan beliau boleh bercerita tentang topik-topik lain seperti hal ehwal semasa, sejarah Jerman (yang saya sendiri tidak cuba untuk mendalaminya) dan lain-lain lagi.

Untuk mengenali dan mengikuti tulisan dan pandangan Ustaz MAZA, bolehlah ke laman web beliau di http://www.drmaza.com/ .

Peluang bergambar bersama Ustaz MAZA

Keluarga Malaysia di Berlin bersama Ustaz MAZA.

19 Januari 2009

Carta MPH : Best Sellers Fiction for Local Malay Novel

Terima kasih Dhiya Zafira kerana memberitahu saya yang novel Saat Kau Hadir telah terpilih menduduki Carta No. 1 sebagai novel terlaris untuk minggu berakhir sehingga 11 Januari 2009.
Terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca novel saya...Saya sangat menghargainya...

sumber : http://www.mph.com.my/books/bestseller.cfm

KEMBARA EROPAH: Kembali ke London

Ke mana nak berjalan? Di kepala sudah terakam beberapa spot yang perlu kami kunjungi sebelum balik. Antaranya Buckingham Palace. Hari ni tiada changging of guard. Terpampang di depan pintu masuk istana. Jadi bila kami sampai dalam 12 tengahari (kerana kami ke Tower of London dulu pagi itu) tak adala rasa terkilan sangat....(waktu pertukaran lebih kurang jam 11). Tapi orang memang ramai....Dan kami terpaksa menapak agak jauh juga... Tak macam Istana Negara yang kedudukannya betul-betul kat depan jalan raya...

Habis berjalan tetiba je perut rasa lapar. Walau sudah dialas dengan makanan ringan nampaknya perut saya memang sudah tidak boleh berkompromi langsung hari ini. Sepatutnya kami ambil gambar di Kessington Palace dan sekitarnya tetapi disebabkan perut yang dah tak boleh nak makan saman, maka kami pun singgah ke Malaysian Hall. Itu gambar muka orang lapar dan di bawahnya gambar Hardy yang sudah kenyang...


Kami meneruskan perjalanan ke Hard Rock Cafe sebelum pulang bersiap-siap untuk menonton bunga api sempena Tahun Baru!

Gambar-gambar sekitar Tower of London yang kami sempat rakam pada waktu pagi...

18 Januari 2009

Novel Baru dari Rose Harissa!


EDDY EZLI dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih ber­gelar pe­lajar. Malangnya, ketika anak me­reka, Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang.
Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya.
Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu.
Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya ‘mama’. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie.
Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli.
Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima ke­putusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?
Kepada yang masih belum mendapatkan novel ini, segeralah dapatkannya di kedai buku berhampiran atau melanggan terus dari Alaf 21 Sdn. Bhd.
ps-saya sudah terbau-bau karya terbaru teman novelis Lynn Dayana...

My New Blog's Song

I dedicated this song to all the precious people in my life, whose always believe in me and supported me in whatever I do. I thank you for be the wind beneath my wings...

It must have been cold there in my shadow,
to never have sunlight on your face.
You were content to let me shine, that's your way.
You always walked a step behind.

So I was the one with all the glory,
while you were the one with all the strength.
A beautiful face without a name for so long.
A beautiful smile to hide the pain.

Did you ever know that you're my hero,
and everything I would like to be?
I can fly higher than an eagle,
'cause you are the wind beneath my wings.

It might have appeared to go unnoticed,
but I've got it all here in my heart.
I want you to know I know the truth, of course I know it.
I would be nothing without you.

Did you ever know that you're my hero?
You're everything I wish I could be.
I could fly higher than an eagle,
'cause you are the wind beneath my wings.

Did I ever tell you you're my hero?
You're everything, everything I wish I could be.
Oh, and I, I could fly higher than an eagle,
'cause you are the wind beneath my wings,
'cause you are the wind beneath my wings.

Oh, the wind beneath my wings.
You, you, you, you are the wind beneath my wings.
Fly, fly, fly away. You let me fly so high.
Oh, you, you, you, the wind beneath my wings.
Oh, you, you, you, the wind beneath my wings.

Fly, fly, fly high against the sky,
so high I almost touch the sky.
Thank you, thank you,
thank God for you,
the wind beneath my wings.

The Wind Beneath My Wings
Artist: Bette Midler
Lyrics Songwriters: Henley, Larry J; Silbar, Jeff

Love Him Hate Him

That's why Cristiano Ronaldo is the New World Football Player of the year!

Viva CR7.

17 Januari 2009

Selamat Hari Jadi Mak....

Hari ni 17 Januari, hari jadi mak yang ke 49 tahun! Ya, mak saya masih muda. Belumpun 50 tahun umurnya. Beza umur antara kami 17 tahun. Semasa mak lahirkan saya, mak baru berumur 17 tahunla.... Mak kahwin masa umur 12 tahun...dan sekarang mak sudah ada cucu umur 8 tahun...Hehehe....mudanya mak saya.
Tahun ni saya berhajat nak bagi hadiah paling best....Apakah dia??? Biarlah rahsia....
Untuk mak yang sentiasa ada di sisi di saat saya jatuh, bangun dan berlari semula....yang sentiasa percaya kepada kebolehan anaknya....tempat di mana saya boleh sentiasa bergantung harap bila semua harapan telah melenyapkan seluruh semangat yang hilang.... "Lily sangat sayang mak... dan semoga mak sentiasa sihat dan berbahagia di dunia dan akhirat...."

15 Januari 2009

Air Asia's Appeal?


It's up to you to decide... read the post below:



Dear Valued Guest,

We at AirAsia and AirAsia X appreciate your patronage in choosing us for your travel. As a regular user of the Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) in Sepang, we have heard your concerns and complaints about the cramped facilities at the LCCT. Many of you may not be aware that the terminal is owned, operated and managed NOT by AirAsia but by Malaysia Airport Holdings Bhd., a government-linked company.To help serve you even better, AirAsia – together with Sime Darby Bhd. – proposed to the government that we be allowed to construct and operate a new terminal to cater to the airline’s exponential growth. The Cabinet approved our request for the new terminal – KLIA-East, or as we like to call it, The Rakyat’s Terminal – to be located just a short distance from the KLIA Main Terminal. The new terminal in Labu, Negeri Sembilan, is scheduled to be in operation early 2011.In recent days, the proposed KLIA-East terminal has generated a lot of debates and discussions in the media – print, broadcast and online. We appreciate the fact that almost everyone who has voiced their view agrees that AirAsia needs a new terminal.

For us, the staff of the airline, the new terminal is very much a matter of the company’s survival given the number of new aircraft joining our ranks – at least two are being delivered every month – and the growth in passengers, estimated to reach 60 million in 2013.We would like to appeal for your support in helping us deliver on our promises to you and in making The Rakyat’s Terminal a reality. We have set up a designated web site where we will try and clear misconceptions regarding the project and provide answers to questions you may have regarding KLIA-East.

Do drop by and have a look. We would also like to appeal to you to voice out your support for the project – and for lower fares, convenience and a comfortable environment – by writing to the print media, appearing on broadcast media, responding in the online media, especially blogs, and contacting your elected representatives.For more facts and enquiries on KLIA-East, please log on to
www.airasia.com or head on over to the blog.

From the 6,500 dedicated and hardworking staff at AirAsia.

14 Januari 2009

Rindunya....Udara di luar....

Hari ni lebih dari seminggu saya dan anak-anak berkurung di dalam rumah.... Demam saya dah kebah selepas 3 hari. Hardy masih batuk-batuk tetapi Hakimy selain batuk, demamnya datang juga...saya bimbang dia kena pneumonia....
Betapa sejak berkurung di dalam rumah, saya rindu untuk menghirup udara segar di luar...rindu nak berwindow shopping atau sekadar ke Euro Gida; pasar segar. Otak saya sudah membeku kerana terperap di rumah.... Buka saja komputer...saya tidak boleh bertahan lama....
Ini tak boleh jadi.... Jika saya hendak siapkan segera manuskrip saya yang asyik terunggak ni, bermakna saya harus keluar mengambil angin....untuk menyegarkan kepala; mengembalikan semangat yang hilang....akibat terperuk lama sangat di dalam rumah....Saya ni nampaknya bukanlah 'orang rumah' sejati....Hehehee

Road Trip: London-Manchester-Newcastle (Part II)

Kami sampai di Newcastle dah malam; hampir jam 8.30 malam. Sampai di sana terus dihidangkan dengan nasi ayam! Nyum nyum nyum.....

Hari esoknya, konon-konon nak keluar awal, tapi tetiba tayar kereta kawan pancitla pulak. Jadi kami keluar jam 2 ptg di mana hari sudah hampir gelap.

anak-anak dalam van, bersedia untuk ambil angin senja....

saya dan azlina di depan Cassie Building, Newcastle Univ.

kami sekeluarga...Hakimy tak habis-habis duduk dalam pram kerana sejuk....



di hadapan Millenium Bridge
yang ni abang curi-curi keluar ke St. Jame's Park... Stadium Newcastle United
lagi pemandangan di bandar...

Kami bertolak balik keesokan harinya, konon-konon sebelum matahari naik untuk cepat sampai ke London tapi akhirnya....jam 2.00 petang baru berangkat. Kami sampai jam 8.00 malam dan disambut dengan suhu -2. London tahun ini bagi penduduknya memang sejuk benar....

13 Januari 2009

Shah Rukh Khan at Golden Globes Awards 2009

Yesterday, this was the first SRK's appearance in one of the biggest awards show in US/worldwide...

KEMBARA EROPAH: Cheshire Oaks: Factory Outlet Terbesar di UK

Saya rasa ini kunjungan saya yang pertama ke F.O di UK ni. Dikatakan ada beberapa tempat F.O yang menarik tetapi Cheshire Oaks adalah yang terbesar di UK!

Memanglah besar dan ramai pengunjungnya. Kami tiba agak awal juga dalam jam sebelas pagi dan sudah susah hendak mencari petak kosong untuk meletakkan kereta. Jadi bila dapat je satu, kami pun tanpa berlengah lagi.....


Apa yang ingin anda cari kebayakannya ada di sini. Dari barangan kecantikan diri, kasut, pakaian hinggalah ke beg tangan ataupun peralatan golf juga set pinggan-mangkuk berbaris menunggu untuk dibawa pergi. Harganya juga boleh tahan. Sebagai contoh, sepasang kasut kanak-kanak jenama UMBRO boleh didapati pada harga Pound8 sahaja! Jeans LEVIS boleh dibeli pada harga serendah Pound10, begitu juga jeans GAP dari serendah Pound3 sahaja!

Penat kaki kami berjalan, kami berhenti makan bekalan yang dibungkus oleh Wawa, Liyana dan Aimi pagi itu, nasi goreng kampung dan nasi goreng cili padi. Perut kenyang, kami berjalan lagi. Tak sedar jam sudah 5.00 petang, kami harus berangkat ke Newcastle. Hehehe...itupun kami tak habis pusing satu F.O tu lagi.....Kalau nak habis...agaknya pukul berapa agaknya kami akan sampai ke Newcastle.
ps-maaflah orang Newcastle yang sudah menunggu dengan nasi ayam istimewa sejak tengahari lagi rupanya! bila dah shopping memang tak ingat dunia!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...