28 Januari 2009

Bayi Kembar Lapan!

Semalam semasa menonton BBC News, saya terkejut dengar berita bayi kembar lapan dilahirkan di California. Macam tak percaya aje, bagaimana 8 orang bayi boleh duduk kat dalam rahim seorang ibu. Tapi itulah keajaiban ciptaan Tuhan....
Bukan semua wanita dianugerahkan kurnia untuk dapat melahirkan anak dari rahimnya sendiri. Lantaran itu bagi mereka yang bernasib baik, haruslah sentiasa peka dengan perasaan kaum sejenis kita. Janganlah kita suka-suka hati bercerita tentang kenakalan anak-anak kita, betapa bahagianya kita dengan riuh-rendah anak-anak di rumah kepada mereka yang kita baru kenal. Kerana bimbang, di dalam hatinya dia merintih kerana sudah lama berumahtangga tetapi belum dikurniai oleh zuriat lagi.... Demikian juga kepada pasangan yang baru berumahtangga kerana mungkin juga mereka belum bersedia lagi, tetapi kita dengan ramahnya bertanya, bila hendak bertiga; sudah ada isi atau belum.... Bagaimana pula jika anda bertanya "Anak dah berapa?" kepada perempuan yang belum berkahwin. Sebenarnya ada banyak lagi soalan yang lain yang boleh ditanyakan untuk membuktikan yang kita ini peramah...
Saya pernah merasakannya; semua tekanan-tekanan itu. Macam-macam yang dikatakan kepada saya.... Tak tahu buatla... Nak buat apa merancang-rancang...umur tu bukannya semakin muda.... Sakit telinga mendengarnya tetapi sakit di hati tidak dapat dikata...
Siapa yang tidak inginkan anak tetapi walau sekuat mana kita berusaha tetapi Allah tidak mengizinkan bayi itu tumbuh di dalam rahim kita, apakan daya. Semua itu kuasa dan nikmat dariNya.
Sekiranya Allah memberikan saya seorang zuriat lagi semasa di bumi Berlin ini....saya sangat-sangat bersyukur.... Saya ingin sangat berkongsi kasih 3 jejaka milik saya ini dengan seorang lagi wanita....hehehe.... anak perempuan....insyaAllah... Teman-teman...doakan untuk saya; supaya impian saya tercapai....
ps- Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan LPPKN dalam membantu pasangan mendapatkan zuriat, sila baca entri saya sebelum ini tentang Inginkan Zuriat?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...