26 Mei 2008

Pengumuman Cuti : Balik kampung

Cuti sekolah dah bermula hari ini. Saya akan bercuti beberapa hari balik ke kampung. Mungkin sehingga Rabu atau Khamis ini atau sehingga Rabu depan. Jadi kalau blog ini tidak dikemaskini saya mohon ampun kerana di kampung susah untuk saya mendapatkan kemudahan internet.
Jika ada yang bertanya apa saya nak buat cuti panjang ni? Hari ini akan dimulakan dengan shopping di Jalan TAR dengan Kak Eka Fahara. Lepas tu balik kampung. Saya nak makan mee rebus dan rojak power kat kampung. Bekalan 2 buah novel sudah saya masukkan ke dalam beg. Juga kotak jahitan untuk meneruskan projek menjahit.
Takkan tak berjalan ke mana-mana? Ada juga merancang tetapi jika sempat sampailah....k...selamat bercuti...yahoo! (masa ni rasa macam mengalahkan budak-budak tadika aje!).

Ilmu Memagar Diri dan Rumah


Bila mengenangkan tentang keselamatan rumah kita, memang kita jadi risau. Masa bujang dulu, rumah saya dimasuki pencuri sekitar jam 7.00 pagi, di kala kita tidur kembali selepas solat subuh. Pencuri tu siap buka lampu dapur dan kumpul semua dompet kami satu rumah dan dikecainya. Berani betul sebab dia yakin, kami tak akan jaga. Tapi entah macam mana agaknya bila dikira, dompet tak cukup, jadi pencuri itu kembali hendak menyelongkar. Masa itu salah seorang rakan saya bangun dan menjerit. Lintang-pukang pencuri itu lari. Kelakarnya selipar pencuri tu tertinggal sebelah dan saya yang bodoh ni (banyak terpengaruh aksi tv) memegang selipar itu dengan beg plastik. Beria-ia tak nak bagi tangan menyentuh selipar itu takut mengganggu DNA dan bekas cap jari.


Rumah saya di Putrajaya dulu juga dimasuki pencuri. Kali pertama semasa rumah masih belum bergril. Pencuri mengumpil pintu sliding ruang tamu. Nak mengelakkan diumpil, letakkan kayu menahan pintu dari boleh ditolak dari luar. Kali kedua rumah sudah bergril tapi pencuri itu licik. Dia ada kunci pendua pintu grill. Tumah saya kebetulan tidak dipasang mangga tambahan. Dia masuk ikut tingkap bilik air. Masa polis datang, mereka siap buat aksi CSI lagi untuk mengesan cap jari, temubualnya makan masa berjam juga. Kali ketiga rumah saya hampir dimasuki pencuri masa jam 11.00 malam. Saya belum tidur lagi. Saya dengar dia menolak pintu sliding saya dengan kuat. Alhamdulillah masa tu dah ada kayu, jadi memang tak boleh nak tolak. Saya telefon polis dan polis Putrajaya datang pada kadar segera. Hasilnya kami mendapati, pintu sliding saya memang sudah diumpil.


Memang menghairankan kerana pencuri datang berkali-kali ke rumah tetapi masih belum dapat ditangkap. Polis kata, malam kejadian rompakan itu, ada 4 buah rumah lagi yang kena juga. Hairannya sebab polis Putrajaya memang meronda boleh kata setengah jam sekali dan kata mereka malam kejadian, mereka memang sedang buat operasi di belakang rumah saya. Andaian saya tentunya orang yang mencuri bukan orang Indonesia, orang kita yang duduk di Putrajaya di kejiranan saya juga. Dia tahu bila polis ada dan bila tidak. Bila dah habis mencuri dia kembali ke rumahnya... Kelakar teori saya tapi tentulah menghairankan bila polis kata dia dah hantar pulang semua pencuri di sekitar Putrajaya dan gagal menangkap pencuri yang licik itu.


Menjadi tabie pencuri yang dah masuk sekali akan masuk lagi lain kali ke rumah yang sama. Menakutkan. Minta dijauhkan.


Baru-baru ini dua rakan saya kehilangan laptop. Dua-dua di rumah, pencuri masuk potong grill besi waja. Satu lagi potong mangga pintu. Saya pernah dengar orang curi laptop dengan mengesan laptop yang ditinggalkan dalam bonet kereta. Satu lagi yang ganas, bila berhenti di lapu isyarat, mereka pecahkan cermin tingkap dan bawa lari laptop. Aduh! Menakutkan. Rasa macam Malaysia ni dah tak selamat kan?


Oleh itu, apa yang boleh kita buat untuk membanteras jenayah ni? Buat rondaan kejiranan, upah pengawal, pasang ADT merupakan salah satu usaha juga. Dan emel yang dihantar oleh seseorang dari kejiranan saya rasanya boleh juga kita cuba. Semoga ALLAH melindungi kita.


"Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihirdan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahandan kekusyukan.Waktunya..Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagardiri dan hari jumaat bagi memagar rumah.


Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir keranaAllah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu bacaayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja.Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawadihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membacaayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke 3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pulabahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuktembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan initerpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satutembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untukyg afdalnya amalkan seminggu sekali.


Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minute sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masademi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnyaberserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranyaadalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman daripencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk ituberada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untukkelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dariancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang ygmengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasukirumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkantuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukupdengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkandengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untukanak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahajauntuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalahmenakjubkan (dengan keizinan Allah).

23 Mei 2008

Kenduri-kenduri Malaysia


Bermula cuti sekolah pastinya ramai yang naik pelamin. Cuti sekolah kali ni saya menerima beberapa undangan perkahwinan. Kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada rakan-rakan:

Rohima dan Mohd Alfitri pada Sabtu, 31 Mei 2008 di Kuala Terengganu, Terengganu

Norazlina dan Nasaruddin pada Sabtu, 31 Mei 2008 di Kuantan, Pahang

Nadzatulshima dan Zaidi pada 2 Jun 2006 di Kepala Batas, Kedah

Khairul dan pasangannya pada 1 Jun 2008 di Changlun, Kedah
Sharazatuldura dan pasangannya pada 26 Mei 2008 di Muar, Johor

dan

Selamat bertunang buat adik ipar saya Hayazi dan Norbaizura pada 6 Jun 2008

Selamat melayari bahtera rumahtangga dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat....

Jika berkesempatan, insyaAllah saya akan memeriahkan majlis.

22 Mei 2008

KURSUS KEIBUBAPAAN : ANAK ISTIMEWA

Bidang Pendidikan Khas merupakan satu bidang yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Jumlah pelajar istimewa di sekolah harian (integrasi ) dianggarkan kira-kira 12, 000 orang dengan bilangan guru seramai 4,000 orang. Data ini menunjukkan bahawa semakin hari semakin ramai pelajar istimewa di Malaysia. Pelajar istimewa ini mencakupi pelajar Sindrom Down, Autisme, Hiperaktif, Hipoaktif, Serebral Palsi Disleksia, Dispraksia dan sebagainya. Jelas ini menunjukkan satu pengurusan yang baik dan teratur demi membimbing anak-anak ini sangat diperlukan. Tanpa ilmu pengetahuan, maklumat dan tindakan yang betul dan wajar kita sebagai guru dan ibubapa mahupun masyarakat sudah tentu akan menghadapi masalah dalam menguruskan anak-anak istimewa anugerah Tuhan ini.
Sampai bilakah kita menjadi tempat mereka bergantung hidup? Sudah sampai masanya kita menggembleng tenaga dan usaha untuk memastikan anak-anak istimewa ini boleh berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan sebaya mereka. Pelajar ini semestinya sudah boleh menguruskan diri mereka sendiri pada masa akan datang.
Oleh itu kursus ini dirangka bagi mencapai objektof yang berikut :
  • Pendedahan tentang Pendidikan Khas kepada guru, ibubapa mahupun Pembantu Pengurusan Murid juga individu yang berminat mengetahui dunia pendidikan khas dengan lebih mendalam.
  • Menepati cara dan peraturan dalam menguruskan pelajar istimewa.
  • Memberi kesedaran dan perasaan insaf kepada semua warga tentang Pendidikan Khas.

PENCERAMAH

Pegawai Jabatan Pendidikan Khas , Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tajuk “ Anak Istimewa Satu Anugerah Bukan Bebanan”

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tajuk : Pengurusan Tingkahlaku

Pegawai Terapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tajuk : Terapi Pertuturan

Butiran lain:

Tarikh : 14 hb Jun 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 ptg
Tempat : Dewan Perdana , Tingkat 1 , Bangunan Pasukan Briged Tengah PGA , Cheras (Berhawa Dingin).

Yang berminat sila emel Puan Haslina di lailakamilia@yahoo.com . Yuran hanya RM15 (nota, sarapan pagi dan makan tengahari). Sijil disediakan. Tempat terhad kepada 100 peserta sahaja.

"Tuntutlah ilmu hingga sampai ke liang lahad"

19 Mei 2008

Selamat Konvokesyen Laila

Bertempat di Dewan Merdeka, PWTC pada 6 Mei 2008, saya selamat berkonvo. Alhamdulillah akhirnya setelah bertungkus-lumus selama setahun di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras akhirnya saya menggenggam Diploma Pendidikan (Pengajian Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran). Selepas ini apa pula? Memang saya bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Sarjana. Semoga impian saya akan terlaksana.

11 Mei 2008

V6 Untuk Di jual!






End 2004 (Register 2005), Metallic Burgundy, very good condition, NAM Full specs, leather seat, 6 CD changer, abs, s/rims, 3 digit no plate, Direct lady owner.
Selling Reason: Owner going oversea
Selling Price: RM57,800 (Neg)
Call owner Has 0192634377 / Aedy 0192601500
Location: Bandar Seri Putra, Bangi

03 Mei 2008

Menara Taming Sari : Tarikan terbaru di Melaka





Menara Taming Sari, menara berputar bernilai RM24 juta menggunakan teknologi Eropah ini diuruskan oleh Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kumpulan Melaka Berhad.
Kos pembinaan menara tersebut melibatkan tiang setinggi 110 meter, struktur berbentuk kepala keris di bahagian puncak serta kabin berputar yang mampu memuatkan 80 orang.
Di samping itu, sebuah kompleks yang menempatkan restoran, kaunter tiket dan kedai cenderamata turut dibina bersebelahan menara tersebut.
Teringat dengan kunjungan saya ke Sentosa Island Singapura tahun lepas, di mana kami sekeluarga menaiki menara berputar di sana. Berbangga jadi rakyat Malaysia, semuanya ada di sini. Mereka yang mahu menikmati pemandangan sekeliling bandar raya Melaka bolehlah mencubanya. Harga tiket, dewasa RM10, kanak-kanak RM5 dan OKU percuma.

Chow Kit, Kuala Lumpur




Cadangan ke sana disarankan rakan sehari sebelumnya. Katanya di sana tudung murah-murah. Saya angkat kening pelik. Nak ke Chow Kit? Mengapa tidak? Apa salahnya berjalan ke negara sendiri. Sementelah, kalau sendiri saya tak akan sampai ke sana. Saya pernah ke sana masa berumur 7 tahun semasa Yaohan/ Hankyu Jaya tengah glamer. Saya dibawa ke sana oleh nenek kerana sebab yang tidak dapat saya ceritakan. Dan percayalah sehingga kini pengalaman itu memang akan saya kenang sehingga mati! Pengalaman saya mengenal lorong Haji Taib yang penuh menyesatkan dan gelap! Hehehe! Jangan fikir bukan-bukan...
Tengahari Jumaat kami susup melalui pasar Chow Kit bersebelahan Plaza Safuan. Mak ai...macam-macam bau...tapi oklah sebab kalau kat Indonesia pun bau longkangnya lebih kurang juga. Sedar-sedar kami sudah sampai ke destinasi yang dituju. Kami ke kedai kakak yang biasa dikunjungi rakan. Boleh tahan harganya. Beli kain campur baju siap hanya RM55 bermakna upah buat baju hanya RM20. Tudung boleh didapati pada harga RM20 sedangkan harga kat luar RM30.
Kami juga sempat membeli buah-buahan di sini. Harganya sama saja dengan di pasar malam. Tapi kebanyakan penjual buah adalah warga Indonesia. Kami balik bila tangan dah tak larat menjinjing barang. Petang itu satu petang yang memberi pengalaman baru kepada seorang Laila! Kepada mereka yang nak cari pengalaman baru bolehlah pergi ke sana tapi bagi saya, membeli-belah di Jalan TAR pastinya lebih selesa, nak lagi selesa... SOGO laa!

1 Mei 2008 Ulangtahun ke 8 yang memenatkan



Gambar-gambar di atas diambil semasa membawa anak-anak menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke lapan pada 1 Mei lalu. Inilah pertama kali kami menyambut ulangtahun bersama anak-anak. Agendanya makan-makan, tengok wayang cerita Iron Man dan main bowling di Alamanda, Putrajaya. Sebetulnya kami sudah makan berdua di Madam Kwans beberapa hari sebelum itu. Lalu hari ini memang didedikasikan untuk bersama anak-anak....
Apa hasilnya? Penat dan kelakar! Ini pengalaman pertama Hariz menonton wayang. Mula-mula ok. Lama-lama k.o. Akhirnya tido. Siap dia bagi couple cina kat sebelah pop corn dia, bangun tengok orang belakang, menangis dan asyik menyebut Iron Man! beberapa kali. Adus! Kesian orang yang ada kat sekeliling.... Taubat lepas ni malas nak bawa dia lagi. Si Hardy pulak, walau sudah beberapa kali menonton wayang asyik risau bangkunya bergerak atau gambar datang terus ke muka! Alah... dia risau kalau cerita ini wayang 4D! Aduh anak-anakku!
Inilah sambutan ulangtahun yang paling kelakar! Tapi kami bahagia... Hanya ada kami berempat dalam dunia kami!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...