26 Mei 2008

Ilmu Memagar Diri dan Rumah


Bila mengenangkan tentang keselamatan rumah kita, memang kita jadi risau. Masa bujang dulu, rumah saya dimasuki pencuri sekitar jam 7.00 pagi, di kala kita tidur kembali selepas solat subuh. Pencuri tu siap buka lampu dapur dan kumpul semua dompet kami satu rumah dan dikecainya. Berani betul sebab dia yakin, kami tak akan jaga. Tapi entah macam mana agaknya bila dikira, dompet tak cukup, jadi pencuri itu kembali hendak menyelongkar. Masa itu salah seorang rakan saya bangun dan menjerit. Lintang-pukang pencuri itu lari. Kelakarnya selipar pencuri tu tertinggal sebelah dan saya yang bodoh ni (banyak terpengaruh aksi tv) memegang selipar itu dengan beg plastik. Beria-ia tak nak bagi tangan menyentuh selipar itu takut mengganggu DNA dan bekas cap jari.


Rumah saya di Putrajaya dulu juga dimasuki pencuri. Kali pertama semasa rumah masih belum bergril. Pencuri mengumpil pintu sliding ruang tamu. Nak mengelakkan diumpil, letakkan kayu menahan pintu dari boleh ditolak dari luar. Kali kedua rumah sudah bergril tapi pencuri itu licik. Dia ada kunci pendua pintu grill. Tumah saya kebetulan tidak dipasang mangga tambahan. Dia masuk ikut tingkap bilik air. Masa polis datang, mereka siap buat aksi CSI lagi untuk mengesan cap jari, temubualnya makan masa berjam juga. Kali ketiga rumah saya hampir dimasuki pencuri masa jam 11.00 malam. Saya belum tidur lagi. Saya dengar dia menolak pintu sliding saya dengan kuat. Alhamdulillah masa tu dah ada kayu, jadi memang tak boleh nak tolak. Saya telefon polis dan polis Putrajaya datang pada kadar segera. Hasilnya kami mendapati, pintu sliding saya memang sudah diumpil.


Memang menghairankan kerana pencuri datang berkali-kali ke rumah tetapi masih belum dapat ditangkap. Polis kata, malam kejadian rompakan itu, ada 4 buah rumah lagi yang kena juga. Hairannya sebab polis Putrajaya memang meronda boleh kata setengah jam sekali dan kata mereka malam kejadian, mereka memang sedang buat operasi di belakang rumah saya. Andaian saya tentunya orang yang mencuri bukan orang Indonesia, orang kita yang duduk di Putrajaya di kejiranan saya juga. Dia tahu bila polis ada dan bila tidak. Bila dah habis mencuri dia kembali ke rumahnya... Kelakar teori saya tapi tentulah menghairankan bila polis kata dia dah hantar pulang semua pencuri di sekitar Putrajaya dan gagal menangkap pencuri yang licik itu.


Menjadi tabie pencuri yang dah masuk sekali akan masuk lagi lain kali ke rumah yang sama. Menakutkan. Minta dijauhkan.


Baru-baru ini dua rakan saya kehilangan laptop. Dua-dua di rumah, pencuri masuk potong grill besi waja. Satu lagi potong mangga pintu. Saya pernah dengar orang curi laptop dengan mengesan laptop yang ditinggalkan dalam bonet kereta. Satu lagi yang ganas, bila berhenti di lapu isyarat, mereka pecahkan cermin tingkap dan bawa lari laptop. Aduh! Menakutkan. Rasa macam Malaysia ni dah tak selamat kan?


Oleh itu, apa yang boleh kita buat untuk membanteras jenayah ni? Buat rondaan kejiranan, upah pengawal, pasang ADT merupakan salah satu usaha juga. Dan emel yang dihantar oleh seseorang dari kejiranan saya rasanya boleh juga kita cuba. Semoga ALLAH melindungi kita.


"Disini diperturunkan ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihirdan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahandan kekusyukan.Waktunya..Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagardiri dan hari jumaat bagi memagar rumah.


Caranya.

1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir keranaAllah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus,buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu bacaayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja.Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawadihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membacaayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke 3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pulabahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuktembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan initerpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satutembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untukyg afdalnya amalkan seminggu sekali.


Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minute sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masademi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnyaberserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranyaadalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman daripencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk ituberada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untukkelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dariancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang ygmengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasukirumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkantuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukupdengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkandengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untukanak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahajauntuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalahmenakjubkan (dengan keizinan Allah).

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...