29 April 2008

Cuci Kereta RM2 Sahaja!





Sudah lama saya tidak terjumpa dengan nilai hebat seperti ini. Cuci Kereta bernilai RM2.00 sahaja! Namun, sayangnya ia bukannya di Lembah Kelang...
Bagi warga KL, peluang mencuci kereta dengan harga RM2.00 memang sesuatu yang tidak pernah dinikmatinya, tetapi jika anda berkunjung ke Alor Setar (terutamanya orang Alor Setar) sebuah kedai cuci kereta di Jalan Sultanah Bahiyah ini memang menjadi tumpuan ramai. Hampir setiap minit pasti kenderaan akan beratur panjang menunggu giliran untuk dicuci. Purata cucian bagi sebuah kereta hanya mengambil masa antara 5 hingga 7 minit sahaja.
Harga lain seperti vacumm hanya RM3.00 dan yang menariknya di Alor Setar, bukan hanya kedai cuci kereta tersebut menawarkan harga runtuh seperti itu, malah ada yang berani meletakkan harga cuci manual RM3.50 sahaja...
Kalau berkunjung ke Alor Setar dengan kereta, pastikan anda tidak ketinggalan mencuba kedai cuci kereta ini. Memang berbaloi.

1 ulasan:

the joker berkata...

bagus and value for money tapi cucian menggunakan mesin automatik ni boleh mendtgkn swirl-mark berbanding cucian tangan yg lebih puas hati

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...