Kelmarin Pensyarah saya datang melawat. Sepeti biasa, banyak perkara yang kami perbualkan. Selain dari memberi tips dan berkongsi pengalaman menjadi guru pendidikan khas yang cemerlang, kami berbual dari satu topik ke satu topik. Yang ingin saya kongsikan di sini ialah Sindrom Maid. Jangan silap congak menyangkakan ia merupakan salah satu penyakit genetik yang mengganggu kanak-kanak hinggakan mereka hilang upaya dalam pembelajaran. Ia bukan penyakit genetik tetapi boleh diperturunkan kepada generasi kita kalau kita tidak membendungnya dari awal.
Ramai pekerja dari Indonesia dan Filipina diambil bekerja di negara kita sebagai pembantu rumah. Banyak tugasannya dari subuh hinggalah menjelang malam. Malah jika ditawarkan kepada warganegara Malaysia hari ini, ramai yang langsung pandang sebelah mata. Baik kerja kilang dari bekerja di rumah orang.
Berapa di kalangan kita yang punya pembantu rumah? Tidak kira apapun alasannya peranan pembantu rumah di rumah kita amat besar. Malah ada pula hinggakan menyerahkan tugasan mendidik anak di rumah kepada pembantu rumah atas alasan hambatan tugasan di pejabat.
Pensyarah saya kata, ramai anak kita sekarang sudah hilang skill sebagai wanita. Kalau dulu ibu-ibu kita mengajar kita mengemas rumah hinggalah menjaga adik-adik pada usia yang muda. Umur sepuluh tahun sudah boleh menanak nasi, pergi ke kedai dan membeli sayur mayur dan lauk pauk. Sekarang ini apa yang budak perempuan sepuluh tahun buat di rumah? Ada yang langsung tinggal pinggan atas meja dan terus lari tengok TV. Kalau pembantu cuti dua hari, dua harilah pinggan tu tak berbasuh. Ada pula sekadar melonggok baju di tepi bilik air. Seterika baju sendiri? Hangus terbakarlah baju. Malah ada satu kes dimana masuk universiti lipat baju tak reti. Hanya basuh dan gantung dengan penyangkut baju. Belum lagi disuruh ke pasar membeli ikan. Yang boleh dibuat beli lauk siap masak, tunjuk2 aje, nama ikan langsung tak tahu.
Saya merenung kembali kata2nya. Memang benar, dulu2 mak kita mana ada duit nak cari pembantu rumah. Maka peranan anak dara di dalam rumah sangat penting bagi meringan kerja dapur. Mak saya mengajar saya membasuh pinggan dengan membaling pinggan tak bersih yang saya basuh melayang ikut tingkap. Pagi2 jangan bangun lewat. Pukul sepuluh dah pergi kedai cari lauk dan sayur. Nasi mesti siap masak , ikan dan sayur kalau tak masak pastikan sudah disiang sebelum pergi ke sekolah jam dua belas.
Pensyarah saya menyarankan jika ada pembantu rumah, ajar-ajarlah anak kita berdikari juga. Seboleh-bolehnya suruhlah basuh kasut dan baju sendiri. Bila lapang ajak anak ke dapur dan ke pasar. Moden macam mana pun dunia, orang perempuan mesti ada skill kerja rumah. Biarlah ada sepuluh orang pembantu rumah sekalipun. Jangan sampai tak reti ke dapur. Badan anak dara kita macam guni sebab asyik makan tidur. Cermin mata tebal seinci kerana asyik mengadap komputer dan telenovela. Jangan juga sampai lupa cakap Melayu dan terbawa-bawa slanga Indonnya.....
4 ulasan:
itu jgk yg buat aku runsing,berbuih mulut surh anak2 bujang aku basuh kasut sendiri. kdg2 yg geramnya bila anak2 nak basuh,maid pulak gatai mulut tak bagi. kadang2 maid ni lebih berkuasa dari majikan, tu yg payah. nak marah, nanti entah apa pulak yg dia buat kat anak2 bila kita p kerja-lily-s
memang masalah kalau maid memandai ni. ko kena lebih bertegas....anak lelakipun kena diberi ilmu rumahtangga. esok tak menyusahkan ibubapa di kemudian hari, terutama jika maid dah berhenti...biar terjerit sekarang asal nanti kita boleh lapang dada...
ups, terasanye aku statement akak "nama ikan langsung tak tahu". seb baik aku pandai siang ikan, ayam, daging etc.
alor... ada orang terasa hati ye...sian adik akak ni...takpe ada masa nak belajar....
Catat Ulasan