29 Jun 2007

Jutaan Maaf

Salam sayang,

Saya ingin merakamkan jutaan maaf kepada semua kerana tidak dapat hadir ke Pesta Buku Alaf21 seperti yang dijanjikan pada esok hari Sabtu 30 Jun 2007. Ini kerana hari ini saya baru sahaja pulang dari menghadiri Kursus Bina Insan Guru (BIG) di Morib dan saya baru mendapat berita bahawa esok ada sesi kuliah gantian di Institut saya dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Namun, sekiranya ada kelapangan, esok saya akan cuba juga untuk memeriahkan suasana di Pesta Buku Alaf21.
Terima kasih kepada Alaf21 kerana sudi menjemput saya memeriahkan pesta buku tersebut. Saya akan cuba hadir. Ini komitmen saya...
Terima kasih dan minta maaf semua.

21 Jun 2007

Persembahan Pentas yang Menyeronokkan


Produksi pementasan pentas Mencari Jalan Pulang. Ada pokok, bunga, gajah, itik, tenggiling, rama-rama dan harimau (yang sudah tukar kostum). Cuba teka di mana saya? Hehehehe! Yang paling comel sebelah mak arnab. Tak payah pakai kostum sebab saya hanya menulis skrip saja. Kasi peluang orang lain tunjuk bakat berlakon!

Kelakar! Bila dah tua-tua kena jadi budak kecik. Tapi jangan bimbang, orang tua sebenarnya lagi terror kalau disuruh jadi budak kecik. Kami yang tua-tua ni begitu teruja melakonkan watak-watak yang diciptakan. Nanti bila ke sekolah, kami akan bimbing murid-murid berlakon seperti kami juga. Pasti kenangan semasa di IPIK akan terjelma semula. Memang kami berguling-guling ketawa bila tengok balik pementasan ini. Tapi yang syoknya kawan-kawan semuanya sporting. Suruhlah jadi apapun! Tapi paling best tentu jadi penulis skrip. Sebab saya boleh berkhayal dan part paling syok mengenakan kawan sendiri. Siapa suruh saya tulis skrip. Padan muka diaorang saya suruh berguling, menari dan pakai kostum pelik-pelik. Maaflah ye. Bukankah sebelum buat skrip saya dah tanya kalian “ Betul ke nak bagi saya tulis skrip ni?” dan kalian sedap saja mengangguk.
p/s : ada masalah serverla. jadi takleh nak tunjuk wajah arnab, gajah pakai skirt etc. Jika ada kesempatan nanti saya tunjukkan. Ingat ye...jika ada....

Kelas Terapi

Hari Isnin merupakan hari pertama semester kedua. Masuk kelas aje, tiba-tiba datanglah seorang pensyarah Cina. Berabuk dia cakap English. Saya pula yang diberitahukan oleh kengkawan semester ni ada kelas English apa lagi tunjuk skill yang tak seberapa, berasap! Sekali dia cakap dia ajar subjek Terapi da… Ceh! Perabih air liur je….
Terapi! Menarik juga subjek ni. Ada macam-macam jenis terapi. Yang paling glamor yang saya tahu terapi pertuturan di mana siapa yang mahir memberikan terapi ini dibayar RM100 sejam. Lumayan! Ada juga terapi air, kuda, mainan, dolphin, warna, combine teraphy, fizikal dan macam-macam. Kata pensyarah saya ada lebih 100 terapi di dunia ini.
Apa itu terapi? Terapi adalah kaedah rawatan tanpa menggunakan ubat dan pembedahan. Terapi bagus jika anda sudah jemu makan ubat dan takutkan pembedahan. Sebaiknya terapi ini dibuat sebelum anda makan ubat lagi. Refleksologi adalah salah satu cara terapi.
Melalui terapi mainan, kanak-kanak diberikan pelbagai jenis mainan di dalam sebuah bilik. Kanak-kanak bebas bermain dan memilih permainan mereka. Apa yang pernah terjadi, kanak-kanak yang mengalami tekanan emosi didera ibu, biasanya akan mengambil anak patung perepmpuan dan melakukan aksi ganas seperti memijak dan mematahkan leher anak patung. Dari situ terapis akan mendapatkan maklumbalas dan mengenalpasti masalah sebenar kanak-kanak dan cuba mengatasinya. Lihat! Besarkan pengaruh terapi?

Puppet?




Empat ekor puppet. Jijah, Timah, Leha dan Pah Bedah (nombor dua dari kiri).



Sejarah puppet berasal dari Eropah pada awal-awal kurun. Puppet digunakan sebagai watak untuk satu pementasan. Macam-macam cerita boleh direka dan macam-macam jenis puppet boleh dibuat. Bahan-bahannya? Stokin, butang baju, benang bulu kambing, jarum kait, reben, pengesat kuali dan lain-lain lagi mengikut kreativiti seseorang. Di Malaysia masyarakat yang paling terkenal dengan puppet adalah masyarakat di Kelantan melalui wayang kulit. Pernah main puppet? Cubalah dan buatlah suara yang pelbagai. Pasti melucukan. Dialognya reka-rekalah sendiri. Bagus untuk mengubat hati yang kesunyian.

Budi dijunjung, budi disanjung

Kagum! Itu perkataan paling sesuai untuk menggambarkan komitmen yang diberikan oleh beberapa orang kuat ALAF21FC.
Semenjak penubuhan ALAF21FC saya telah mengikuti perkembangan mereka dari jauh tetapi setelah melihat sendiri kesungguhan mereka, saya memang tabik spring habis. Pertama kali berjumpa semasa Pesta Buku 2007, Abang Long, Mersik dan Rosha juga Violet saya menyaksikan bagaimana bersungguhnya mereka ‘bekerja’. Tetapi paling saya kagum pada pelancaran novel Nostalgia tempoh hari. Bagaimana Abang Long dan Mersik sanggup mengambil cuti semata-mata untuk bersama di majlis itu. Kak Salmah juga dengan liputannya bersusah payah dari Singapura ke Singgahsana. Semangat mereka harus dipuji. Yang paling menyebabkan saya angkat topi, mereka melakukannya dengan keikhlasan di hati mereka. Mereka tidak dibayar dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan tetapi mereka telah membuktikan wang bukan segala.
Tahniah! Semoga jejak yang anda semua tinggalkan akan menjadi ikutan generasi muda hari ini. Semoga jasa baik anda dibalas dengan kebaikan yang lebih lagi. Saya mendoakan semoga anda dan keluarga serta keturunan anda mendapat keberkatan kerana keikhlasan anda.

20 Jun 2007

Jalan-Jalan Orchard Road (Singapore)



Kali kedua saya menjejakkan kaki ke Singapura pada 15 Jun 2007 lalu. Kali pertama dulu pada bulan Februari tahun yang sama. Kali ini, saja-saja nak berjalan-jalan melihat suasana ibukota Singapura yang gah di mata orang tu. Saya pun bertolak jam 4.45 petang bersama keluarga (hubby dan anak2) dengan kereta kami. Sebenarnya hubby ada meeting kat JB. Alang2 kelas belum bermula, ikut ajerlah dia ke JB. Dapat gak rehatkan badan sambil jalan2.

Satu tips untuk yang ingin pergi dengan kereta. Singapore akan charge $s20.00 kepada kenderaan luar yang nak masuk ke singapore setiap isnin hingga jumaat dari jam 2.00 pagi hingga 5 petang. Kalau lepas pukul 5 ptg hingga jam 2.00 pagi dan sabtu dan ahad, takde charge. Tol cuma waktu nak keluar dari singapore (dalam $s1.20 ikut woodlands/tambak atau $s3.80 ikut Tuas/second link). Setiap kereta foreigner wajib register dengan beli autopass (macam touchngo) dengan harga $s10.
Apa yang menariknya Singapore? Bersih, terancang dan landskapnya cantik. Kali pertama dulu saya pergi ke Sentosa Island. Tak sesat ke memandu ke sana? Sesat... mana tak sesat. Hubby bawa kereta dan saya baca peta. Orang perempuan mana boleh baca peta. Memang sesatlah. Sudahnya hubby berhenti dan baca peta sendiri.
Kali kedua ni pun sesat juga tapi alah bisa tegal biasa. Pengalaman itu banyak membantu. Akhirnya kami selamat juga ke Orchard Road yang digembar-gemburkan itu jam 7.30 malam (Kak Salmah kalau terbaca jangan gelak ye).
Shopping complex dia tak ada bezanya dengan Malaysia. Macam kat Bukit Bintang dan KLCC juga cumanya ia bandaraya terancang. Sepanjang jalan Orchard tu berderetan shopping complex. Macam kita letakkan Sogo, KLCC, Bukit Bintang di deretan yang sama, berpusat.
Satu yang saya nampak, orchard road memang live. Hubby kata macam suasana kat Tokyo sikit2. Orang ramai menunggu lampu isyarat untuk melintas. Yang pasti kat sini ramai pelancong asing.
Apa yang saya beli? Heehheeh. Malu nak cerita tapi saya yakin pengalaman yang saya kutip semasa di sana lebih berharga dari barang yang saya beli itu.
Kami sampai ke JB dalam pukul 12.00 malam. Memang signage ke Johor/Malaysia memang tidak ada. Jadi kalau nak pulang ke Johor cari signage ke SLE (kalau tak silap). Elok nak sampai ke Woodlands tu baru ada tulisan nak ke Johor. Dah masuk payah pula hendak keluar ye?

12 Jun 2007

Rama-Rama


Seumpama rama-rama
Terbang bebas di udara tanpa ada halangan
Aman damai suka-suka, riang ria
Tanpa ada rasa duka sengketa
Rama-rama

Ekspresi dirimu menawan hatiku
Ingin aku terbang bersamamu
Melihat kerenah melihat telatah
Manusia yang sering terlaga.

Ekspedisi ini bagai tiada henti
‘Kan menjadi antologi diri
Terhentilah mimpi terhapuslah sepi
Sanubari yang lebih berani

Terminal yang pasti satu fitrah hati
Kerana yang sejati tiada kekal lagi
Terbanglah ke sini mencari abadi
Terbanglah ke mari mencari hakiki

Seumpama rama-rama
Melewati panorama yang penuh warna warni
Taman bunga taman damai
Dengan aksi lincah berputik hidup yang harungi
Rama-rama

Vokal: Ella
Lagu/Lirik: S Fauzan/Azam Dungun

11 Jun 2007

SAHABAT KESAYANGAN

Mana yang lebih bermakna, saudara mara yang ramai atau sahabat sejati keliling pinggang? Sukar untuk kita membuat pilihan.Dan biasanya pilihan itu bergantung juga kepada banyak faktornya. Saya pernah cemburukan seorang sahabat yang hidupnya dilimpahi dengan kasih sayang keluarga yang ramai. Maklum saja adik beradiknya 18 orang. Tentu meriah bila berkumpul. Dan saya tidak pula kurangnya kasih sayang dari keluarga (tetapi jika hendak dibandingkan dengan dia pasti saya tak terlawan walaupun ditambah adik beradik dari sebelah suami). Tetapi dia menyedarkan saya satu perkara. Katanya "Saya kaya adik beradik tetapi kamu kaya dengan kawan-kawan" Benarkah begitu? Adakah saya tidak menyedarinya?
Hari ini saya ingin sekali mengucapkan terima kasih yang tak terhingga buat sahabat-sahabat saya yang terdekat. Masa friendship day tempoh hari ada seorang kawan menghantarkan sms, kalau sms itu dihantar kembali kepada anda bermaksud anda adalah rakan terbaiknya. Saya tidak membalas untuk menyatakan terima kasih kepada rakan saya itu tetapi SMS saya kepadanya berbunyi begini :Kalau aku tak balas SMS inipun kau tetap tahu kau sahabat aku. Agak2nya dia marah tak?
Sahabat-sahabat yang terlalu sabar melayan karenah saya. Yang tak jemu-jemu menahan telinga mendengar bebelan saya. Yang sentiasa ada tatkala saya jatuh, bangun dan berlari. Sentiasa ada di mana-mana walaupun kadang2 kami jarang bersua dan berhubungan. Maklumlah masing-masing ada komitmen dan sibuk sangat2. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih atas kasih sayang anda!
Mocak : Namanya unik seunik orangnya. Dia berkahwin pada usia 16 tahun. Dia wira saya. Sentiasa di sisi di saat orang lain sentiasa mencari salah dan keburukan saya. Di saat saya bukan siapa-siapa dia memilih saya sebagai temannya. Dia tiada gantinya di hati saya sejak saya mengenal ABC dan mengenal siapa itu sahabat.
Liza dan Wa: Mereka teman nakal saya di SM tut....... Hehe nama sekolah tak leh sebut. Dulu kita sama nakal dan banyak membuatkan hati-hati yang sengsara. Kenangan bersama anda tidak akan saya lupakan hingga hayat di kandung badan.
Angah: Bila nampak bulan tandanya aku ada di sana, sedang memandang kamu! Manis memang manis persahabatan dengannya. Dan saya belajar persahabatan itu tidak semestinya berkepit setiap masa. Matrikulasi,Kota Bharu.
Yantie: Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Terima kasih kerana pernah hadir menyinari seorang aku yang kesepian.Matrikulasi,Kota Bharu.
Kak Linda: Bila kita keseorangan, kita memerlukan sokongan. Seronok bila hanya kita 9 orang di dalam kelas. Selamat berbahagia dengan Danny, Danish dan Darwish. UPM.
Aedy Fadly : Saat jatuh kau sambut. Dan saat bahagia, kau raikannya. Seronok berkongsi cerita dan melihat sesuatu yang berlainan dari perspektif yang berbeza. Semoga bila tua nanti kita masih ada banyak perkara yang hendak diperbualkan. Benarkan orang kata kita harus memilih jodoh yang kita senang berbicara dengannya?UPM.
Kak Nisya : Walau di mana akak berada, walau kita jarang bersua, saya tahu saya sentiasa boleh mengharapkan akak membimbing saya.Selvex.
Yana : Adik yang manja. Yang boleh diajak ketawa dan menangis bersama. Semoga ALLAH menetapkan jodoh yang terbaik buat manusia yang baik dan manis sepertimu.UPM.
Jue : Manusia yang sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan. Saya kagum dengan ketabahannya. Wanita semanis wajah dan budi sepertinya moga ditetapkan jodoh yang terbaik. UPM.
Kak Ai : Dia manusia yang selalu berkorban untuk orang lain. Dilimpahi dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Tak lokek dengan nasihat dan pemurah. Semoga dia berbahagia. UPM.
Lynn Dayana dan Violet :Persahabatan yang tiba-tiba membuahkan hasil yang sungguh menakjubkan. Kalian tongkat buat saya berdiri dalam dunia penulisan yang banyak asam garamnya.
Fuza : Walaupun paling muda dan singkat persahabatan kita tetapi saya dapat rasakan kita akan pergi jauh. Kitakan satu kepala.
Kak Wan, Erna, Kak Lily Haslina, Lily Suriani, Rose Harissa, Aleya Aneesa, Yani, K-Rol and Yanie, Fiza, Double Yatie dan ramai lagi. Terima kasih kerana sudi menerima saya sebagai kawan anda! Kalau saya mengarut sikit, maafkan ajelah ye...
Kepada sahabat yang tidak dapat disenaraikan lagi, bukan anda tidak istimewa di hati saya tetapi senarainya terlalu panjang untuk ditulis di sini. Saya sayang kamu semua dan semoga persahabatan kita akan terus berpanjangan dan dilimpahi kasihNYA. Muaaaaaaaaahhhhhhhhhh untuk semua!

Setahun yang merubah

Kehidupan harus diteruskan. Dari sehari ke sehari kita semakin matang. Perubahan dalam hidup kadang-kadang tidak dapat kita elakkan. Dan semakin sehari ke sehari kita sebenarnya semakin tua dan kaya dengan pengalaman.
Setahun lepas, saya ada bilik sendiri, ada staff sendiri. Bunyinya macam seronok dan gah sajaa walaupun pada hakikatnya saya hanya seorang kuli yang diberi gaji pada hujung bulan.Seronok juga memerintah tetapi entah mengapa saya jarang merasa tenang di sana. Dengan gaji yang agak lumayan (bagi seorang manusia yang tak berapa pandai ini), saya tinggalkan segala-gala. Semasa saya memberitahu keputusan saya untuk mengundur diri saya katakan "Wang penting tetapi bukan segala" Dan adakah saya temui kebahagiaan disini? Dengan penghijrahan ini adakah saya gembira? Adakah hati lebih tenang?
Saya tidak mahu mengatakan ya atau tidak. Bak kata seorang kerani di tempat kerja lama saya, Diri kita hanya orang lain dapat menilainya. Benarkah? Bukankah kita selalu dituntut untuk bermuhasabah diri? Dalam psikologi, jika seseorang itu kaya dengan intrapersonal (mengenali diri sendiri) maka dia sebenarnya seorang yang paling berjaya sekali. Maknanya di sini kita harus mengenali diri kita sendiri, kenali kelebihan dan kekurangan diri. Yang mana lebih, kita tinkatkan, kita kembangkan. Yang mana kurang kita tampalkan dan baiki lagi.
Berbalik kepada persoalan kebahagiaan tadi saya andaikan di sini begini. Saya mengenali seorang teman yang saya amat mengenalinya dan baru-baru ini saya terjumpanya. Dia bertanyakan soalan cepumas yang selalu orang tanyakan kepada saya sejak kebelakangan ini bila bertemu saya. Lebih kurang soalannya beginilah "Seronokkah kat tempat baru" Dan saya sekadar menjawab begini kepadanya. "Kau tengok muka akak macam mana?" Saya bertanya kepadanya soalan pula dan ingin menilai sejauhmana dia mengenali saya. Dan saya kagum dengan jawapannya. Dia kata "Dari air muka akak saya dapat lihat wajah yang lebih ceria." Dan saya kira penilaiannya terhadap saya benar belaka.
Apa seronoknya berpanas, lebih baik duduk di bilik berhawa dingin. Apa bahagianya ditngking jurlatih dibandingkan ditengking bos hujung bulan akaun masyuk juga). Apa dan apa?
Saya tidak menafikan segelintir orang memilih profesion keguruan sebagai alternatif terakhir kerana tiada pekerjaan. Malah kalau ditanyakan kepada sesetengah orang, mereka memilih pekerjaan kerana memang tiada pilihan. Itulah yang ada. Pada zaman sukar mendapat pekerjaan, kita tidak boleh memilih-milih. Apa yang ada di depan mata rebut saja. Tetapi alangkah bertuahnyakita jika kita boleh memilih gaji yang lumayan dengan hati yang tenang dengan pekerjaan kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...