31 Mei 2007

Perkhemahan Pengakap

Alahai.... Saya masuk pengakap sebab 2 perkara. 1 kerana nak tunaikan cita2 masa kecik nak jadi pengakap tapi tak tercapai sebab xde duit nak beli uniform. 2 kerana nak bagi 2 orang anak teruna kat rumah pengalaman berkhemah dan masak nasi dalam buluh. Alasan tak berapa munasabah sebenarnya. kerana memang saya wajib mengikuti satu pasukan beruniform.

Perkhemahan memang cukup mencabar. Sampai aje di Kem Kaizen Pulai, Johor kami disambut oleh hujan lebat. Kelam kabut kami memayungkan diri beramai-ramai dengan fly sheet. yang ada baju hujan sibuk memasang khemah. Yang seronoknya barang2 semua sudah diturunkan. Apa lagi kelam kelibut la nak memasukkan beg ke dalam plastik pulak. Itu kenangan yang paling best. Antara pengalaman best yang lain :
1- Tidur dalam khemah yang seperti berada di tapak sawah. Air dibawah dan kami tetap tidur senang.
2-Hujan memang best dan cuaca sungguh 'sporting'. Disambut dgn hujan, tengahari panas terik, malam hujan balik dan dihantar balik dengan cuaca terik.
3-Makan nasi kawah.
4-Menyebok buat gajet tapi langsung sehabuk tak reti ikatan (surrender bukan kemahiran saya).
5-Sedang mencari kayu, kaki ditusuk oleh kayu yang dilempar dari bawah bukit ke atas oleh seorang kawan. Kuku kaki terbelah dan saya terpaksa diberikan pertolongan cemas (hehehe cemasnya).
Itu pengalaman kehidupan yang saya tak akan dapat kalau saya tidak berhenti kerja. Dan saya sangat menghargai pengalaman yang menjadikan saya lebih dewasa.Saya tidak pernah menyesalmenjadi Pengakap. Sekali berpengakap, selamanya berpengakap!
p/s : gambar nanti saya upload

Karpet Merah: Kunjungan ke Istana Lily Haslina Nasir

Heheheh. Saya dah janji dengan Lynn akan masukkan entri ni dan dia dah tak sabar menunggu.
Alkisahnya begini....
Suatu hari di tengahari nan indah, saya bercadang ke Bandar Rinching untuk bertemu dengan Guru Besar di situ. Dan tetiba saya teringatkan perbualan saya dengan Kak Lily yang mengajak saya ke rumahnya (jika berkesempatan dan dia janji nak bagi saya mangkuk tingkat hari-hari kalau saya mengajar di sekolah itu, awas kak Lily nanti saya tuntut!).
Dan saya pergi menunaikan hajat kak Lily (hhehehe sebenarnya hajat saya nak merasa mangkuk tingkat dia).
Istana dia memang cantik. Dan rasanya paling cantik di Bandar Rinching (hehehe puji lebeh dengan harapan nak dapat mangkuk tingkat lebeh). Ada pintu gerbang baba nyonya lagi (betulkan kalau silap). Tapi yang paling best. Sesi lawatan.
Masa saya makan dia kata, hah makanlah ikan goreng yang disauk kat kolam belakang, ada 500 ekor. hari-hari makan ikan sauk. ni kangkung ni rasanya kangkung kat belakang rumah.
Nak senang citer, Apa yang tak ada kat rumah dia? semua ada....
nak makan apa? ayam, ikan....malah kalau Lily Suriani mengidam nak makan angsa panggang pun dia ada.
kawasan rumah dia memang cukup luas hingga saya cadangkan kat kak Lily buat kolam renang.
macam jiran dia. hehehe terima kasih kak atas hidangan yang lazat! Lynn, ko tak rasa nasi mangkuk tingkat dia....jangan jealous!

28 Mei 2007

Pengembaraan Menakjubkan Jack Sparrow!






Filem: Pirates Of The Caribbean: At World's End
Pelakon: Johnny Depp, Orlando Bloom, Kiera Knightly, Geoffrey Rush, Chow Yun Fat, Bill Nighy
Pengarah: Gore Verbinsky
Terbitan: Walt Disney Picture
Akhirnya filem yang aku ramalkan sebagai filem yang paling dinantikan bagi tahun 2007 tiba juga. Dalam kesibukan, sempat juga aku menyaksikan filem ini di TGV Cheras Selatan pada malam Ahad (27 Mei 2007) yang lalu.
POTC3 merupakan sambungan kepada POTC2: Dead Man Chest yang mana rakan-rakan lanun seperti William Turner (Orlando Bloom) dan Elizabeth Swann (Kiera Nightly) diketuai oleh Captain Barbossa (Geoffrey Rush) berusaha untuk melepaskan Captain Jack Sparrow (Johnny Depp) dari dimensi kematian di dalam Davy Jones's Locker. Dalam usaha mereka untuk membebaskan Jack, mereka perlu berjumpa dengan Ketua Lanun Singapore Captain Sao Feng (Chow Yun Fat) untuk mendapatkan kapal dan petunjuk kedudukan di mana Jack berada.
Dalam pada itu, Davy Jones (Bill Nighy) telahpun berada di bawah kawalan East India Company (EIC) yang diketuai oleh Lord Beckett (Tom Hollander) untuk memerangi kesemua lanun-lanun di tujuh lautan dunia.
Usaha membawa Jack ke alam dunia telah berjaya, namun misi menyelamatkan lanun-lanun dari ancaman EIC dan Davy Jones perlu dilaksanakan. Satu perjumpaan lanun yang dikenali sebagai Brethren's Court yang menghimpunkan 9 ketua lanun dirancang dan keputusan perlu diambil bagi menyelamatkan lanun-lanun daripada diancam kematian dan penyeksaan.
Misi tersendiri? Masing-masing mempunyai misi tersendiri. Dan dalam mencapai misi tersebut, mereka sanggup lakukan apa saja, termasuklah berperang atau menikam rakan sendiri. Akhirnya... (kusimpan untuk rakan-rakan tonton sendiri filem ini).
Hmmm... apa yang perlu aku katakan untuk Jack dan rakan-rakannya? WOW! Menjawab persoalan dalam POTC2, pengenalan kepada karakter dengan bijak, lakonan mantap watak utama, Cinematography hebat, CGI dan kesan effect mengagumkan dan banyak lagi wow factor yang ingin aku catatkan di sini. Bukan sebab aku obses dengan filem ini, tetapi ia betul2 menjadi. Namun, hanya kepada penonton yang telah menonton POTC2. Kepada yang belum menonton POTC2, mungkin akan sedikit keliru.
Durasi filem selama 168 minit tidak terasa lama bagi aku. Tetapi ada beberapa part yang tidak dikembangkan dengan baik, contohnya scene terakhir Calypso yang tidak kuat. Scene Jack dengan 'diri' sendiri jugak seakan tidak perlu.
Filem ini seperti satu perjalanan roller coster yang panjang tetapi amat pantas. Jika ketinggalan (contohnya jika di tengah cerita kita ke toilet), kita akan lost dengan plot cerita yang memerlukan ketelitian dan pemahaman yang mendalam.
Scene kegemaran: Pertempuran antara kapal Black Pearl dan Flying Dutchman di tengah pusaran lautan. Aksi yang dikoreograf begitu cantik dari satu plot ke satu plot. Ditambah pula dengan scene 'pernikahan' Will dan Swann yang seiring dengan adegan pertempuran pedang kelas pertama.
Apapun, memang puas hati...
Rating: ****1/2

P/s: Tunggu 3 minit selepas end credits (kredit untuk pelakon, produksi...) sebab ada scene lagi...

26 Mei 2007

Cuti Sekolah dah Mula

Sejak 2-3 minggu nie aku sibuk sangat dengan kerja-kerja berkaitan kursus perguruan aku. Tak menang tangan dibuatnya. Assignment berjela-jela banyaknya membuatkan aku hampir pitam mengadap kerja-kerja tersebut. Minggu lepas pun pergi bercamping pengakap (satu syarat nak jadi cikgu, kena join pasukan beruniform... nanti aku ceritakan pengalaman aku bercamping dalam post akan datang). Balik camping sibuk pulak dengan tugas-tugas kelas dan homework yang berlambak. Itulah, nak sangat jadi cikgu. Padan muka aku. Dulu, gaji besar, tapi sebab minat sangat, dah tukar profesion. Takpelah, best jugak kursus nih, dapat kawan baru, pengalaman baru....
Alhamdulillah, akhirnya cuti sekolah pun bermula. Dapat jugaklah aku bernafas seketika. Dah lama aku tak menulis untuk novel aku yang seterusnya. Bukan takde idea tapi tak sempat nak buat. Mengadap pc pun nak sudahkan assignment, mana nak sempat. Walaupun cuti sekolah nie, aku bercuti tapi assignment pun berlambak jugak. Tapi yang seronoknya, takyah ler aku terkejar ke IPIK pepagi buta. Lega la sikit.
Namun, aku risau le jugak, tangan aku masih lagi tak dapat 'magic' menulis macam dulu. Aku dah mula, namun 'magis'nya belum lagi menjelma. Hubby pun dah tanya, bila nak sambung tulis lagi. Agaknya ramai orang terperasan yang dah lama aku tak menulis. Blog pun dah lama tak update. Kepada kawan2 semua, maaf sebab tak sempat untuk mencoretkan sesuatu di laman ini serta maaf juga sebab dah lama tak berkunjung ke blog kalian. Harap kalian semua memahami situasi aku sekarang. Aku akan cuba atasinya. Terima kasih semua.

11 Mei 2007

Hidup Kita

Hidup kita Cuma dalam 3 hari
Semalam – Sudah menjadi sejarah
Hari ini – Apa yang sedang kita lakukan
Esok – Hari yang belum pasti
Hidup kita Cuma dalam 2 nafas
Nafas naik
Nafas turun
Hidup kita Cuma ada 2 pilihanHidup dalam keredaan Allah
Hidup dalam kemurkaan Allah

Hidup yang abadi Cuma ada 2Kekal di dalam syurga
Kekal di dalam neraka

09 Mei 2007

Sekuntum Tulip, Sekeping Kad dan Sebakul Coklat

Ghairah warna merah jingga
Buat aku terpesona
Walau sekuntum cuma
Ia lebih besar ertinya
Dari sejuta kuntum menyala
yang bukan miliknya

Harum baunya
Masih segar basah
Kuingat-ingat
Terngiang-ngiang
Apakah itu sebagai tanda
Hatiku telah kau ikat segala

Sekeping kad di hari nan bermakna
Penuh kata rayu dan pujuk cinta
Hanya aku di matanya
Tiada yang lain bertakhta
Menjadi permaisuri lembah rasa

Kata-katanya
Masih segar terlipat kemas
Dan bisa melayang-layang
Di minda masa
Menjerat aku
Dari berpaling darinya

Sebakul coklat sarat rasa cinta
Kucicip perlahan dan kurasakan nikmatnya
Apakah itu tanda
Rasa cinta kita
Manis hingga ke akhirnya

Lagi Imej di Pesta Buku... Terima Kasih!




Imej Rakan Novelis di Pesta Buku





Pesta Buku yang Sudah Berakhir


Alhamdulillah! Satu pesta sudah berakhir. Apa perasaan anda dan orang kampung anda? Agak-agak tahun depan mahu berkunjung lagi? Bagaimana pula tahun selepas tahun depan? Dalam pening-pening lalat memikirkan wang yang sudah melayang membayar duit membeli buku, bayar parking mahupun stetsen minyak, di sini saya senaraikan perkara-perkara seronok dan tak seronoknya Pesta Buku Antarabangsa KL.

Yang sonot….(hehehehe)
Pertama kali dapat berjumpa dengan peminat novel (saya tak ada peminat….ish,ish,ish).
Pertama kali dapat kenal mesra dengan otai-otai novelis yang sungguh mesra pelanggan, ramah tamah, berbudi bahasa dan merendah diri. Hormat sungguh pada mereka, sanggup bersembang dengan budak mentah macam saya.
Pertama kali dapat kenal dengan novelis yang hingaq macam tuuuuuuuuuuuut (hehehehe sapa yang makan cili dia rasa pedas). Maaflah Lily Suriani kalau anak awak lahir esok jadi macam Jim Carrey. Bila kita boleh hingaq lagi? (hehehe aku ke yang hingaq?)
Banyak kali dapat jumpa dengan staf-staf Alaf yang kuat bekerja itu.
Pertama kali dapat makan-makan dengan Abang Long dan dua body guardnya (jangan lebeh-lebeh nanti report kat mak!), Rosha (yang ramah tamah dan baik budi) dan Violet serta adiknya (yang sengaja diangkut dan didera bawa buku banyak-banyak). Terima kasih pada Lynn Dayana yang tak habis-habis nak belanja saya makan (entah kali yang ke seribu puluh ratus juta kot...).
Pertama kali dapat bersua muka dengan Mersik dan Chempaka Biru. Terima kasih Mersik kerana temubual pasal saya dah masuk front page FC. Betul kata awak, dalam setahun macam-macam yang berubah (nanti saya akan masukkan special entry pasal ini).

Yang tak sonot…..
Penat.
Kena tarik dengan promoter kelas bahasa Inggeris dan bahan bacaan kanak-kanak. Penat nak menepis!
Penat. Bila tengok ada booth yang terlalu sempit tetapi pengunjung ramai. Nak masuk langsung tak jadi masuk. Penat tengok orang berhimpit. Boleh beli buku ke macam tu?
Penat cari booth yang kita nak pergi tapi jalannya belok-belok dan tempatnya tersorok. Penat sebab sesat!

Apapun terima kasih kepada semua yang menerima saya seadanya. Seronok berkenalan dengan anda semua. InsyaAllah tak sabar nak berjumpa lagi di Pesta Buku akan datang, atau di mana saja sekiranya diizinkan Allah...

Terima Kasih SEMUA!

07 Mei 2007

Spiderman 3 - Lebih Drama

Tanggal 1 Mei 2007, bermulalah era Spiderman 3 menguasai pawagam di seluruh tanah air. Saya juga tidak ketinggalan untuk menikmati filem superhero kesayangan dunia ini. Tiket telah dibeli 1 minggu sebelum tayangan dan seawal jam 7.30 malam saya sudah berada di hadapan GSC Midvalley untuk mengambil tiket di kiosk tiket yang disediakan bagi mereka yang membeli tiket melalui kad kredit. Mujurlah berbuat demikian, memandangkan kaunter-kaunter tiket dipenuhi oleh rantaian-rantaian manusia dan pengumuman dari corong pembesar suara telah memaklumkan bahawa tiket untuk tayangan filem tersebut bagi malam itu dan keesokannya telahpun habis dijual. Sungguh hebat penangan adiwira Peter Parker ini.




Di hadapan GSC Mid Valley penuh sesak dengan manusia. Jam 8.50 malam saya sudahpun berada di dalam panggung 10 bagi menantikan tayangan yang akan bermula pada jam 9.00 malam.


Ceritapun bermula...


Kisah percintaan Peter Parker dan Mary Jane Watson (MJ) diteruskan lagi. Kali ini plot dramanya agak berpanjangan berbeza dengan dua sirinya yang lalu. Kegagalan MJ dalam membawakan nyanyian dalam pementasan 'broadway' mengundang kritikan pedas daripada pelbagai pihak sehinggakan dia terpaksa digantikan dengan pelakon lain. Di sinilah bermulanya konflik antara Parker dan MJ. Tiga karektor jahat juga telah dibawa di dalam siri ini iaitu Sandman, Venom dan Green Goblin Jr. Dalam masa yang sama juga Parker telah diresapi oleh satu kuasa jahat (darkside) yang menjadikannya lebih agresif dan tidak terkawal.


Saya tidak berhajat untuk menceritakan kisahnya. Maklumlah, takut ada yang belum menontonnya lagi akan terasa dengan spoiler yang tertera. Apa yang ingin disampaikan ialah filem Spiderman arahan Sam Raimi kali ini agak meleret dari segi dramanya, namun aksi dramatiknya memang menghiburkan. Perubahan Spiderman ke arah 'darkside' memang menarik. Gaya lakonan Tobey Maguire daripada seorang 'nerd' kepada seorang yang agresif dan liar amat meyakinkan.


Pujian harus juga diberikan kepada Kirsten Dunst dalam membawakan wataknya sebagai MJ. Walaupun tidak sehebat lakonannya yang lalu, namun tidaklah terlalu mengecewakan. Namun usaha Sam Raimi membawakan watak cinta kedua Parker agak tidak menjadi. Begitu juga dengan perubahan watak Harry Osborn (James Franco), rakan karibnya yang menjadi Goblin dan kemudiannya hilang ingatan, seakan-akan kaku.


Namun, hasil kerja kumpulan special effect kali ini agak menarik. Walaupun terdapat scene yang terlalu pantas dan gelap untuk dilihat (contohnya ketika spidey bergayut dan bertarung dengan Sandman dan venom) namun, secara keseluruhannya penggunaan teknik CGI pada kali ini agak menarik.


Secara keseluruhannya, Spiderman 3 kali ini menarik untuk ditonton tetapi saya lebih sukakan Spiderman 1 dan 2 yang ternyata lebih mantap berbanding sekuel ketiganya kali ini.


Rating: ***1/2

04 Mei 2007

Terima Kasih Alaf21


Pesta buku tinggal 3 hari saja lagi. Di kesempatan ini saya dengan penuh rasa syukur ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Alaf21 Sdn Bhd yang sudi menjemput saya untuk bersama-sama berkumpul di Pesta Buku pada 1 dan 2 Mei yang lalu. Saya juga akan berada di Pesta buku pada 6 Mei ini (hari terakhir pesta buku) bagi sekali lagi memeriahkan suasana di sana.

Memang hebat Pesta Buku kali ini. Selain dapat bersama keluarga ALaf21, saya juga dapat merasai pengalaman berada bersama novelis terhebat tanahair di bilik pameran Alaf. Sesungguhnya, betullah kata seorang sahabat, Pesta Buku adalah sesuatu yang amat beerti buat seorang novelis. Dan sebagai penulis baru, saya amat bersyukur dan terharu kerana telah diberi peluang yang paling diimpikan untuk duduk dan merasai sendiri pengalaman bertemu peminat novel melayu Alaf21.

Sekali lagi, terima kasih Alaf21...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...