Filem: Pirates Of The Caribbean: At World's End
Pelakon: Johnny Depp, Orlando Bloom, Kiera Knightly, Geoffrey Rush, Chow Yun Fat, Bill Nighy
Pelakon: Johnny Depp, Orlando Bloom, Kiera Knightly, Geoffrey Rush, Chow Yun Fat, Bill Nighy
Pengarah: Gore Verbinsky
Terbitan: Walt Disney Picture
Akhirnya filem yang aku ramalkan sebagai filem yang paling dinantikan bagi tahun 2007 tiba juga. Dalam kesibukan, sempat juga aku menyaksikan filem ini di TGV Cheras Selatan pada malam Ahad (27 Mei 2007) yang lalu.
POTC3 merupakan sambungan kepada POTC2: Dead Man Chest yang mana rakan-rakan lanun seperti William Turner (Orlando Bloom) dan Elizabeth Swann (Kiera Nightly) diketuai oleh Captain Barbossa (Geoffrey Rush) berusaha untuk melepaskan Captain Jack Sparrow (Johnny Depp) dari dimensi kematian di dalam Davy Jones's Locker. Dalam usaha mereka untuk membebaskan Jack, mereka perlu berjumpa dengan Ketua Lanun Singapore Captain Sao Feng (Chow Yun Fat) untuk mendapatkan kapal dan petunjuk kedudukan di mana Jack berada.
Dalam pada itu, Davy Jones (Bill Nighy) telahpun berada di bawah kawalan East India Company (EIC) yang diketuai oleh Lord Beckett (Tom Hollander) untuk memerangi kesemua lanun-lanun di tujuh lautan dunia.
Usaha membawa Jack ke alam dunia telah berjaya, namun misi menyelamatkan lanun-lanun dari ancaman EIC dan Davy Jones perlu dilaksanakan. Satu perjumpaan lanun yang dikenali sebagai Brethren's Court yang menghimpunkan 9 ketua lanun dirancang dan keputusan perlu diambil bagi menyelamatkan lanun-lanun daripada diancam kematian dan penyeksaan.
Misi tersendiri? Masing-masing mempunyai misi tersendiri. Dan dalam mencapai misi tersebut, mereka sanggup lakukan apa saja, termasuklah berperang atau menikam rakan sendiri. Akhirnya... (kusimpan untuk rakan-rakan tonton sendiri filem ini).
Hmmm... apa yang perlu aku katakan untuk Jack dan rakan-rakannya? WOW! Menjawab persoalan dalam POTC2, pengenalan kepada karakter dengan bijak, lakonan mantap watak utama, Cinematography hebat, CGI dan kesan effect mengagumkan dan banyak lagi wow factor yang ingin aku catatkan di sini. Bukan sebab aku obses dengan filem ini, tetapi ia betul2 menjadi. Namun, hanya kepada penonton yang telah menonton POTC2. Kepada yang belum menonton POTC2, mungkin akan sedikit keliru.
Durasi filem selama 168 minit tidak terasa lama bagi aku. Tetapi ada beberapa part yang tidak dikembangkan dengan baik, contohnya scene terakhir Calypso yang tidak kuat. Scene Jack dengan 'diri' sendiri jugak seakan tidak perlu.
Filem ini seperti satu perjalanan roller coster yang panjang tetapi amat pantas. Jika ketinggalan (contohnya jika di tengah cerita kita ke toilet), kita akan lost dengan plot cerita yang memerlukan ketelitian dan pemahaman yang mendalam.
Scene kegemaran: Pertempuran antara kapal Black Pearl dan Flying Dutchman di tengah pusaran lautan. Aksi yang dikoreograf begitu cantik dari satu plot ke satu plot. Ditambah pula dengan scene 'pernikahan' Will dan Swann yang seiring dengan adegan pertempuran pedang kelas pertama.
Apapun, memang puas hati...
Rating: ****1/2
P/s: Tunggu 3 minit selepas end credits (kredit untuk pelakon, produksi...) sebab ada scene lagi...
P/s: Tunggu 3 minit selepas end credits (kredit untuk pelakon, produksi...) sebab ada scene lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan