Salam Aidilfitri 2014 Daripada Laila Kamilia dan Keluarga. Kesempatan ini terimalah salam kemaafan daripada kami sekeluarga. Maaf Zahir Batin. Semoga kita semua sentiasa berada dalam kasih sayang dan rahmat ALLAH selalu. Sampai jumpa lagi.
26 Julai 2014
03 Julai 2014
Spoiler Alert : C1NT4 TOP SECRET : Versi Serius
AMARAN : Kepada yang belum membaca novel ini, sila jangan baca. Ruangan ini disediakan seperti dijanjikan di bahagian Tinta Penulis di dalam novel C1NT4 TOP SECRET; versi serius yang saya maksudkan. Versi ini lebih kompleks kerana saya ingin memasukkan beberapa elemen serius sebagai sub plotnya.
Saya sangat berharap anda berpuas hati dengan apa yang telah saya persembahkan di dalam novel tersebut. Sebarang maklumbalas dan komen untuk penambahbaikan di masa depan sangat-sangat dialukan di emel saya di lailakamilia@yahoo.com atau boleh PM saya di FB: Laila Kamilia.
Sampai jumpa lagi dalam novel Laila Kamilia yang akan datang, in syaa ALLAH.
FRAGMEN NOVEL C1NT4 TOP SECRET : LAILA KAMILIA ; PROLOG
Prolog
Trafalgar Square, London
Jam 1130
TRAFALGAR SQUARE. Namanya diilhamkan sempena kemenangan British ke atas Perancis dalam Perang Trafalgar pada tahun 1805. Tumpuan pelancong serata dunia ke kota mewah London ini tidak akan lengkap jika tidak berkunjung ke sini. Seperti hari kebanyakannya, Trafalgar Square sentiasa sibuk menjadikan kota itu tidak pernah sunyi daripada sesak, asap dari kenderaan dan manusia.
|
“Tunggu sini.” Arahan jelas diberikan.
“Err... Tapi, Jade?”
“Kau tunggu sini, biar aku saja yang masuk.”
“Tapi kau dah janji dengan aku, kali ni kita selesaikan bersama. Takkan aku kat luar aje? Bila lagi aku nak ambil pengalaman kau, Jade?” Zed tunduk. Kecewa.
“Bukan aku tak nak ajak kau sekali, tapi arahan KP nak aku seorang saja. Nanti apa-apa berlaku susah kita. Dah! Kau tunggu sini. That’s an order!” Jade terus menutup pintu kereta dan hilang di celah-celah ratusan manusia yang sedang bersiar-siar di Trafalgar Square menuju ke bangunan Malaysia Tourisme Promotion Board tidak jauh dari dataran itu.
Zed mendengus sekali lagi. Tidak habis-habis menjadi sidekick. Hanya peneman kepada rakan setugasnya yang sering sahaja melakukan tugasan merbahaya. Memang selalu dia cuma menjadi pemandu dan penghubung Jade dengan HQ. Macamlah dia hanya jadi pak pacak dalam episod tembak-menembak dan pecah masuk di lapangan. Ingat serah nyawa sama macam posmen serah surat ke?
Sehingga hari ini sudah masuk tiga tahun dia menjalankan misi dengan Jade tetapi tidak pernah sekali pun KP memberikan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk melaksanakan tugas utama. Walaupun dia pernah menyelamatkan nyawa Jade (dan tak terkira jugalah Jade menyelamatkan nyawanya), peranannya itu bagai tidak memberikan apa-apa makna. Nada!
Sudah merata ceruk dunia dia jelajahi bersama Jade, namun setiap kali misi berjaya, nama Jade saja disebut KP sehingga kembang kempis hidung Jade dengan pujian melambung KP setiap kali mereka pulang ke HQ di Putrajaya. Sungguh tidak adil!
Setiap kali ada misi penyamaran, Jade selalu diberikan watak lelaki macho yang kaya; dengan tuxedonya, dengan kereta sport mewahnya, dengan beberapa model-model cantik iras artis ternama dibayar untuk mengiringinya bersama semua gajet-gajet terkini dari hujung kaki hinggalah kepalanya siap tersedia.
Dia? Sebagai tukang sapu sampah di depan bangunan, pelayan restoran, pemandu teksi dan yang paling dia tidak boleh lupa adalah menjadi badut berhidung besar berwarna merah di sebuah funfair di Port Dickson!
Hari ini sekali lagi, permintaannya tidak dipenuhi. Janji Jade untuk membawanya sekali menyelesaikan misi yang masuk hampir empat bulan mereka siasat bersama ini nampaknya tidak akan menjadi kenyataan sama sekali. Kesemua petunjuk yang dikumpul akhirnya berjaya membawa mereka untuk satu perjumpaan rahsia di dalam bangunan Malaysia Tourisme Promotion Board tidak sampai 130 meter dari tempat dia berdiri.
Perjumpaan yang diatur oleh Jade bakal menamatkan misi ini kerana seorang pemberi maklumat telah meminta Jade untuk berjumpa dengannya di dalam bangunan tersebut. Kenapa Jade memilih bangunan tersebut? Tidak pula dia ketahui. Sememangnya Jade banyak muslihat. Ada perkara-perkara dalam misi yang hanya diketahuinya apabila musuh sudah dilihat atau peluru sudah datang seperti hujan lebat. Jadi seperti biasa, dia awal-awal lagi sudah bersedia fizikal dan mental jika dipanggil pada bila-bila masa untuk memberi khidmat atau menjadi penyelamat!
Zed keluar dari perut kereta lalu bersandar pada kereta, bermain-main dengan pemetik api Zippo pemberian Jade kepadanya. Sambil menunggu matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling. Bosan tetapi dia masih tidak lupa peranannya sebagai penyiasat yang sedang berada di lapangan. Bukan semua orang diberi peluang seperti itu. Ada beribu-ribu orang yang tidak terpilih dan dia seharusnya bangga dengan pencapaiannya setakat ini, walaupun peranannya itu hanyalah sebagai sidekick.
Kalaulah ibunya tahu yang anaknya ini seorang penyiasat antarabangsa, mahu riuh satu kampung sampai raya tahun hadapan cerita itu tidak habis dijaja. Menangis menyesal tak sudah kerana meninggalkan dirinya kepada ayah semasa kecil dulu. Dan ayahnya pula tentulah menjadikan cerita kehebatannya kepada semua pelancong yang ditemuinya. Zed memang ada banyak sebab untuk rasa sebegitu bangga!
Dia mengetepikan rasa bosannya lalu kembali fokus pada kerja. Sebuah kamera dikeluarkan dari poket seluar kanannya lalu mula mencari sasaran lensa, bagaikan pelancong yang santai berlibur di kota London.
Lensa ditalakan ke tengah-tengah dataran yang terletaknya sebuah monumen yang dinamakan Nelson’s Column, dikelilingi oleh empat patung singa yang besar. Bagi mendapatkan imej dari sudut yang lain, dia berjalan ke arah salah satu patung singa di sebelah kanan.
Pandangannya tertumpu ke arah The Mall, bukannya sebuah shopping mall tetapi nama jalan yang menghala ke arah Buckingham Palace, istana rasmi kerabat DiRaja British. Teringatkan Jade, pandangannya beralih kembali ke arah laluan Jade menghilang tadi. Dia melihat jam. 20 minit telah pun berlalu. Masih belum ada apa-apa arahan yang terbaru.
Kelibat seorang tua berbaju jaket labuh hingga ke paras lutut bewarna biru tiba-tiba menarik perhatiannya. Lelaki tersebut sedang berjalan terhincut-hincut menghala ke arah Jalan Haymarket. Mungkin keadaan fizikal lelaki itu yang sebegitu membuatkan perhatian Zed tertarik padanya.
Zed memandang lagi lelaki tua itu. Meneliti dengan waspada. Seketika lelaki itu mengeluarkan sarung tangan dari dalam poket seluarnya lalu dipakai dan terus berjalan dengan pantas. Namun matanya tertancap pada sesuatu yang terjatuh dari kocek lelaki tua itu. Jalannya agak pantas tanpa menyedari dia telah tercicirkan sesuatu.
“Hey, Mister!” Dia menjerit. Jaraknya dengan lelaki tua itu agak jauh, pastilah menyebabkan teriakannya tidak didengari oleh lelaki itu. Tambahan pula ramai sangat manusia di kelilingnya. Dia berlari menuju ke arah ‘sesuatu’ yang terjatuh tadi. Seorang budak perempuan sedang memungutnya.
“Sorry, this is not yours.” Zed terus mengambil telefon bimbit yang sedang dipegang oleh budak perempuan itu lalu berlari mencari lelaki tua itu. Tujuannya hanya satu, memulangkan kembali telefon bimbit tersebut kepada lelaki tua tadi. Dia terus berlari.
Kelibat lelaki itu dilihatnya menuruni tangga untuk ke stesen Subway Haymarket. Dia terus mengejar. “Hey, mister! Mister! You’ve dropped you cellphone!” Termengah-mengah dia mengejar lelaki itu. Akhirnya, dia berjaya menyentuh bahu lelaki tua itu.
Lelaki tua itu menoleh.
Ah! Rupa-rupanya lelaki Asia. Zed mengukir senyuman sambil menghulurkan telefon bimbit di tangannya.
“Sorry, that’s not mine. Bukan telefon saya.” Lelaki itu membalas. Dia terus meninggalkan Zed yang terpinga-pinga.
“But, eh... tapi, pak... saya nampak handphone bapak jatuh dari kocek bapak! Pak! Pak!” Zed memanggil dengan rasa hairan tetapi lelaki tua yang boleh bertutur bahasa Indonesia itu terus berlari melintasi palang tiket di tempat menunggu kereta api bawah tanah itu bagai tidak pernah tempang.
Lelaki itu langsung tidak menghiraukannya. Zed marah. Mengapakah panggilannya tidak dilayan sedangkan dia amat pasti telefon bimbit yang dipegangnya itu memang sah milik lelaki tua itu?
Tiba-tiba telefon bimbit di tangannya berdering. Dia keliru. Mahu dijawab atau dibiarkan sahaja. Beberapa kali telefon bimbit itu berdering. Hanya dipandang dengan rasa serba salah. Orang di sekeliling sudah memerhatinya.
“Hello!” Akhirnya, dia menjawab juga, tidak tahan dengan deringan yang berkali-kali itu. “Hello!” Zed mengerutkan dahinya. Suara di talian amat dikenalinya. “Jade?”
ps-Gambar-gambar latar yang dibayangkan di dalam Prolog C1NT4 TOP SECRET dirakam daripada lensa Laila Kamilia.
02 Julai 2014
Anugerah Grup Buku Karangkraf (AGBK) 2014 : Alhamdulillah. Terima Kasih ALLAH
Sudah hampir sebulan blog saya berabuk sejak saya tinggalkan. Alhamdulillah, hari ini baru diberi kesempatan untuk membuat entri pertama setelah berehat panjang. Entri pertama yang ingin saya tulis tentulah tentang Anugerah Grup Buku Karangkraf yang telah berlangsung gilang-gemilang pada 14 Jun 2014 yang lalu. Kebanyakan karyawan telah bercerita banyak tentang anugerah yang mengiktiraf penulis di bawah bumbung Karangkraf ini. Yang pasti, saya mungkin yang terakhir menulis berita yang sudah lama ini tetapi saya yakin, sekalipun ia telah lama berakhir, telah meninggalkan kenangan terindah kepada semua karyawan Karangkraf.
Alhamdulillah. Untuk majlis anugerah kali pertama ini, pada awalnya saya telahpun dicalonkan untuk 3 kategori iaitu Buku Adaptasi melalui novel Cinta Pandang ke-2, Buku Pilihan dan Cover Pilihan Kanak-kanak untuk buku Powerpuf Girls Mama.
Pencalonan Awal
Cover Pilihan
Adaptasi
Buku Pilihan Kanak-kanak
Saya bersyukur sekalipun penulis kerdil, buku saya turut tercalon. Melihatkan senarai pencalonan awal, saya sudah rasa saya tidak akan pergi jauh melihatkan kepada senarai pencabarnya. Namun apabila pencalonan akhir disenaraikan, saya terkejut melihat 2 daripada 3 pencalonan awal telahpun ke senarai akhir (Top 5).
Inilah calon-calon buku hebat yang turut bertanding dengan buku-buku saya. Hebatkan calon-calonnya? Terasa saya sangat kerdil!
Saya bergambar dengan saudara Fathi, antara tulang belakang anugerah tersebut.
Saya telah diberitahu tema pakaian pada hari anugerah adalah pink-biru. Saya sebenarnya telahpun meminta seorang pembaca novel berbakat, (Sentuhan Rieyn) untuk merekabentuk pakaian yang akan dipakai pada hari bersejarah itu. Hehe. Sekalipun tiada gambaran nak menang, tapi saya mahu meraikan hari bermakna kepada para penulis itu. Saya telahpun menerima 'design' yang sangat cantik, kena dengan tema Dalam Taman. Namun disebabkan sedikit masalah, projek tersebut tidak dapat dijalankan. Saya juga sudahpun mengambil tudung daripada Aisyahscarf untuk dipakai pada hari tersebut.
Namun apa yang dirancang tidak kesampaian. Sebenarnya saya telahpun merancang untuk bercuti ke satu destinasi sejak setahun lalu. Jika ikut perancangan asal, saya akan kembali pada awal pagi 14 Jun. Namun saya sekadar boleh merancang, segalanya tidak ikut rencana apabila pada saat akhir, saya terpaksa menukar dan merombak segalanya menyebabkan saya terpaksa mengorbankan untuk tidak hadir ke majlis Anugerah Grup Buku Karangkraf.
Saya hanya mendoakan majlis berjalan lancar dan mengucapkan tahniah kepada Grup Buku Karangkraf kerana berjaya menganjurkan anugerah ini yang pada akhirnya diumumkan menjadi acara tahunan Karangkaraf.
Alhamdulillah. Sebaik kaki menjejak KLIA pada malam 14 Jun itu, saya diberitahu buku Powerpuf Girls Mama telahpun menang anugerah Buku Pilihan kategori Kanak-kanak. Sekalipun Cinta pandang ke-2 tewas di tangan Setia Hujung Nyawa, saya tetap bangga dengan pencapaiannya. Terima kasih kepada team novel Cinta Pandang ke-2 (editornya, Mazuen Yahya juga perekabentuk kulit Rohana Ibrahim dan team drama Cinta pandang ke-2 (penulis skrip, Kak Maizurah Mohd Ederis, Zuli Ismail, Eenaz Mokhtar, penerbit, ZKC Production, saudara Zaini Kosnin, pengarah Nazir Juhan, juga para pelakon Dazrin (yang selalu bagi sokongan sepanjang promosi), Amyra Rosli, Izara Aisyah, Ery Zuhairee, Abby Nour, Jazli Hassan dan lain-lain lagi... juga komposer dan penyanyi OST Cinta Pandang ke-2, Affan Aizat, Epi Cortgoth, Mohamad Syahir, Yusri Yusuf dan Anis Syazwani juga TV9 huhu panjangnya senarai). Tak dilupakan para pembaca novel dan penonton drama Cinta Pandang ke-2. Terima kasih kerana bagi sokongan yang superb kepada penulis kerdil bernama Laila Kamilia!
Atas kemenangan Powerpuff Girls Mama, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan penulis yang turut sama terlibat dalam pembikinan buku ini; Lynn Dayana, Maryam Elyas, Zakiah Abd Ghafar dan Nazihatul Hannan juga editor comel Siti Aisyah.
Ketika pertama kali terlibat dalam penulisan buku kanak-kanak, saya memang tidak pernah berangan-angan untuk mendapat anugerah. Hanya fikirkan ketika itu, sebagai seorang guru, saya harus ada buku kanak-kanak untuk dibaca oleh kanak-kanak. Sepanjang menulisnya, saya menulis berdasarkan kisah-kisah yang dilalui supaya kanak-kanak seronok membaca. Saya harapkan kisah-kisah yang dinukilkan akan menggembirakan kanak-kanak dan mendapat tauladan daripada kisah-kisah tersebut. Semoga memberi inspirasi dan semangat kepada anak-anak yang membaca untuk berjaya pada masa depan. Ketika kanak-kanak, banyak buku-buku yang saya baca, yang masih segar dalam ingatan saya sehingga kini dan saya berdoa, semoga ada buku-buku tulisan saya yang segar dalam kenangan anak-anak ini, in syaa Allah.
inilah buku Powerpuff Girls Mama
Award yang diterima, Buku Pilihan Kategori Kanak-kanak
Terima Kasih ALLAH. Inilah plak yang saya baru sempat ambil dari Aisyah, hari Jumaat lepas.
Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang banyak menyokong kerjaya penulisan saya terutamanya ibubapa juga anak-anak; Hardy, Hakimy dan Hana yang selalu memberi semangat kepada mamanya untuk menulis buku kanak-kanak dalam melayari kisah-kisah kehidupan mereka.
Kepada suami, Aedy Fadly yang banyak berkorban dan terkorban dengan kerjaya kedua isterinya ini, terima kasih kerana memahami dan menyokong. Tanpanya, saya mungkin tidak dapat menulis walau sepatah kata.
Kepada Guru Besar saya, Encik Mohamad Jamil yang menyokong, terima kasih banyak. Saya pernah kata, jika saya dapat anugerah, saya akan sebut namanya kerana sokongannya. Hehe.
Kepada Alaf21, Grup Buku Karangkraf, tanpa anda tiada apa yang akan bermula bagi Laila Kamilia; tiada apa-apa.
Kepada pembaca, tanpa anda, siapalah Laila Kamilia. Terima kasih atas sokongan anda!
Kepada semua pemenang, sekalung tahniah! Kemenangan anda menjadi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan karya seperti anda pada masa depan.
Kepada semua karyawan, selamat berjuang dan semoga bertemu dalam Anugerah Grup Buku Karangkraf 2015, in syaa ALLAH.
04 Jun 2014
KU INGIN KEMBARA LAGI...
Ketika entri ini dibaca oleh anda, in syaa Allah, saya sudah selamat sampai ke destinasi novel ke-6 saya yang setakat ini saya beritahu tajuknya bermula daripada huruf R.
Kembara kali ini bermula daripada 3 Jun hingga 14 Jun 2014. Doakan saya dikurniakan dengan ilham yang baik-baik untuk pembaca tersayang. Doakan juga saya dan suami dalam peliharaan ALLAH, Tuhan Sekalian Alam. Semoga segalanya berjalan lancar.
Saya mungkin tidak dapat berFB beberapa ketika tapi saya akan sentiasa ingat kalian di hati saya. Saya tinggalkan anda dengan beberapa entri lokasi-lokasi dalam novel C1NT4 TOP SECRET. Novel ini telahpun berada di pasaran sempena Pesta Buku Antarabangsa KL pada 24 April lalu. Dan pada Jun 2014 ini sudah ada di kedai-kedai buku seluruh Malaysia, in syaa Allah.
LOKASI : LONDON - M151 Trafalgar
LOKASI : BRUSSELS - Jade di APG Headquarters
LOKASI : HONG KONG - M151 HIBISCUS YCK-HK
LOKASI : GUNUNG KINABALU - M151 Tawan Hati Eisya
LOKASI : KOREA - M151 LOVELOCKS
LOKASI : BALI - EPILOG
ps- Sila layari www.lailakamilia.com untuk dapatkan info lanjut tentang destinasi tersebut. Sila klik lokasi pilihan anda untuk lebih maklumat.
LOKASI : LONDON - M151 Trafalgar
LOKASI : BRUSSELS - Jade di APG Headquarters
LOKASI : HONG KONG - M151 HIBISCUS YCK-HK
LOKASI : GUNUNG KINABALU - M151 Tawan Hati Eisya
LOKASI : KOREA - M151 LOVELOCKS
LOKASI : BALI - EPILOG
ps- Sila layari www.lailakamilia.com untuk dapatkan info lanjut tentang destinasi tersebut. Sila klik lokasi pilihan anda untuk lebih maklumat.
Saya sengaja menanti bulan Jun untuk mengumumkan satu pertandingan untuk pembaca novel C1NT4 TOP SECRET untuk memberi peluang kepada ramai orang untuk membacanya dan dapat masuk peraduan ini. Tunggu saya balik dan saya akan umumkan nanti. Kepada yang masih belum membaca C1NT4 TOP SECRET, inilah masa terbaik untuk anda membacanya. Hadiah menarik menanti bakal pemenangnya.
Seperti biasa, kepada yang selalu menyokong Laila Kamilia ; RAHSIA-MISTERI-KEJUTAN ISTIMEWA. Inilah semuanya untuk anda! Sampai jumpa lagi! In syaa Allah.
03 Jun 2014
Review C1NT4 TOP SECRET Oleh Que Razali
Review C1NT4 TOP SECRET ini saya terima daripada Que Razali di Goodreads. Sila klik untuk membaca. Terima kasih ya atas review. Sesungguhnya setiap review daripada pembaca menguatkan semangat penulis untuk terus menulis dengan lebih baik, memperbaiki diri untuk karya yang seterusnya. Kalau tidak ada review, bagaimana nak tahu pandangan pembaca? Terima kasih banyak-banyak!
ps- Saya mengalu-alukan setiap review. Kalau segan secara terbuka, boleh PM atau emel saya secara personal. Terima kasih banyak!
02 Jun 2014
REVIEW C1NTA TOP SECRET Oleh Jamailia
Pagi ni saya letakkan review C1NTA TOP SECRET daripada my lovely JJ (Jamailia Jumahari). Apa kata beliau setelah bersengkang mata sampai ke pagi beberapa hari?
Whats App yang saya terima....
Ini review sepenuhnya daripada beliau (saya tidak edit walau satu perkataan). Terima kasih dik, untuk satu review yang membarakan semangat untuk terus memperbaiki diri dan tulisan. Doakan akak dapat ilham yang baik-baik untuk pembaca tercinta! Muah!!!!
Cint4 top secret....novel ala ala james bond gitu...teruja membacanya menyebabkn hidup jd huru hara selagi xhbs bc, namun kekangan tugas sgt menghimpit....mgu ke2 cuti br berkesempatan menghbskn bacaan....jade n zed ejen perisikn terhebat yg d punyai APG. Gandingan mantap mereka dlm menyelesaikan tugsan tidk dpt d nafikn. Tugsan mencr mikrofilem memisahkn mereka seketika...bertugas gandingan br memaksa mereka mencr chemistry dgn cepat....jade seorg ejen perisikn hebat...namun apabila menemui jln buntu pasti zed hadir dgn bntuan.....
Eisya watak utama dlm novel ini d gmbrkn anak gadis yg cntik mencintai bidang kecantikn namun harus akur dgn kehendak ibunya yg mahukn dia bekerja dgn gomen...hehehehhe.puas menghdir temuduga akhirnya eisya berjy bekerja d pej projek rakan kembara(keje yg sengaja dwujudkn utk dia) membw eisya menawan puncak gunung kinabalu tpt d mana dia d lamar oleh zed...heheheheh romantik....namun oleh kerana terkejut dgn lamaran zed, eisya tergelincir yg mengakibatkn dia xboleh berjln...bermulalah episod si porter tunjuk skil....hehehe....teruskn bacaan anda utk tau kesudhannya...
membaca cint4 top secret membawa kita merantau byk tpt antaranya london seoul hong kong brussels bali n yg paling best kg ketoyong d tg malim....juga tidak d lupakan sabah my hometown...seolah2 mendaki gunung kinabalu buat kali ke2...hehehhehe...ketahui jln penyudah cinta eisya zed dan jade dlm novel terhebat Cint4 Top Secret...jgn lupa anda semua juga perlu memberi perhatian kpd ejen perisikan yg lain seperti jem rofi jun isma fudhali syahril norman dan ehsan...mereka mewarnai jln cerita cinta top secret dgn garapan hebat drp penulis terkenal Laila Kamilia...sy beri 5 star utk novel ini....
jgn terasa dgn review yg terlebih sudah.hehehehehe
frankly speaking...this is the best novel ever yg akk pernah tulis...melebihi cinta bunga tulip...
Whats App yang saya terima....
Ini review sepenuhnya daripada beliau (saya tidak edit walau satu perkataan). Terima kasih dik, untuk satu review yang membarakan semangat untuk terus memperbaiki diri dan tulisan. Doakan akak dapat ilham yang baik-baik untuk pembaca tercinta! Muah!!!!
Cint4 top secret....novel ala ala james bond gitu...teruja membacanya menyebabkn hidup jd huru hara selagi xhbs bc, namun kekangan tugas sgt menghimpit....mgu ke2 cuti br berkesempatan menghbskn bacaan....jade n zed ejen perisikn terhebat yg d punyai APG. Gandingan mantap mereka dlm menyelesaikan tugsan tidk dpt d nafikn. Tugsan mencr mikrofilem memisahkn mereka seketika...bertugas gandingan br memaksa mereka mencr chemistry dgn cepat....jade seorg ejen perisikn hebat...namun apabila menemui jln buntu pasti zed hadir dgn bntuan.....
Eisya watak utama dlm novel ini d gmbrkn anak gadis yg cntik mencintai bidang kecantikn namun harus akur dgn kehendak ibunya yg mahukn dia bekerja dgn gomen...hehehehhe.puas menghdir temuduga akhirnya eisya berjy bekerja d pej projek rakan kembara(keje yg sengaja dwujudkn utk dia) membw eisya menawan puncak gunung kinabalu tpt d mana dia d lamar oleh zed...heheheheh romantik....namun oleh kerana terkejut dgn lamaran zed, eisya tergelincir yg mengakibatkn dia xboleh berjln...bermulalah episod si porter tunjuk skil....hehehe....teruskn bacaan anda utk tau kesudhannya...
membaca cint4 top secret membawa kita merantau byk tpt antaranya london seoul hong kong brussels bali n yg paling best kg ketoyong d tg malim....juga tidak d lupakan sabah my hometown...seolah2 mendaki gunung kinabalu buat kali ke2...hehehhehe...ketahui jln penyudah cinta eisya zed dan jade dlm novel terhebat Cint4 Top Secret...jgn lupa anda semua juga perlu memberi perhatian kpd ejen perisikan yg lain seperti jem rofi jun isma fudhali syahril norman dan ehsan...mereka mewarnai jln cerita cinta top secret dgn garapan hebat drp penulis terkenal Laila Kamilia...sy beri 5 star utk novel ini....
jgn terasa dgn review yg terlebih sudah.hehehehehe
frankly speaking...this is the best novel ever yg akk pernah tulis...melebihi cinta bunga tulip...
29 Mei 2014
Laila Kamilia Dengan Dunia Buku Kanak-kanak
Berkongsi dunia kanak-kanak yang indah dan membahagiakan, penuh eksperimen dan mengujakan. Laila Kamilia bertuah kerana sentiasa dikelilingi dengan kanak-kanak membolehkannya menggarap cerita kanak-kanak di dalam buku-buku khas untuk kanak-kanak.
Selain daripada menulis novel, Laila Kamilia telah menulis dua buah novelet kanak-kanak bersama 4 penulis lain iaitu Lynn Dayana, Maryam Elyas, Zakiah Abd Ghafar dan Nurliza Mohd Nasir bertajuk Kawan Baru FB dan Powerpuff Girls Mama, terbitan Buku Prima Sdn. Bhd. Setiap buku mengandungi 15 cerpen yang sarat nilai moral yang sangat sesuai untuk bacaan anak-anak.
Antara pencapaian Laila Kamilia dalam bidang penulisan adalah pencalonan ke Anugerah Buku Perpustakaan Negara Malaysia-RTM 2013, kategori Buku Fiksyen Kanak-kanak melalui buku Kawan Baru FB. Sila klik link teaser promo Kawan Baru FB.
kulit buku Kawan Baru FB, tajuk tersebut diambil daripada salah satu tajuk cerpen Laila Kamilia
kulit buku Powerpuff Girls Mama
Hardy dan Bola merupakan kisah yang digarap berdasarkan kisah anak sulung Laila Kamilia bernama Hardy yang sangat gilakan bola tetapi badannya sedikit gempal. Lihat bagaimana Hardy berjaya dalam misi bolanya di dalam cerita ini.
Pustaka Mini Aina adalah idea untuk menanam minat membaca di kalangan anak-anak dengan menerangkan cara-cara mempunyai mini library di rumah. Karektor Aina diambil daripada anak seorang teman, Zatushishamimi yang begitu minat membaca bernama Aina Azlan yang bersekolah di Langkawi. Sekarang Aina telahpun tamat sekolah rendah dan sedang menuntut di MRSM Langkawi. Tahniah Aina! Hobi membaca pastilah membawa jaya!
Terima Kasih ALLAH merupakan cerita yang saya angkat daripada kisah seorang murid istimewa Laila Kamilia di sekolah, tentang bagaimana dia diejek kerana dia istimewa. Kawan sekolah di aliran perdana tidak memahaminya dan bagaimana guru pendidikan khas Cikgu Azimah menangani masalah ini di sekolah? Hehe... tribute kepada rakan sebelah meja Puan Noorazimah.
Kawan Baru FB adalah kisah tentang dunia FB dan kanak-kanak hari ini. Bagaimana Mila menangani hal-hal di mana glamer dan banyak LIKE di FB menjadi dambaan ramai kanak-kanak yang gilakan FB hari ini, sekalipun umurnya belum cukup 18 tahun lagi!
Hakimy Hilang PSP adalah kisah yang sangat benar anak kedua Laila Kamilia, Hakimy yang telah menghilangkan PSPnya di The Mines Shopping Fair beberapa tahun lepas. Pertama kali saya memasukkan diri sendiri dan keluarga sebagai karektor utama di dalam penulisan LK.
Neptune Perlukan Raja merupakan percubaan Laila Kamilia memasukkan unsur fantasi di dalam tulisannya. Dengan mengambil karektor teman baik Hardy bernama Amsyar yang kebetulan tinggal di belakang rumah LK, kisah ini membawa anak-anak mengembara ke planet Neptune. Apakah rahsia yang menyebabkan mereka terpaksa menculik Amsyar untuk dibawa ke Neptune? Jawapannya ada di dalam cerpen ini.
Awal tahun ini, alhamdulillah buku Powerpuff Girls Mama pula tersenarai ke Top 5 untuk Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 bagi kategori Buku Kanak-kanak yang bakal berlangsung pada 14 Jun 2014 nanti. Terima kasih kepada yang telah mengundi buku ini ye. Sama-sama kita nantikan debarannya.
Apakah projek buku kanak-kanak terbaru Laila Kamilia? Terkini, Laila Kamilia sedang menyiapkan novel kanak-kanaknya bertajuk sementara, Kimy Sana Sini yang sedang dalam proses suntingan akhir.
Untuk
mengikuti perkembangan terkini tentang Laila Kamilia, boleh layari
www.lailakamilia.com atau Facebook/Instagram/Twitter
: Laila Kamilia.
27 Mei 2014
Shopping Sambil Menderma Kepada Pesakit Kanser (CAKNE)
Bersempena dengan Aidilfitri, CAKNE telahpun membuat jualan amal bagi menambah dana dengan menjual kad Aidilfitri. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi Puan Azlina di talian 012224 9569.
Beliau adalah salah seorang ibu kepada murid Laila Kamilia di sekolah. Anaknya merupakan seorang survival kanser dan sekarang sedang mengikuti pembelajaran di aliran perdana di bawah pemantauan guru Pendidikan Khas.
Jom kita beramal. Semoga usaha yang sedikit dapat membantu mereka!
Boleh layari FB mereka di https://www.facebook.com/cakne.ppukm
Berikut adalah maklumat lanjut tentang CAKNE.
CAKNE (Cancer Associates & Kindred Network) - PPUKM (Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia) adalah sebuah kumpulan sokongan (Support Group) untuk pesakit kanser kanak kanak yang mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) serta ahli keluarga mereka. Ia ditubuhkan pada penghujung tahun 2008 oleh beberapa orang ibubapa yang anak mereka mengidap kanser.
CAKNE telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dengan nama PERSATUAN SOKONGAN KANSER KANAK-KANAK PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA pada 2 Ogos 2013.
No Pendaftaran : PPM-020-10-02082013
a. Membantu pesakit kanser kanak kanak dan keluarga mereka tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan.
b. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pesakit kanser kanak kanak dan ahli keluarga mereka tentang penyakit yang dihadapi serta kaedah rawatan, kaedah penjagaan dan yang seumpamanya.
c. Meningkatkan tahap kesediaan dan ketahanan pesakit kanser kanak kanak dan ahli keluarga mereka semasa sebelum rawatan, semasa sedang rawatan dan selepas rawatan.
d. Menyediakan bantuan kewangan dan peralatan untuk pesakit kanser kanak kanak dan keluarga mereka yang memerlukan berdasarkan merit dan kemampuan kewangan pertubuhan.
e. Meningkatkan tahap kesedaran anggota masyarakat tentang cara cara untuk menyokong pesakit kanser kanak kanak dan keluarga mereka.
f. Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit kanser kanak kanak khususnya dan penjagaan kesihatan secara umumnya.
g. Meningkatkan semangat kesukarelawanan di kalangan ahli khususnya dan anggota masyarakat amnya.
26 Mei 2014
Sinopsis Novel CINTA TOP SECRET Tulisan Laila Kamilia, Terbitan Alaf21 Sdn Bhd.
Untuk menonton trailer sinopsis di YouTube, sila klik di sini Sinopsis Cinta Top Secret oleh Laila Kamilia
Ini sinopsis di belakang kulit novel C1NT4 TOP SECRET
Setiap mereka punya misi tersendiri. Masing-masing mahu membuktikan mereka adalah yang terhebat. Masing-masing tidak mahu beralah, meninggalkan Eisya dalam dilema yang tidak bertepian. Semakin jauh kembara dua perisik ini, misi semakin buntu, persahabatan makin rapuh, bagaikan tiada kesudahan. Di antara dua perisik ini; seorang akan menemukan cinta sejati dan seorang akan menamatkan konspirasi. Bersediakah anda menyertai mereka menyelesaikan MISI CINTA TOP SECRET? Anda hanya ada lima saat untuk menerima misi ini!
Dan ini sinopsis rasmi ALAF21 novel C1NT4 TOP SECRET
Novel berharga RM21 ini telah berada di pasaran sempena Pesta Buku Antrabangsa KL pada bulan April 2014 lalu. Boleh dapatkan novel ini di kedai-kedai buku berhampiran ataupun terus dari Karangkraf Mall ataupun dengan menghubungi penulis di FB/Twitter/Instagram :- LAILA KAMILIA
SEMOGA TERHIBUR!
Ini sinopsis di belakang kulit novel C1NT4 TOP SECRET
London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim; pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak telah menemukan mereka dengan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya.
Dan ini sinopsis rasmi ALAF21 novel C1NT4 TOP SECRET
Pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) merentasi London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim. Misi mereka mahu menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak.
Tugas mereka melindungi keselamatan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya, anak Mr. X. Namun antara misi dan perasaan, hati mereka tewas dek keayuan dan kelembutan gadis itu. Perasaan mereka tergugah walaupun mereka cuba bersikap profesional.
Jade dan Zed bersaing mahu menawan hati Eisya. Masing-masing tidak mahu beralah. Semakin jauh kembara dua perisik ini, misi semakin buntu, persahabatan makin rapuh, bagaikan tiada kesudahan. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan mencari cinta sejati dan pada masa yang sama mahu menyelesaikan misi mereka.
Eisya dalam dilema untuk menerima ‘tawaran cinta’ kedua-dua jejaka itu. Padanya, mereka sama-sama hebat! Tapi hanya seorang yang harus dipilih. Siapa dan kategori apa? Bersediakah anda menyertai mereka menyelesaikan MISI CINTA TOP SECRET? Anda hanya ada lima saat untuk menerima misi ini!Novel berharga RM21 ini telah berada di pasaran sempena Pesta Buku Antrabangsa KL pada bulan April 2014 lalu. Boleh dapatkan novel ini di kedai-kedai buku berhampiran ataupun terus dari Karangkraf Mall ataupun dengan menghubungi penulis di FB/Twitter/Instagram :- LAILA KAMILIA
SEMOGA TERHIBUR!
Langgan:
Catatan (Atom)

























