27 Januari 2012

Selamat Datang 2012!

 Run Laila Run!

Ya, tahun 2012 sudah datang. Saya memulakannya dengan siri sakit2 semalaya. Blog terbiar berabuk. Saya tertekan dengan kerja yang melonggok. Seharusnya saya mengangkat bendera putih pada awal tahun ini kerana benar2 rasa tidak berdaya. Saya cuba gagahkan diri. Menjadi super Laila! Hahaaha.

Saya akan bangun kembali. InsyaAllah. Doakan kesihatan saya dan keluarga lebih baik sepanjang tahun mendatang ini. Saya berazam untuk mempertingkatkan diri dan.....mencuba banyak perkara baru dalam hidup. Untuk permulaan, saya menjadikan siri Supa Strikas sebagai kartun kegemaran saya! Mengarut! Tetapi saya cuba menjalani hidup yang berbaki dengan perkara yang di luar kotak.....Semangat Laila kerana hanya anda yang boleh menjadikan hidup yang huru-hara cantik dan indah di pandangan mata!

22 Disember 2011

Lamanya tak kemaskini blog

Assalamualaikum!
Lama dah saya biarkan blog saya ni berabuk. Kebelakangan ini saya memang sibuk sangat. Walaupun cuti sekolah, sepatutnya saya boleh rehat-rehat di rumah tetapi banyak kerja yang menuntut masa saya. Jadi web ini terbiar berabuk. Terima kasih kepada pengunjung setia yang masih setia menanti entri baru dari saya. InsyaAllah di celah-celah kesibukan nanti saya akan cuba juga menulis beberapa entri baru. 

Aktiviti penulisan saya masih sedang saya usahakan. Novel terbaru baru beberapa bab yang mana saya hentikan sementara kerana menumpukan kepada projek novel kanak-kanak yang sedang menuju tarikh akhir penghantarannya ke editor. InsyaAllah kalau siap, saya akan kembali meneruskan penulisan novel baru yang tajuknya masih samar-samar. Ada tiga tajuk yang sedang ada di kepala iaitu Aku, Dia dan Berlin, ps:-Ich lieber dich (dalam bahasa Jerman bermaksud, aku cinta kamu) dan yang terbaru Cinta Tak Pandang2. Hehehe. Saya mensasarkan cuti sekolah bulan 3 nanti, saya dapat menyiapkan manuskrip novel terbaru saya kerana seperti anda semua, saya juga tak sabar hendak menoktahkannya!

Ramai yang mengikuti blog saya ini kerana sukakan entri kembara saya. Terima kasih kerana suka baca. InsyaAllah harapnya banyak info berguna yang boleh dimanfaatkannya. Yang sudi menghantar emel bertanyakan macam2 soalan tentang kembara, insyaAllah saya akan cuba menjawab sebaik mungkin! Memang hajat di hati hendak menyiapkan satu buku kembara dan memang sedang mengusahakannya. Selain itu ada beberapa lagi projek yang belum saya berikan komitmen 100%. Banyak sangat projek, bimbang saya tak sempat menyiapkannya.

Cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya. Kerja yang banyak akan bergunung-gunung. Tahun depan cabaran saya semakin banyak. Hardy dah darjah 5, Kimy dah 6 tahun, Hana pula 3 tahun. Terkini, saya sedang menjalani orientasi Hana ke taska kerana saya kini sudah tiada pembantu di rumah.

Namun hidup harus diteruskan. Semoga Allah memberi saya kekuatan! Terima kasih kepada anda semua yang setia bersama saya. Kalianlah yang membuatkan saya terus bersemangat untuk mengemaskini blog ini. Jumpa lagi pada entri yang akan datang!

29 November 2011

Jalan-jalan Cari Makan-Restoren Mr. Kabab & Biryani Presint 15, Putrajaya

Teringatkan nasi Arab seperti jujeh dan kubideh, kami ke restoren ini yang terletak di Presint 15, Putrajaya. Kepada yang tidak berapa tahu, restoren ini berada di blok  bertentangan dengan Mydin Putrajaya tetapi bukannya betul-betul bertentangan tetapi beberapa blok di belakang. Menu yang dipilih tentulah jujeh iaitu nasi ayam panggang dan kubideh iaitu nasi daging panggang bersama air mangga yang begitu dingin dan sedap.



Jika berkesempatan, marilah berkunjung ke sini kerana selain makanannya yang lazat, restorennya sangat selesa. Jom makan-makan!

28 November 2011

Jalan-jalan Cari Makan-Restoren Ana Ikan Bakar Petai, Bangi

Restoren yang agak baru di Bangi. Bagi yang mahu mencuba, sangat-sangat dialu-alukan. Sebenarnya kami sekeluarga memang tak reti makan petai, tetapi disebabkan semangat mahu mencuba, kami ke sana. Setibanya kami sekitar jam 7.00 malam, orang sudah ramai tetapi masih tidaklah begitu ramai. Setelah membuat pesanan, kami solat di surau yang disediakan. Suraunya sangat bersih dan selesa. Kimy dan Hana sudah seronok bermain di taman permainan mini disediakan. Memang lengkap pakej yang disediakan di restoren ini.

Pesanan makanan kami sampai sebaik semuanya siap solat. Alhamdulillah, jadi kami tidak menunggu lama. Makanan yang mula-mula tiba kerabu mangga dan sata.  Tangan cepat saja merasa kerabu mangga di pinggan. Mmm... kerabu mangganya rangup. Seterusnya saya merasa sata. Ok....rasanya tentulah belum boleh lawan sata Kemaman tempoh hari.

 kerabu mangga merupakan makanan kegemaran saya bila di restoren
Kimy dan Hardy di restoren
 udang masak masam manis yang segar
 ini dia, ikan kerapu bakar petai
 Hana seronok main sampai gelap pun teruja
pelanggan beratur memilih ikan dan hasil laut yang segar bugar

Seterusnya yang tiba udang masam manis, tomyam campur dan nasi. Yang terakhir pastilah ikan bakar petai. Tetapi tidaklah terlalu lama kami menunggu. Kira lengkaplah menu kami malam itu. Alhamdulillah, seperti yang dikhabarkan, makanan lautnya memang segar. Sedap. Jadi memang berbaloi kami mencuba makan di situ.  Ketika kami mahu pulang, kelihatan sudah ramai orang datang ke restoren itu. Parkir pun penuh, begitu juga dengan meja. Jadi, jika anda mahu ke sana dan menikmati makanan dalam mood santai (tak perlu tunggu lama dan tak sesak) eloklah tiba di sana sebelum maghrib.  Untuk ke restoren ini, sila exit di Bangi di lebuhraya KL-Seremban. Selepas exit, ambil jam 3 dan buat pusingan U di hadapan balai bomba. Restoren itu di sebelah kiri. Selamat menjamu selera!

16 November 2011

mySMS15888 - Gerbang SMS Kerajaan


Mula-mula saya senyum aje bila orang tanya bila menonton iklan mySMS15888 yang telah ditayangkan di seluruh stesen televisyen di Malaysia mulai hujung Oktober 2011. Saya mengangguk bila orang makin kerap bertanya. Apabila semakin ramai yang perasan, saya angkat tangan awal-awal dan kata, "Ha, yelah. Betullah tu saya!" Sebenarnya saya memang tak boleh nak elak sebab orang perasan tahi lalat saya tu. Saya ni bukannya glamour tapi ramai kawan-kawan akan ingat, bila tengok tahi lalat saya. Selalu saya cakap, ini kes tahi lalat makan tua. Hehehe.

Proses menghasilkan iklan yang beberapa saat di TV itu mengambil masa yang agak lama, kira-kira hampir 2 jam untuk shooting. Bila editing etc, saya rasa hampir 4 bulan setengah juga baru boleh kita tonton di TV. Tapi bila tengok kat TV sekejap aje kan?

Macam mana saya boleh terjebak membuat penampilan istimewa dalam iklan ni? Biarlah rahsia. Tapi semuanya demi negara Malaysia yang tercinta. Cewah!

Jadi, kepada yang masih tidak tahu apa itu mySMS15888, boleh layari http://www.mysms.gov.my. Kini segala maklumat yang anda perlukan berada di hujung jari. Kepada anak-anak yang akan mengambil keputusan UPSR esok, saya doakan semoga berjaya! Keputusan UPSR boleh juga dicapai melalui mySMS15888! 
Lihat gambar-gambar iklan mySMS15888 in the making di
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150255293047229.343975.829392228&type=1

15 November 2011

Bukit Gambang Resort Waterpark

Tujuan utama ke Pahang memang mahu ke sini. Destinasi Bukit Gambang Resort dipilih kerana mahu meninjau bagaimanakah rupanya BGR ini kerana wujudnya taman tema ini semasa kami di Berlin. Bila balik tengok kat iklan di lebuhraya banyklah pulak. Apa hebat sangat promosinya ni? Nak juga menjengah. Namun hasrat menjengah itu hanya terlaksana setelah hampir 2 tahun bersempena hari jadi Hardy ke 10 tahun pada 16 September 2011 yang lalu!

Tak susah mencari BGR kerana memang tanda arahnya sangat jelas dari lebuhraya. Sementelah ini merupakan satu-satunya taman tema air di sebelah timur. Pertama kali memasuki perkarangan taman tema ini, hati saya berdetik, mmm...boleh tahan.




Kami menginap di apartment yang bersebelahan dengan BGR iaitu Arabian Bay Suites yang merupakan sebahagian BGR. Di bawah apartment itu terdapat mini funfair. Kat tempat makan pula ada juga cobaan, kereta bergerak setempat tu la. Jadi kepada ibubapa yang membawa anak, sabo banyak2lah yer...besar dugaannya tu terutama kepada anak sekecil Hana yang tidak faham pasal duit, janji dia boleh naik godek2. Hehehe....Bukan setkat Hana, si Hakimy yang 5 tahun pun sakan!




Seharian di sana, saya dapat simpulkan bahawa BGR menawarkan pakej taman tema air yang menarik untuk dicuba. Ia tidaklah sehebat Sunway Lagoon mahupun Genting Highlands. Tidak juga punya pilihan tarikan yang banyak seperti A Famosa Resort dan Bukit Merah Lake Town.  Rasanya ia setaraf Lost World of Tambun. Jika mahu ke pantai timur, cuba-cubalah singgah ke sana. Anak-anak anda pasti teruja untuk mencuba. Selamat bercuti!

 

08 November 2011

Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur

Cuti sekolah makin hampir. Diam tak diam lagi seminggu lebih kita dah bercuti sekolah. Tentu ramai yang sudah merangka percutian keluarga. Tak kisahlah ke mana destinasi anda, yang pentingnya kita dapat berkumpul satu keluarga dan anak-anak gembira.  

Saya ingin berkongsi cerita dengan anda destinasi percutian ke Pahang Darul Makmur. Saya bahagikan entri ini kepada dua bahagian iaitu I dan II. Pada entri I, saya akan membawa anda ke destinasi pelancongan menarik dari KL ke Pahang. Ini bermakna, di sepanjang perjalanan itu, anda berpeluang singgah ke beberapa destinasi menarik yang ada di sepanjang perjalanan anda. Barulah berbaloi kerana percutian itu tidak hanya ke satu destinasi saja bukan?

Saya tidak memilih Genting Highlands dalam senarai destinasi kerana percutian saya singkat saja.  Jadi saya terus ke Bukit Tinggi. Jika anda hanya mahu berjalan-jalan sekitar perkampungan Peranchis di Colmar Tropicale ini, anda perlu membayar tiket masuk sekitar RM12 untuk dewasa. Dengan tiket itu anda berpeluang ke Colmar Tropicale, Japanese Village dan Taman Bonsai. Untuk ke sana anda boleh menaiki kereta atau bas di Berjaya Times Square dengan perjalanan sekitar 45 minit sahaja. Selain dari tarikan di atas, anda boleh berjalan-jalan di Rabbit Park yang mengenakan tiket sekitar RM3 di perjalanan turun/pulang dari Colmar Tropicale.



 pemandangan di Colmar Tropicale


 bermain arnab di Rabbit Park

Kami meneruskan perjalanan ke Gambang Resort City (pengalaman itu akan saya masukkan pada entri II). Alang-alang sudah sampai Kuantan, kami meneruskan perjalanan terus ke Timur ke pantai Cherating. Walau bagaimanapun ketika kami sampai, hari sudah agak lewat, jadi tidak sempat hendak bermain air laut, cuma sempat bergambar.

Kembara kami ini tidak lengkap tanpa makanan best. Kalau ke Temerloh, tentu tak sah kalau tak merasa tempoyak ikan patin. Nyum nyum. Selain daripada itu, kami tidak ketinggalan makan satar dan otak-otak di Kemaman. Sempat lagi membeli beberapa kampit keropok sedap. Memang sedap hingga sekarang terasa-rasa kesedapan satar yang pedas dan power! Memang berbeza dari satar yang pernah kami makan di mana-mana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...