Teringatkan nasi Arab seperti jujeh dan kubideh, kami ke restoren ini yang terletak di Presint 15, Putrajaya. Kepada yang tidak berapa tahu, restoren ini berada di blok bertentangan dengan Mydin Putrajaya tetapi bukannya betul-betul bertentangan tetapi beberapa blok di belakang. Menu yang dipilih tentulah jujeh iaitu nasi ayam panggang dan kubideh iaitu nasi daging panggang bersama air mangga yang begitu dingin dan sedap.
Jika berkesempatan, marilah berkunjung ke sini kerana selain makanannya yang lazat, restorennya sangat selesa. Jom makan-makan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan