02 Oktober 2014

REPOST : Trip Redah dan Belasah : Selamat datang ke Korea!

Artikel ini pertama kali ditulis pada 4/4/13 dan repost sempena Peraduan Mudah C1NT4 TOP SECRET.

Cuti sekolah kali ini kami memilih Korea untul destinasi percutian kami! Kenapa Korea? Minat drama Korea ke? Hehehe, itu soalan yang ditanya bila saya beritahu nak ke sana. Jawapan saya; saja suka-suka. Nak tengok kenapa orang Malaysia berkenan sangat ke Korea. Jadi selama 5 hari saya akan kongsikan pengalaman saya bersama anda menjelajah Korea dalam siri biasa; Redah dan Belasah! hehehe.

Kami menaiki penerbangan tengah malam menyebabkan kami sampai awal pagi sekitar jam 8.  Airport Incheon sangat besar, untuk mengambil bagasi, perlu menaiki tren. Lapangan terbang ini menerima anugerah 8 tahun berturut-turut sebagai Lapangan Terbang Terbaik di Dunia! Jadi memang besar, kemas dan efisien!

Suhu di luar mencatat 0 degree. Jadi keluar di lapangan terbang, pakaian seberat 1.5 kg itu mestilah digunakan. Dengan suhu serendah itu, memanglah sejuk gedi! Kami menaiki bas menuju hotel namun disebabkan masih terlalu awal, kami tidak dapat mendaftar masuk. Kami meninggalkan beg di concierge  Hotel Best Western Premier, Mapo lalu memulakan trip Redah dan Belasah Korea.
 di depan hotel

Destinasi pertama, Nami Island, pulau yang terkenal gara-gara Winter Sonata! Disebabkan kami sudah terlepas bas, jadi kami menaiki subway selama 2 jam,dengan tambang dalam RM30 sehala. Banyak juga kena tukar tren, jadi penumpang kena alert ya! Sebaik tiba di stesen terakhir, Gapyeing kami naik teksi dengan tambang RM9. Hmm... xtak sampaipun 5 minit dah sampai ke terminal feri. Untuk ke Pulau Nami, ada 2 cara. Kami memilih untuk naik feri dan visa entri ke Naminara Republic berharga RM24. Ada satu lagi option bagi mereka yang gemar adventure! Ke Nami dengan flying fox menggunakan kabel. Bapak punya tinggi, sayup je saya tengok! Minta maaflah, bukan saya la kalau berani flying fox cam gitu!

 saljipun tak habis cair lagi... panjangnya winter
 tasik...
 depan poster drama Winter Sonata
 simbolik adegan berbasikal
 katanya kat sini mereka ****** hehehe...
nak bergambar dengan patung cendana ni pun kena amik nombor (hehe beraturla)!


Kami bergambar di Nami Island lebih kurang 2 jam. Jenuh jugala nak faham apa yang best sangat Winter Sonata tu bila nampaknya taksub orang bergambar di tempat-tempat  sepeti firt kiss la, naik basikal la. kiki. inilah bahana kalau x minat citer Korea tapi ngada2 nak sangat pegi Korea!



Kat situ ada tempat solat tapi tak ada tempat jual makanan halal seperti yang dimaklumkan. Agaknya dah tutup sebab kami beberapa kali pusing kawasan kedai tapi tak jumpa. Ada kedai suggest vege pizza for muslim. Tapi kami pilih makan biskut jela...



Saya bersetuju dengan Dhiya mengatakan pulau ni overated. Kalau tak ada drama Winter Sonata tu, tempat ni tak ada apa selain daripada pokok2 tinggi. Memang cantikla pokok pain tinggi tu dengan syarat ada daun. Kalau botak je, hmm... memang tak berbaloi nak datang (disebabkan kedudukannya yang agak jauh dari Seoul). 



Semasa kami tiba, salji masih ada yang mencair menunjukkan winter baru sangat berakhir. Saya dapat merasakan pulau ini sangat sesuai dilawati pada musim autumn bila daun2 pelbagai warna! Hujung spring mungkinlah cantik sebab ada bunga. Kesian kat sorang makcik tu, dia ambil gambar bunga yang baru ditanam di taman tu. Dia kata, jadilah dah tak ada bunga masa musim bunga! Haha.



Semasa tiba di airport lagi, saya asyik berdoa, janganlah tak ada daun pokok2 ni masa ke Nami. Alhamdulillah doa saya tu makbul sekalipun daunnya xdela penuh sangatpun lagi! Daripada tak ada!



Balik dari Nami, naik bas shuttle ke Insadong. Perjalanan selama 1 jam. Tambang RM23. Penatla juga berjalan kaki melihat pemandangan selama 2 jam! Dalam bas, boleh zzzzz....



 kat tengah jambatan 

 pokok2 pain yang tinggi cantik
 flying fox-satu cara lain ke Nami Island
saya naik feri je... tengok banyak bendera negara-negara luar

Boleh baca kisah ejen Zed di Pulau Nami dalam novel terbaru saya C1NT4 TOP SECRET untuk rasakan lebih pengalaman di sini. Untuk lebih gambar boleh buka facebook fan page Laila Kamilia dan bukalah album gambar EKSLUSIF : LOKASI INSPIRASI C1NT4 TOP SECRET. Selamat membaca dan membelek gambar!

30 September 2014

Hadiah Peraduan Mudah Novel C1NT4 TOP SECRET


Seperti sebelumnya, setiap kali ada novel baru, saya akan menganjurkan peraduan. Hadiah kali ini lebih personalised dan lebih kewanitaan kan? Hehe. Sebab yang masuk peraduan ni kebanyakannya wanita. Seingat saya hanya ada seorang lelaki yang masuk peraduan saya sepanjang saya menganjurkan peraduan novel. Kalau gambar dalam poster tak berapa nak besar dan jelas, ini saya tunjukkan gambar hadiah dengan lebih jelas ya.







10 Syarat peraduan MUDAH :

1- Mestilah kena beli dan baca novelnya. Dah baca baru boleh menghayati kisah perisikan ni kan?

2- Buat review atau kongsi pengalaman anda membaca novel ni. Kalau nak tengok contoh-contoh pembaca lain yang pernah review atau kongsi pengalaman mereka dengan Laila Kamilia, lebih kurang macam tulah anda kena buat. Boleh tengok di Fanpage Laila Kamilia dalam Album Gambar : Review/Pengalaman Pembaca. Review atau pengalaman itu mesti tidak kurang daripada 50 patah perkataan ye. Jangan lupa klik LIKE kat Fanpage Laila Kamilia.

3- Ambil gambar novel tersebut mengikut kreativiti anda. Tak kisahlah macam mana rupanya, sama ada kulit novel atau gambar bab-bab di dalam novel atau gambar anda memegang novel tersebut janji ada gambar.

4-Bila dah ada review atau pengalaman nak dikongsi tu, masuk ke FB/Instagram anda dan mulalah SHARE review/pengalaman tersebut bersama gambar novel C1NT4 TOP SECRET tersebut. Jangan lupa #cintatopsecret #lailakamilia #alaf21. Mudah ajekan?

5- Seorang peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi tidak boleh menghantar gambar/review/pengalaman yang sama.

6-Tarikh akhir peraduan adalah tepat tengah malam 30 Nov. 2014. Bermakna penyertaan yang diterima pada 1 Dis. 2014 tidak akan diterima. 

7- Laila Kamilia akan mengumumkan pemenang pada 20 Dis. 2014.

8-Keputusan pengadil adalah muktamad.

9- Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

10- Hadiah akan diposkan kepada pemenang selepas 20 Dis. 2014.

BONUS BUAT PEMBACA YANG PERNAH BERKONGSI KISAH C1NT4 TOP SECRET
Kepada pembaca yang pernah berkongsi review/pengalaman membaca novel ni dengan Laila Kamilia, anda secara automatik layak menyertai peraduan ini dengan syarat anda SHARE semula dengan #cintatopsecret #lailakamilia #alaf21 dan mematuhi 10 syarat mudah tadi. Bolehkan? Hanya SHARE semula dan #.




Jadi, tunggu apa lagi? Jangan menunggu kerana anda mungkin terlupa dan tarikh tutupnya tamat. Hantar sekarang. Laila Kamilia menunggu review/pengalaman anda dengan C1NT4 TOP SECRET.

ps- Laila Kamilia amat berterima kasih jika anda dapat berkongsi peraduan ini di FB/Instagram/Twitter anda. Pastilah ada hadiah istimewa untuk perkongsian terbanyak! Hanya tag Laila Kamilia untuk makluman saya. 

21 September 2014

Pelancaran novel C1NT4 TOP SECRET; SIRI KEDUA : CORETAN KISAHNYA


Tarikh 30 Ogos 2014 dipilih kerana ia merupakan sambutan Jubli Emas SMK Seri Perak, Teluk Intan, Perak dan ianya merupakan hari lahir Hana yang ke-5. Sinonim kan kerana ini adalah novel saya yang ke-5? Tarikh itu amat bererti dalam hidup Laila Kamilia. Alhamdulillah pelancaran C1NT4 TOP SECRET akhirnya dapat dizahirkan dengan bantuan ramai. Sesungguhnya saya terhutang budi kepada semua kerana merealisasikan impian saya pada tarikh keramat itu.

Kepada yang tidak berkesempatan bersama saya meraikan majlis tersebut, saya kongsikannya di sini.

Gimik pelancaran

Semasa memikirkan gimik pelancaran, saya dan team event management berbincang banyak kali. Saya mahu ianya menyerap elemen misteri, rahsia dan kejutan istimewa yang merupakan trademark novel-novel saya. Disebabkan masa tidak mengizinkan dan beberapa kekangan lagi, saya tidak dapat melaksanakan beberapa perkara yang direncana. Setelah berbincnag panjang dengan suami, kami memutuskan untuk mengadakan gimik yang ringkas tetapi dengan suntikan C1NT4 TOP SECRET.


Pagi itu gimik pelancaran dimulakan dengan iringan muzik lagu OST James Bond :  Skyfall by Adele. Seorang kadet polis lelaki (adik hemsem ni nama Ahmad Fahmi)datang membawa dulang atasnya ada kotak. Beliau menyerahkan kotak tersebut kepada perasmi.

Perasmi telah membuka kotak dan di dalamnya ada kertas berlipat. Perasmi membuka lipatan kertas dan menunjukkan ia adalah kod peti besi kepada audiens. Kod peti besi itu bertarikh perasmian 300814.

Perasmi telah membuka peti besi menggunakan kod tersebut. Apabila terbuka, terdapat sebuah box yang mengandungi novel C1NT4 TOP SECRET. Perasmi mengambil novel tersebut dan tunjuk kepada audiens lalu menyampaikan kepada pengetua.

Sebaik penyampaian novel selesai, muzik James Bond dimatikan. Tayangan montage pelancaran novel C1NT4 TOP SECRET lalu 
cannon confetti diletupkan. Perasmian tamat. Untuk melihat rakaman perasmian, sila klik HIGHLIGHT PELANCARAN NOVEL C1NTA TOP SECRET.


Encik Norden Mohamed, Presiden Kelab Alaf21 dan Ketua Pengarang Sinar Harian sudi hadir merasmikan majlis penulis kecil seperti saya. Terima kasih banyak kerana memberi sokongan. Bak kata belia, Laila Kamilia membesar di hadapan matanya. Ya, saya bermula di bawah bimbingan beliau semasa beliau masih menjadi Pengurus Besar Alaf21. Terima kasih! Saya tahu, saya akan selalu boleh mengharapkan beliau. Bak bintang di langit, saya tahu, dia selalu ada untuk bimbingan dan nasihatnya. Semoga ALLAH membalas kebaikan beliau, dengan kebaikan yang lebih lagi.

Penyerahan novel C1NT4 TOP SECRET kepada Pengetua, Tuan Haji Masri. Terima kasih cikgu kerana memberi izin anak muridmu ini kembali.

Selamat! Alhamdulillah! Bagi seorang penulis, melahirkan novel yang ke-5 menandakan satu pencapaian kematangan. Ini bukannya masa untuk 'bermain-main' lagi. Masanya untuk memberi fokus  kepada 'bisnes'. Menulis bukan sekadar seronok melihat karya di rak kedai tetapi hasil tulisannya memberi impak kepada yang membaca. 

Peluang memberikan ucapan penghargaan kepada semua yang telah menyokong kerjaya penulisan Laila Kamilia sejak 2006. Kini telah 8 tahun dan pastilah Laila Kamilia tidak berdiri tanpa sokongan semua. Muah!ps- Ucapan penghargaan saya boleh dibaca di entri saya yang sebelumnya. Klik UCAPAN PERASMIAN LAILA

Ini elemen kejutan istimewa! Emak tergamam apabila emcee meminta beliau menerima bunga daripada anakandanya ini. Saya selalu jadi anak emak yang masih kecil. Saya selalu ingat bagaimana hobi suka membaca ini datangnya dari emak. emak juga orang pertama yang mengajar saya membaca kerana ketika kecil saya tidak mampu ke sekolah tadika.

 Ini tulang belakang team event management hari itu, Lin. Kalau dia tak ada, patah kaki saya. Terima kasih dik, sudi membantu akak di saat akak memerlukan bantuan. Muah!
 Yang ini pembaca paling istimewa, Siti Nur Ain. Mengenalinya di FB dan beliau datang semata-mata mahu bertemu empat mata dengan saya. Muah sekali!

Sempat merakam gambar kenangan bersama pelajar SMK Seri Perak, Teluk Intan. Belajar rajin-rajin ek dan kembali berbakti ke sekolah.

Antara guru-guru yang sempat beramah mesra tengahari itu. Terima kasih cikgu!




Ini wartawan Sinar Harian yang membuat liputan pada hari itu. Rencana tentang majlis ini tersiar di Sinar Harian pada 31/8/14. Terima kasih sangat!

Inilah adik hemsem Ahmad Fahmi (adik ke? hehe... anakla...) yang sudi membantu dalam perasmian tersebut. Ada rezeki kita jumpa lagi! Semoga berjaya pada masa depan ye!

Itulah sedikit corat-coret perasmian novel ke-5 Laila Kamilia, C1NT4 TOP SECRET yang sudah berada di pasaran pada bulan Jun 2014 yang lalu. Boleh dapatkan di kedai buku berhampiran atau online di Karangkraf Mall atau belian terus dengan autograf penulis di FB/Twitter/Instagram : Laila Kamilia. Sampai jumpa lagi! Terima kasih semua!

Lagu Cinta : Cinta Top Secret


Dalam setiap novel saya, mesti ada lagu cinta. Selain daripada Top Secret dari Girls Generation, inilah 2 buah lagu yang turut saya selitkan di dalam novel di Bab ke 064 ini. Semoga terhibur!


Atomium Brussels, Belgium
2013

Jade menunggu dengan penuh sabar. Tadi semasa dia dipanggil menghadap ke HQ, bunyinya macam terdesak sangat! Kalau dia tidak datang sekarang, ada orang yang akan mati di hujung senapang! Dia berlari mengejar teksi untuk datang ke sini. Ini sudah masuk minit ke-30, namanya masih pun belum dipanggil masuk.
Di ruang menunggu di hadapan bilik Pengarah Risikan APG ketika itu, hanya ada dia dan Pembantu Khas kepada Mr. Carsten. Wanita itu langsung tidak menghiraukannya kerana menumpukan perhatian pada komputer, sedang menaip sesuatu. Hanya sekali-sekala Jade nampak Annie menjeling ke arahnya.
Kedengaran lagu Get Lucky yang sedang berkumandang di corong pembesar suara yang terletak di siling betul-betul di atas kepalanya. Lagu ciptaan Daft Punk tersebut amat popular di tahun 2013 sehingga telah dianugerahkan Record of The Year dalam Anugerah Grammy ke-56.
Sememangnya lagu tersebut amat sinonim dengan dirinya yang sentiasa sahaja bernasib baik dalam misi-misinya sebelum ini. Dia cukup meminati lagu ini. Perlahan-lahan bibirnya turut sama mengikuti bait-bait lagu tersebut.
Tiba-tiba Jade melompat berdiri sambil menjerit menyanyikan chorus lagu tersebut.

“We’re up all night ‘til the sun
We’re up all night to get some
We’re up all night for good fun
We’re up all night to get lucky
We’re up all night to get lucky
We’re up all night to get lucky”

Excuse... me.... Mr. Jade? Mr. Jade! Halloooo?
Oh... sorry...” Muka Jade merah padam.
Suara Annie yang sudah berdiri sambil bercekak pinggang dengan wajah bengang, menjegilkan mata ke arahnya. Baru aje nak naik ‘syeh’ sudah ditegur. Patutnya Annie tidak boleh marah kepadanya kerana bukannya dia tidak nampak tanda-tanda kebosanan kerana menunggu sejak tadi. Ini semua bukan salahnya! Dia kembali ke sofa, mencapai majalah berbahasa Dutch! Bosan!







“Lately I’ve been, I’ve been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin’ hard
Said no more counting dollars
We’ll be counting stars”
Bait-bait lirik lagu ‘Counting Stars’, nyanyian kumpulan One Republic yang sedang berkumandang ketika ini pula tiba-tiba menyedarkan akan keadaan dirinya kini. Sudah lama dia memikirkan hidupnya yang sentiasa berdepan risiko yang diciptanya sendiri. Semuanya kerana kepuasan diri dan wang yang menjadi habuan!
Jade mengeluh. Bait lagu itu juga mengingatkannya lagi kepada wajah Eisya. Sememangnya sejak akhir-akhir ini memang dia sering saja teringatkan gadis kampung pilihan ibunya itu.
Tiba-tiba dia rasa teringin sangat berjumpa dengan Eisya. Ingin dia luahkan rasa hatinya supaya gadis itu dapat mempertimbangkan perasaannya. Ingin dia ceritakan kisah hidupnya kepada gadis itu agar dia tidak lagi hidup dalam kesamaran, berselindung bagai bayang-bayang.
Tetapi mana mungkin seorang gadis kampung seperti Eisya boleh menerima dirinya yang hidup penuh kerahsiaan, penuh bahaya dan risiko tanpa jangkaan. Jika dia berterus terang, adakah Eisya dapat menerima seadanya? Bukankah Eisya selalu kata, lelaki sangat merbahaya dan menyakitkan! Dia tertekan.
Apakah pilihan lain yang dia ada? Haruskah dia berhenti kerja dan menjalani kehidupan biasa bersama gadis yang dicinta dan melupakan kerjaya yang telah sebati dengan dirinya?             Setelah sekian lama bergelumang dalam kehidupan yang penuh cabaran, tiba-tiba dia inginkan hidup yang penuh kebebasan? Dia menggeleng kepala. Dia tidak pernah sangka, dia telah memikirkan untuk meletakkan jawatan gara-gara kerana seorang perempuan! 

03 September 2014

Pelancaran novel C1NT4 TOP SECRET; SIRI PERTAMA- TERIMA KASIH SEMUA!

Berikut adalah ucapan penghargaan saya kepada semua yang telah menyokong kerjaya penulisan Laila Kamilia sempena pelancaran novel ke-5 C1NT4 TOP SECRET pada 30 Ogos 2014 di SMK Seri Perak (SEMARAK), Teluk Intan, Perak di sambutan Jubli Emas 50 Tahun SEMARAK. Kalau boleh saya nak sebutkan semua nama satu-persatu namun tak berkesempatan. Terima kasih semua! Semoga ALLAH membalasnya dengan kebaikan yang lebih lagi. Laila Kamilia sayang kamu semua!

Sinar Harian 31/8/14 sempena pelancaran novel C1NT4 TOP SECRET di sambutan 50 Tahun SEMARAK, Teluk Intan, Perak pada 30/8/14

"Saya ingin merakam penghargaan yang tidak terhingga kepada Yang Berusaha Tuan Haji Masri, Pengetua SEMARAK kerana memberi peluang kepada seorang penulis kerdil berdiri di sini merealisasikan impiannya pada hari yang bersejarah dan bermakna bersempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun SEMARAK. Begitu juga kepada Encik Norden Mohamed, Presiden Kelab Alaf21 juga Ketua Pengarang Sinar Harian, yang sudi hadir di celah-celah kesibukannya dengan akhbar Sinar Harian. 


Hadirin dikasihi ALLAH, 

Menulis merupakan terapi yang menenangkan jiwa. Bermula daripada suka-suka akhirnya saya terjebak dalam dunia penulisan yang sudah tiada U-Turnnya. Novel C1NT4 TOP SECRET merupakan novel ke-5 saya bersama Alaf 21 Sdn. Bhd. Novel setebal 501ms ini mengisahkan tentang pengembaraan dua ejen perisik antarabangsa Jade, dan Zed yang jatuh cinta kepada Maryam Eisya, anak gadis pemilik mikrofilem paling dikehendaki. Pembaca akan dibawa mengembara ke Seoul, Hong Kong, Brussels, London dan Bali dalam menamatkan misi. Pada akhirnya, akan terjawab siapakah yang akan menemukan cinta sejati dan siapakah pula yang akan menyelesaikan konspirasi. 

Tahun ini adalah tahun ke-8 tahun saya menjadi penulis. Di sebalik semua ini, pastilah segalanya bermula daripada seorang guru. Sajak saya yang pertama bertajuk AKU SEBUAH BUKU yang disiarkan di Utusan Pelajar. Cikgu Faridatul Akhmar merupakan guru yang bertanggungjawab menjadikan saya 'selebriti kecil' kerana sejak itu saya menerima ramai kenalan pen pall yang membaca tulisan saya. Ketika itu saya hanya berumur 10 tahun.

Apabila di sekolah menengah, Guru Bahasa Melayu saya, Puan Hajah Mazlina Markon menyemai dan memupuk bakat penulisan saya. Beliaulah membetulkan bahasa, memberi idea untuk mengembangkan jalan cerita dan menggalakkan saya menaipnya di atas mesin taip. Hari ini saya bersyukur dan berbahagia kerana cikgu saya itu bersama-sama kita di hari bersejarah ini. Terima kasih cikgu!

Kerana besarnya peranan seorang guru menjadikan saya Laila Kamilia pada hari ini, justeru saya menyeru anak-anak yang ada di hadapan saya ini untuk menghargai jasa seorang guru. Berani bermimpi dan pergi jauh untuk menggenggam kejayaan gemilang. Apabila telah berjaya, kembalilah ke sini dan jangan lupakan jasa guru. Saya berdoa semoga pada suatu hari nanti, akan ada anak-anak di sini yang berada di tempat saya berdiri di sini membanggakan SEMARAK.

Akhir kata jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya saya selama ini. Kepada suami, Aedy Fadly Ramli yang menjadi tulang belakang saya selama ini. Tanpa beliau di sisi, manuskrip saya akan kekal di dalam komputer tanpa terzahir menjadi naskah tatapan anda. Juga buat anak-anak Hardy, Hakimy dan Hana yang memahami kesibukan saya sebagai guru dan penulis. Pelancaran novel ke-5 saya ini pada tarikh 30 Ogos 2014 hari ini bersamaan sambutan hari lahir anak saya yang ke-5! Penghargaan yang paling tinggi tentulah kepada kedua ibubapa saya Puan Hamidah Ismail dan Encik Kamaluddin yang sentiasa memberikan galakan.

Kepada Cikgu Noraini, Alumni Semarak; Encik Zuhainizam dan Kak Leha Junid kerana membantu saya menjadikan majlis ini realiti. Kepada Alaf21 yang percaya kepada bakat saya. Kepada rakan-rakan dan pembaca yang jauh dan dekat yang sentiasa menyokong kerjaya Laila Kamilia. Terima kasih semua! Semoga SEMARAK terus gemilang! Sekian, terima kasih."









Telah selamat dirasmikan oleh Encik Norden disaksikan Tuan Haji Masri. Gimik pelancaran akan saya ceritakan dalam tulisan Pelancaran novel C1NT4 TOP SECRET siri ke-2.

Terima kasih Lin kerana sudi bersama membantu menjayakan pelancaran. Sayang sangat-sangat!

02 September 2014

Laila Kamilia ingin Kolaborasi dengan Penulis Indonesia : Temubual dengan Antaranews.com INDONESIA

Temubual Laila Kamilia dengan Antaranews.com Indonesia. Wawancara ini di dalam bahasa Indonesia ya.  Rasa pelik pula dapat baca artikel tentang diri sendiri tapi dalam bahasa lain. Terima kasih Vivi untuk satu artikel yang menarik. Terima kasih sudi temubual Laila Kamilia! Boleh baca artikel lengkap di Temubual Laila Kamilia dengan Antaranews Indonesia pada 29 Ogos 2014.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...