Tarikh 30 Ogos 2014 dipilih kerana ia merupakan sambutan Jubli Emas SMK Seri Perak, Teluk Intan, Perak dan ianya merupakan hari lahir Hana yang ke-5. Sinonim kan kerana ini adalah novel saya yang ke-5? Tarikh itu amat bererti dalam hidup Laila Kamilia. Alhamdulillah pelancaran C1NT4 TOP SECRET akhirnya dapat dizahirkan dengan bantuan ramai. Sesungguhnya saya terhutang budi kepada semua kerana merealisasikan impian saya pada tarikh keramat itu.
Kepada yang tidak berkesempatan bersama saya meraikan majlis tersebut, saya kongsikannya di sini.
Gimik pelancaran
Semasa memikirkan gimik pelancaran, saya dan team event management berbincang banyak kali. Saya mahu ianya menyerap elemen misteri, rahsia dan kejutan istimewa yang merupakan trademark novel-novel saya. Disebabkan masa tidak mengizinkan dan beberapa kekangan lagi, saya tidak dapat melaksanakan beberapa perkara yang direncana. Setelah berbincnag panjang dengan suami, kami memutuskan untuk mengadakan gimik yang ringkas tetapi dengan suntikan C1NT4 TOP SECRET.
Pagi itu gimik pelancaran dimulakan dengan iringan muzik lagu OST James Bond : Skyfall by Adele. Seorang kadet polis lelaki (adik hemsem ni nama Ahmad Fahmi)datang membawa dulang atasnya ada kotak. Beliau menyerahkan kotak tersebut kepada perasmi.
Perasmi telah membuka kotak dan di dalamnya ada kertas berlipat. Perasmi membuka lipatan kertas dan menunjukkan ia adalah kod peti besi kepada audiens. Kod peti besi itu bertarikh perasmian 300814.
Perasmi telah membuka peti besi menggunakan kod tersebut. Apabila terbuka, terdapat sebuah box yang mengandungi novel C1NT4 TOP SECRET. Perasmi mengambil novel tersebut dan tunjuk kepada audiens lalu menyampaikan kepada pengetua.
Sebaik penyampaian novel selesai, muzik James Bond dimatikan. Tayangan montage pelancaran novel C1NT4 TOP SECRET lalu
cannon confetti diletupkan. Perasmian tamat. Untuk melihat rakaman perasmian, sila klik HIGHLIGHT PELANCARAN NOVEL C1NTA TOP SECRET.
Encik Norden Mohamed, Presiden Kelab Alaf21 dan Ketua Pengarang Sinar Harian sudi hadir merasmikan majlis penulis kecil seperti saya. Terima kasih banyak kerana memberi sokongan. Bak kata belia, Laila Kamilia membesar di hadapan matanya. Ya, saya bermula di bawah bimbingan beliau semasa beliau masih menjadi Pengurus Besar Alaf21. Terima kasih! Saya tahu, saya akan selalu boleh mengharapkan beliau. Bak bintang di langit, saya tahu, dia selalu ada untuk bimbingan dan nasihatnya. Semoga ALLAH membalas kebaikan beliau, dengan kebaikan yang lebih lagi.
Penyerahan novel C1NT4 TOP SECRET kepada Pengetua, Tuan Haji Masri. Terima kasih cikgu kerana memberi izin anak muridmu ini kembali.
Selamat! Alhamdulillah! Bagi seorang penulis, melahirkan novel yang ke-5 menandakan satu pencapaian kematangan. Ini bukannya masa untuk 'bermain-main' lagi. Masanya untuk memberi fokus kepada 'bisnes'. Menulis bukan sekadar seronok melihat karya di rak kedai tetapi hasil tulisannya memberi impak kepada yang membaca.
Ini elemen kejutan istimewa! Emak tergamam apabila emcee meminta beliau menerima bunga daripada anakandanya ini. Saya selalu jadi anak emak yang masih kecil. Saya selalu ingat bagaimana hobi suka membaca ini datangnya dari emak. emak juga orang pertama yang mengajar saya membaca kerana ketika kecil saya tidak mampu ke sekolah tadika.
Ini tulang belakang team event management hari itu, Lin. Kalau dia tak ada, patah kaki saya. Terima kasih dik, sudi membantu akak di saat akak memerlukan bantuan. Muah!
Yang ini pembaca paling istimewa, Siti Nur Ain. Mengenalinya di FB dan beliau datang semata-mata mahu bertemu empat mata dengan saya. Muah sekali!
Sempat merakam gambar kenangan bersama pelajar SMK Seri Perak, Teluk Intan. Belajar rajin-rajin ek dan kembali berbakti ke sekolah.
Antara guru-guru yang sempat beramah mesra tengahari itu. Terima kasih cikgu!
Ini wartawan Sinar Harian yang membuat liputan pada hari itu. Rencana tentang majlis ini tersiar di Sinar Harian pada 31/8/14. Terima kasih sangat!
Itulah sedikit corat-coret perasmian novel ke-5 Laila Kamilia, C1NT4 TOP SECRET yang sudah berada di pasaran pada bulan Jun 2014 yang lalu. Boleh dapatkan di kedai buku berhampiran atau online di Karangkraf Mall atau belian terus dengan autograf penulis di FB/Twitter/Instagram : Laila Kamilia. Sampai jumpa lagi! Terima kasih semua!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan