Saya sudah tidur ketika SMS daripadanya masuk, jam 2332 dan saya membacanya jam 0535. Buka mata membaca SMS terus sengih nampak bintang-bintang dan saya menanti review dengan debaran. Hehe... Alhamdulillah akhirnya review yang manis saya terima pasgi itu.
Inilah review C1NT4 TOP SECRET. Terima kasih adik.
Kulit mukanya hitam, ada bunga matahari dan pistol. Dua elemen yang agak bertentangan antara satu sama lain. Cover novel ini memang menarik. Apabila disentuh, terasa tekstur kulitnya. Walaubagaimanapun, cover novel ini bukanlah tarikan utama. Saya sudah mengikuti perjalanan misi C1NT4 TOP SECRET sejak ia disiarkan dalam portal ILHAM. Tarikan utama tentulah pada nama penulisnya; LAILA KAMILIA!
Setelah membaca bab-bab awal dalam portal ILHAM, sudah tentu saya tidak dapat menahan rasa teruja untuk terus membaca naskah ini sebaik saja ia sampai ke pangkuan. Nasib baik novel-novel pending saya yang lain tidak punya hati, kalau tidak mesti mereka (erk, mereka?) berkecil hati kerana pending que telah saya langkau. Haha… kuatnya pengaruh Jade dan Zed!
It’s magic; saya tamatkan bacaan sekali harung saja!
It’s wonderful ; saya terasa seperti bergerak ke sana ke mari bersama-sama!
Seperti yang terdapat pada sinopsis di belakang novel, ini merupakan kisah pengembaraan dua orang agen perisik; Jade dan Zed. Pengembaraan yang menemukan mereka dengan Maryam Eisya.
Pendapat peribadi, saya merasakan tulisan Laila Kamilia semakin baik. Setelah membaca kesemua novel-novel beliau yang lain sebelum ini, kali ini, C1NT4 TOP SECRET berjaya membuatkan saya tidak mahu berhenti membaca walaupun pada penghujung bab. Setiap akhir bab seolah-olah menarik mata saya untuk terus membaca bab yang seterusnya. Dan, novel ini merupakan novel pertama beliau yang berjaya saya tamatkan dalam tempoh beberapa jam sahaja! Tahniah penulis!
Membaca novel ini… seperti membaca travelog tapi dalam cara yang santai dan diiringi perasaan halus bernama cinta. Ahaks! Saya memang suka membaca travelog lebih-lebih lagi travelog haji. Tapi kali ini Laila Kamilia membawa saya mengembara ke 6 buah negara dalam sebuah novel. Mula-mula dulu, kan… saya ingatkan ada adegan tembak-menembak dan gedebak-gedebuk macam novel Dhiya Zafira tapi Laila Kamilia berbeza cara penulisan aksinya. Mana boleh sama, kan? Walaupun kawan baik… hihihi… untuk itu, tabik springggg saya berikan. Dan aksi C1NT4 TOP SECRET juga lain dari novel Saat Kau Hadir. Kak Laila ni sengaja buat saya rindukan Amri. Huh! Ada juga terselit kisah Puteri Sara Ibrani dan Adrian. Kalau ada kesempatan, saya mahu ulang baca Cinta Bunga Tulip semula!
Satu lagi elemen yang saya suka dalam novel ini; suspens! Teringat masa kecil dulu, saya menggemari novel-novel dalam Siri Tiga Penyiasat, Lima Penyiasat dan yang sewaktu dengannya. Novel ini juga digarap dengan cara yang sama; santai dalam menampilkan tema yang ‘berat’. Kisah perisikan pasti akan membuatkan pembaca yang tidak meminati genre ini akan mengantuk tapi percayalah, C1NT4 TOP SECRET berbeza sangat. Peminat novel cinta pasti akan jatuh cinta dengan novel ini!
Oh, ya! Kalau puan penulis perasan, pada muka surat 106 dan 383 terdapat kesilapan kecil.
“… cik pergi ke pejabat kami di *Setapak. Cik boleh berjumpa dengan pegawai…” (muka surat 106)
*Setapak – Selayang
“MRX2.” *Jade menjawab kepada penjaga safe house. (muka surat 383)
*Jade – Zed
Ahaks, dah macam pembaca pruf pulak! Ini membuktikan walaupun saya membaca dengan laju, saya tidak skip di mana-mana, okey! Saya baca tiap patah dengan sungguh-sungguh. Kak Laila, terharu tak? Harap cetakan yang seterusnya, kesilapan-kesilapan kecil seperti ini boleh diperbetulkan. (pssttt… mahu lantik saya jadi your personal proof reader?) hehehehe…
Saya tidak mahu menyentuh banyak tentang al-kisah C1NT4 TOP SECRET ini memandangkan pasti masih ramai lagi yang belum berkesempatan untuk membacanya. Maklumlah, novel yang masih panas, baru keluar oven! Jadi ulasan kali ini hanyalah sekadar untuk membuat pembakaran terbuka… muahaha… jahat tak?
p/s: saya dah tahu kenapa minyak wangi Hugo Boss dijadikan cenderahati…
Ulasan Kembali : Ya, saya terharu kerana Lia masih ingat dengan kisah Amri yang merupakan seorang SB dalam novel Saat Kau Hadir di mana ketika itu beliau sedang menyelesaikan kes pengeboman KLCC. Saya mengaitkannya dengan fail yang diminta oleh Zed bagi menarik perhatian pegawai di bilik kawalan APG. Begitu kuat ingatan Lia sedangkan saya cuma merujuknya sekali lalu.
Dalam novel C1NT4 TOP SECRET saya membawa kembali Puteri Sara Ibrani dan Adrian Fadhli yang merupakan watak utama dalam novel Cinta Bunga Tulip. Apakah yang terjadi kepada mereka setelah tamat majlis perkahwinan di dalam salji di Berlin? Saya menjawabnya di sini. Semoga rindu anda kepada anak separa Jerman-Indo-Malaysia itu akan terubat.
Menjawab kepada persoalan "kesudahan yang manis utk seorg lagi perisik yg ‘gagal’ itu..agak2 ada dalam novel seterusnya tak?" Hehe... sebenarnya di kepala memang sudah ada plotnya dan tak sabar untuk merangka cerita untuk C1NT4 TOP SECRET -2 M151 MENCARI MENANTU EPISOD 2 hehe... tetapi di kepala juga telah ada idea novel baru yang sangat menarik untuk diplotkan juga. Nanti kita timbang-timbang yang manakah yang lebih terbaik di antara keduanya untuk diangkat menjadi novel ke-6 Laila Kamilia. Hehe... Hanya yang terbaik untuk pembacanya, in syaa ALLAH.
Terima kasih sudi membaca C1NT4 TOP SECRET dan memberikan review yang manis. Sudah terjawab persoalan apakah yang TOP SECRET sangat dalam novel C1NT4 TOP SECRET? Jawapan itu simpanlah di dalam dalam sendiri kerana itulah yang saya simpan istimewa untuk anda pembaca C1NT4 TOP SECRET. Salam kasih sayang! - Laila Kamilia
2 ulasan:
review yg manis dr seorg yg manis..hehe...gurau aje kak...moga terus sukses ye...
memangla manis dik! hehe... terima kasih utk sokongannya
Catat Ulasan