18 Mei 2014

Alkisah di Sebalik Nama LAILA KAMILIA

Kisah ini tidak pernah saya ceritakan kepada sesiapa. Hari ini saya ceritakan kerana pada tahun ini ada beberapa orang yang bertanya. Dan saya kata, saya akan ceritakan ekslusif di dalam blog saya. Inilah dia kisahnya kepada yang bertanya dan mahu tahu.

Kita kembali pada hujung tahun 2006. Ketika itu manuskrip saya telahpun berjaya menangkap perhatian Alaf21, lalu saya dipanggil mengikuti kurus penulisan bagi menajamkan seni penulisan dan memenuhi kehendak penerbitan Alaf21. Ketika mengikuti kursus itu, kami diminta untuk memikirkan satu nama pena. Rakan seangkatan saya yang masih berada di Alaf21 yang mengikuti kursus tersebut adalah Lynn Dayana, Dhiya Zafira, Ayu Emelda dan Durrah Fatiha.

Jadi apabila manuskrip saya, Lakaran Kasih hendak diterbitkan, editor saya ketika itu Gee (sekarang editor buku umum), meminta saya satu nama pena. Mula-mula saya nak letak nama Adryana. Tapi nama itu ditolak oleh Gee kerana katanya Alaf21 telah ada ramai penulis bernama pena bermula daripada huruf A (seperti Aisya Sofea, Anis Ayuni, Aleya Anesa dan ramai lagi...). Dia mencadangkan agar nama pena saya bermula dengan huruf L lalu saya mencadangkan Lyna Adryana tapi masih ditolak. Hehe... alkisahnya saya mahu menamakan anak perempuan saya dengan nama Adryana sebab tu nak letak nama pena dengan nama itu (hehe berangan aje lebih tapi bila dah ada anak perempuan tak juga saya namakan dengan nama itu). Tapi beliau meminta saya mencari nama lain dan mencadangkan ianya bermula dengan nama Laila (klasik gitu).

Perbincangan kami seterusnya tentulah bagaimana ejaan Laila itu. Sebab ada banyak ejaan Laila seperti Layla, Leila, Lyla, Lela, Leyla dan macam-macam lagilah. Akhirnya kami sepakat memilih Laila namamu teratas (hehe sebab ejaannya mudah dan lebih meluas digunakan).

Cabaran seterusnya adalah untuk menambah nama Laila itu menjadi dua nama supaya lebih catchy. Macam-macam idea keluar dan akhirnya huruf K dipilih sebagai memperingati nama ayah saya Kamaluddin. Hehe mungkin kerana nama Laila sudah terlalu jauh dengan nama sebenar saya Haslina (kebetulan rakan lain mendapat nama seakan-akan nama sendiri seperti Lynn Dayana (Roslinda), Dhiya Zafira (Mardhiyah), Ayu Emelda (Ayu) dan Durrah Fatiha (Fathiah). Lalu terhasillah Laila Kamilia. Dan kebetulan novel pertama saya bertajuk Lakaran Kasih (singkatan untuk LK juga). Pada entri saya di akan datang, saya akan ceritakan pula kisah berkenaan di sebalik tajuk novel-novel saya.

Apakah perasaan saya pertama kali menggunakan nama pena?
Hehe... saya sangat-sangat keliru. Ada masanya ketika orang memanggil saya dengan nama Laila, saya buat dek saja. Rasa pelik sangat bila kita sudah biasa dengan nama sendiri tiba-tiba diberi nama baru. Bertahun juga saya ada rasa perasaan itu. Namun alah bisa tegal biasa. Masuk tahun ke-5, saya sudah sebati dengan nama Laila. Sekarang ini, sudah rasa tidak janggal jika saya memperkenalkan diri dengan nama Laila.

Kini ramai yang memanggil saya dengan nama Laila daripada Haslina. hehe... Kebetulan semasa saya mengajar di dua sekolah, kedua-dua sekolah ini mempunyai nama guru Haslina. Paling parah tentulah di sekolah sekarang sebab ada 3 orang bernama Haslina. Lalu rakan-rakan memilih untuk memanggil saya dengan nama Laila daripada Haslina bagi mengelakkan terkeliru. hehe...

Kini nampaknya saya lebih dikenali dengan nama Laila daripada Haslina. Ada murid saya yang memanggil saya dengan nama Cikgu Laila. Saya gelak saja... Pernah bila nama FB saya ditukar kepada nama Haslina, orang sudah PM kata keliru siapakah gerangannya Haslina itu. hehe. 

Kini nama Haslina hanya dipanggil oleh rakan-rakan rapat yang mengenali saya sangat lama sebelum saya menjadi seorang penulis juga tentunya ahli keluarga (sebelah suami kerana kalau di sebelah saya mereka memanggil saya dengan nama Lily). Tapi percayalah, walau siapapun saya yang anda kenali hari ini, saya tetap Haslina Kamaluddin yang anda kenali beberapa tahun pun. Siapapun yang anda kenali baik Haslina Kamaluddin mahupun Laila Kamilia, saya cuma mahu menjadi manusia yang disenangi dan disayangi semua. Hanya nama yang berbeza tapi saya percaya, mereka yang rapat dengan saya tetap tahu Haslina mahupun Laila Kamilia, orangnya tetap sama; 3S -simple, sempoi dan santai.

Sampai jumpa lagi dalam entri saya yang akan datang. In syaa Allah, saya akan kongsikan kisah menarik di sebalik tajuk novel-novel saya. Apakah tajuk asal naskah manuskrip saya? Yang mana satukah tajuk yang merupakan tajuk asal saya beri dan yang mana pula yang telah direject dan diberi tajuk baru? Tunggu....

7 ulasan:

Unknown berkata...

Wah! Menarik ceritanya :D Nanti nak cuba kongsi jugalah mana datang nama Weeda Airiza, jauh dgn nama sebenar kekekeke~~

Unknown berkata...

Wah! Menarik ceritanya! :D Baru tau kisah sebenar Laila Kamilia kekeke~ Mcm syok juga nak cerita sbb janggal bila mula-mula nak guna nama pena :P

rozalia-rajali berkata...

kena ada nama pena ke kak? tak boleh guna nama sendiri?

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...tetap panggil kak ina..mklumla,cgy baru..mana la den tahu novelis tersohor.da puas blasah anak bujangnya dalam BB baru kutahu ibunya novelis..kihkihkih
Apa2 pun terbaaekk la k.ina a.k.a kak laila

LK berkata...

Hehe... silakan Weeda. akakpun nak tau juga!

LK berkata...

Rozalia- hehe... boleh je x de nama pena nak guna nama sendiri. tergantung kepada perbincangan dengan syarikat penerbitan.

LK berkata...

Anon- hehehe.... novelis pun manusia juga. terima kasih jadi guru untuk anak akak. kalau dia buat salah, belasah je... untuk mendidik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...