Ini catatan tangan Laila Kamilia semasa di Korea (tanpa major editing). Pastilah ada ejaan yang salah, tatabahasa juga berterabur. Tapi ia catatan ikhlas dari Laila untuk anda baca. Semoga bermanfaat hendaknya! Terutama kepada yang mahu Redah dan Belasah Korea edisi anda!
Kami bertukar hotel pagi ini, jadi agak lambat memenuhi janji dengan seorang student Malaysia di Seoul. Oh! Ya! Student ni dah ala-ala penyanyi KPop dah... wajahnya dah macam orang Korea. hehehe tapi rambut tak warna ye! Baik budaknya.
Tetapi jam 10.55, kami sempat sampai untuk melihat tradisi pertukaran askar di Geongbok Palace. Sekarang ni Korea mana ada Raja. Jadi tradisi lama ini dikekalkan sebagai warisan sahaja. Kami menghabiskan masa kira2 setengah jam melihat sekitar istana lama menyerupai istana di Forbidden City itu.
Dari istana kami berjalan2 sekitar bandar Seoul melihat sungai yang bersih di dalam bandar, City Hall dan kemudian makan di Namdaemun. Rupanya di sinilah tempat membeli souvenir yang murah (tak perlu tawar sebab di supermarket dan harganya sangat murah) Kami membeli-belah sekitar Namdaemun sebelum pulang ke hotel.
Pada waktu malam, kami ke sana kembali. Teksi memang sangat mahal kerana sudah melewati tengah malam! Mujurlah ada seorang lagi pemandu teksi yang jujur mahu menggunakan meter. Banyak juga teksi yang kami tahan awal pagi itu. Memang pengalamanla sebab bershopping di shopping mall jam 1.00 pagi. Hairan kerana malam kelihatannya masih muda dengan hiruk-pikuk manusia. Khabarnya pukul 4 pagi baru tutup shopping mall itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan