ARTIKEL PERTAMA KALI DIPOS PADA 26/3/14. REPOST SEMPENA PERADUAN NOVEL C1NT4 TOP SECRET.
Ini catatan tangan Laila Kamilia semasa di Korea (tanpa major editing). Pastilah ada ejaan yang salah, tatabahasa juga berterabur. Tapi ia catatan ikhlas dari Laila untuk anda baca. Semoga bermanfaat hendaknya! Terutama kepada yang mahu Redah dan Belasah Korea edisi anda!
Ini catatan tangan Laila Kamilia semasa di Korea (tanpa major editing). Pastilah ada ejaan yang salah, tatabahasa juga berterabur. Tapi ia catatan ikhlas dari Laila untuk anda baca. Semoga bermanfaat hendaknya! Terutama kepada yang mahu Redah dan Belasah Korea edisi anda!
Bangun pagi kami bersarapan dengan kebab yang berbaki satu lagi semalam.
Sementara menunggu abang mandi, saya mengemas pakaian untuk dibawa ke Jeju. Kami memang awal2 buat keputusan untuk travel light secara backpakers. Jadi semua yang dibawa adalah seminima mungkin kerana kami hanya berada di Jeju selama semalam. Tiket kapal terbang telah dibeli awal-awal lagi dari Malaysia secara online.
Rencana nak bertolak seawal pagi ke Namsan Tower tergendala gara2 tersangkut menonton cerita kelakar kat tv. Hahaha! Itulah hobi kami berdua laki bini. Kami kalau dapat tengok citer kelakar memang susah nak bangun tetapi mengenangkan kami ni dalam urusan travel, terpaksalah tengok citer tu separuh jalan. Itupun abang janji nak beli dvd balik Malaysia nanti.
Kami check out di hotel sekitar jam 1000 pagi. Disebabkan kami akan check in di hotel yang sama, jadi kami menyimpan beg di concierge sekali lagi. Selamat dah beg! Kalau x, jenuh nak diangkut ke peti simpan beg di airport la pulak! Satu kerja!
Kami kemudian mengambil keputusan untuk naik teksi saja ke Namsan Tower untuk menjimatkan masa yang dah habis tengok citer kelako separuh jalan tadi.
Perjalanan agak lambat disebabkan sedikit jammed. Kira-kira 20 minit, kami tiba di stesen kereta kabel Namsan Tower. Tambang teksi adalah kira-kira rm36.
Kami membeli tiket kereta kabel dua hala kerana x laratla nak menapak naik ke atas. Tambangnya rm24 untuk dua hala. Kereta kabelnya lebih kurang macam lif bergerak melalui kabel.
Memang cantik pemandangan ke Namsan Tower ni. Sepanjang jalan, nampak pokok sakura yang dah kering menanti masa untuk berbunga. Beberapa kali saya kata, kalau sakura tengah berbunga mesti lagi best. Tapi inilah risiko pergi ke negara 4 musim. Khabarnya tahun ni winter panjang sangat. Jadi bunga sakura belum sempat lagi berbunga pada waktu awal spring macam ni.
Kat sini memang cantik sebab boleh nampak Seoul dari atas bukit. Di sini ada pengambaran drama jugak dan glamer sebab love locks.
Kami bergambar dan pulang bila puas hati. Kalaulah sakura berbunga... Itulah yang asyik ada di kepala!
Kami berjalan kaki untuk ke Myeongdong setelah turun dari kereta kabel. X jauhpun sekitar 600 meter rasanya tapi kaki tu memanglah dah sakit. Sampai di sana, kami x singgah shopping di Myeongdong tetapi meneruskan perjalanan ke Namdaemun.
Fuiyo! Ramainya penjual dan banyaknya barang! Kami sekadar membeli krim pelembab sebab badan dah gatal2 kerana cuaca sejuk. Ambil gambar dan video saja sebab nanti x ada tempat nak simpan barang disebabkan kami nak ke Jeju lepas ni.
Ramai orang Malaysia yang shopping sovenir. Memang harga sedikit murah dari kedai di Insadong semalam. Kami sempat menapau kebab lagi untuk makan tengahari nanti di airport.
Lepas sejam jalan2, kami ke Gimpo airport untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Jeju. Harapnya Jeju memang cantik. Tambang kapal terbang ke sini yang kami beli secara online adalah rm300 lebey pergi-balik untuk seorang.
Perjalanan ke airport ambil masa hampir setengah jam juga dari Seoul. Kami sempat makan kebab tadi sementara menunggu kapal terbang ke Jeju jam 445 petang. Perjalanan ni akan mengambil masa 1 jam 5 minit. Bila sampai dah nak malam pun. Saya tertidur dalam flight jadi x sempat nak tengok2 pemandangan pun masa turun.
Kami tiba di lapangan terbang seperti dijadual. Sampai di sini kami dah nampak bas 100 tapi disebabkan nak bertanya itu ini di kaunter pelancongan, jadi terlepas lah bas tu. Tambang bas rm3 tapi kalau guna Tmoney dapat diskaun 500 won. Tmoney yang dibeli dari Seoul tu boleh diguna di sini.
Kami check in di Yeha Guesthouse dan naik teksi ronda2 malamnya. Guest house ni rm60 semalam rasanya berbaloi untuk tidur, sarapan. biliknya pun bersih dan kemas. Tambang kira2 rm120 pergi-balik.
Meriahnya shopping... semua ada, tapi ada satu perkara yang geram juga... Kebanyakan pakaian yang dijual adalah untuk mereka yang bertubuh kecil, bersaiz M ke bawah. Jadi sukar nak memilih kalau nak beli pakaian di sini kerana orang Korea rata-rata comey dan kurus. Kalau pakaian kanak-kanak memang sangat trendy dan up to date!
Untuk gambar-gambar di Namsan Tower dan Pulau Jeju, boleh lihat di fan page Laila Kamilia dalam Album Ekslusif Lokasi Cinta Top Secret : Korea
Tiada ulasan:
Catat Ulasan