Kini anda boleh membuat sendiri ferro cement ini di rumah. Saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana ia dibuat langkah demi langkah. Menghasilkan ferro cement ini bukannya susah. Jika anda membelinya di kedai nurseri, harga bagi satu acuan ferro cement yang sudah siap bersama batu sungai adalah sekitar RM10, namun sekiranya anda membuatnya sendiri, harganya sekitar RM7 (untuk saiz yang agak besar juga, harga ferro cement yang telah siap bergantung kepada saiznya). Ini bermakna anda boleh jimat sekitar RM3 untuk satu acuan.
Bahan-bahan
Simen
Gam simen
Pasir
Semua bahan ini dibancuh seperti hendak membuat bahan binaan.
Kayu
Paku
Bahan ini untuk membuat acuan (frame)
Jaring
Cat luar (tahan air)
Varnish
Langkah-langkah
1- Membuat acuan/frame- Kayu dibuat frame mengikut saiz yang anda suka. Satu cara lagi adalah dengan membuat frame terus di atas tanah (memanjang) tetapi pastikan ketika itu adalah tidak hujan supaya simen dapat kering sepenuhnya.
2- Membancuh simen dan meletakkan bancuhan ke dalam acuan/frame. Isikan simen separuh sahaja kemudian letakkan jaring untuk menguatkan binaan. Masukkan baki simen untuk menutup keseluruhan acuan/frame.
Sekiranya anda memilih untuk membuat acuan/frame terus ke dalam tanah, sila pastikan batu sungai terus diletakkan ke atas bancuhan simen sebelum ia mengering.
3- Meletakkan batu sungai ke dalam bancuhan simen. Bahagian ini paling seronok kerana kita bebas mereka corak yang kita suka. Boleh campur warna batu dan jenis batu seperti gambar.
5- Mengecat ferro cement yang telah kering. Setelah mengecat biarkan kering dan varnish bagi meninggalkan kesan berkilat.
7- Menyusun ferro cement yang telah siap di atas tanah.
8- Ferro cement yang telah siap, sedia untuk digunakan. Batuan ini sangat bagus merangsang deria dan dipercayai boleh memulihkan banyak jenis penyakit. Sekiranya mahu, anda boleh meletakkan pemegang bagi membantu anda memijak batuan. Ferro cement ini banyak digunakan di taman-taman rekriasi tetapi anda boleh juga meletakkannya di rumah sebagai hiasan dan kesihatan. Bagus untuk bersama-sama anak-anak menyiapkannya sebagai satu aktiviti keluarga.
Selamat mencuba!
Nota : Saya ingin merakam penghargaan kepada para guru praktikum Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras kerana berkongsi ilmu dengan para guru menyiapkan taman mini refleksiologi ini di sekolah. Selain daripada itu, gambar-gambar di dalam entri ini adalah milik peribadi dan dirakam untuk tujuan pendidikan sahaja.