ENTRI INI PERTAMA KALI DIPOS PADA 15/4/13 DAN REPOST SEMPENA PERADUAN MUDAH NOVEL C1NT4 TOP SECRET.
Balik dari Nami, kaki sudahpun letih. Jadi kami naik bas shuttle ke Insadong. Perjalanan hanya kira-kira 1 jam dengan tambang RM23. Lebih cepat dan dapat merehatkan badan yang penat. Jadi tak perlu bertukar tren dan alert dengan pertukaran tren. Mata mengantuk dengan badan letih memang bestlah sangat dapat berehat-rehat dan zzz di dalam bas.

telur goreng, makan panas-panas sambil berjalan, agaknya nak panaskan badan
Turun di Insadong sejam kemudiannya, kami mengambil peluang untuk singgah di Insadong Street. Sekalipun hari tersangat sejuk, sederet penjual sudah membuka gerai masing-masing. Kelihatannya ramai orang berjualan makanan Korea, ada juga turkish icecream kalau nak cuba. Di sepanjang jalan memang banyak kedai jual sovenir.
Kami sekadar melihat-lihat tanpa membeli apa-apa. Akhirnya kami balik ke hotel menaiki subway dari Stesen Anguk turun di Stesen Mapo. Kami balik ke hotel untuk check in dan membersihkan diri dan makan malam di hotel (makan maggiela...). Hehe... selagi tak jumpa makanan halal, di tempat-tempat negara bukan Muslim, maggie adalah teman paling akrab. Biasanya saya akan bawa satu maggie cup dan satu yang paket. Jadi cup tadi boleh digunapakai sebagai mangkuk untuk maggie paket kerana susah nak dapatkan mangkuk yang sebenar. Kalau nak bawa dari rumah, berat dan menyesakkan saja kan? Sudu dan garfu eloklah dibawa bersama kerana sudu/garfu maggie cup itu tersangatlah kunutnya... hehehe.

kedai jual cenderamata macam ni memang berderet, harganya sedikit mahal dari Namdaemun/Dongdaemun
yang spiral ni saya tak tahu apa tapi memang unik
stokin Korea, sepasang2 sangat comey
lukisan daripada para karyawan yang banyak juga dipamer untuk jualan
Kira-kira jam 8 malam, kami bercadang nak ke Myeongdong untuk ke shopping mall tapi bila sampai di stesen Mapo kami mengubah fikiran. Kami terus ke Itaewon untuk membeli makanan untuk sarapan pagi dan bekalan makanan sepanjang kami berada di Korea.
Kami turun di stesen Itaewon. Sebaik keluar stesen, bau kebab terus menusuk ke hidung. Agh! Terus teringat semasa di Berlin dulu, kedai kebab di rumah lama kami memang betul-betul di depan stesen subway.
Kami terus berjalan dan berjumpa dengan ramai orang Malaysia yang mungkin tinggal di hotel Hamilton. Hotel tu memang popular kerana bersekatan dengan subway dan sumber makanan halal. Kami tak jadi menginap di situ kerana melihat kepada review hotel itu berharga lima bintang tetapi hotelnya sudah lama. Tetapi pastilah padan dengan harganya bersasarkan strategiknya kedudukannya ditambah dengan terdapatnya shopping mall di bawah hotelnya.
Nak makan di mana? Lihatlah gambar-gambar kat bawah kedai makanan halal yang berderet di Itaewon! Pilih mana suka, tepuk-tepuk poket tengok harga! (Maafye, saya susah nak mengadjust gambar dan tulisan menyebabkan gambar dan tulisan tidak selari).
Dari jauh sudah nampak kubah masjid. Kami berjalan kaki menuju ke Masjid Itaewon. Sepanjang jalan memang banyak betul kedai makanan halal tak kira daripada pelbagai negara. Pendek kata, di sinilah syurga makanan halal di Korea.
Jauh juga masjid tersebut di atas bukit. Megah juga baru sampai tapi pemandangannya cantik sebab betul-betul dari atas bukit nampak kotaraya Seoul. Kami membeli-belah makanan di 2 buah kedai di situ dalam perjalanan pulang dari masjid. Sebelum balik, kami sempat merembat kebab untuk couple. Satu untuk di makan buat super dan satu lagi untuk sarapan pagi esok. Harga roti, kek dan biskut sekitar RM3-RM9 yang saya rasa okeyla juga berbanding saya membawa banyak-banyak makanan dari Malaysia sampai penuh beg.Tapi kalau anak ramai dan beg kosong jawabnya bawalah makanan banyak-banyak! Hehe. Harga couple set untuk kebab adalah RM27 (termasuk air 2 gelas). Cukuplah untuk kami berdua!
Pengalaman saya di sini, tak susah juga nak dapatkan makanan halal di Seoul. Di Namdaemun dan Dongdaemun juga ada satu kedai makanan halal. Kalau merantau ke negara macam ni, kenalah bawa roti dan biskut kat dalam beg ya! Itu namanya makanan terdesak! Ok kita sambung lagi dalam entri yang lain...
3 ulasan:
JM pernah pegi ke negara 4 musim ni, rasa nak migrate ke sana jer..sbb best ngan cuasa kat sana heeeeeee
hehehe
nak tanya, yg akak pergi ni bln brape?
Catat Ulasan