Esok 20 Oktober 2012 (Sabtu) bersempena Program Sihat Ceria Bersama Si Cilik, saya akan bersama-sama anak-anak di Wad Padeatrik, Hospital Sg. Buloh, Selangor. Saya akan membacakan buku cerita daripada buku Kawan Baru FB. Program ini merupakan lawatan amal bersama Grand BlueWave Hotel Shah Alam dan Grup Buku Karangkraf ke hospital tersebut dengan slogan “Hati yang suci…mencipta keajaiban”. Banyak acara menarik disediakan untuk menggembirakan anak-anak di wad padeatrik.
Ini tentatif programnya:
9.30 pagi :
Ucapan Alu-aluan Pengarah Hospital Sg. Buloh
9.35 pagi :
Ucapan wakil GBWHSA
9.40 pagi :
Sesi Lawatan Wad Pediatrik
10.00 pagi : Sesi Aktiviti Bermula
11.30 pagi : Sesi Aktiviti Tamat
11.40 pagi : Acara
Penyampaian Hadiah / Sesi Fotografi
12.00 tengah hari : Makan
Tengah hari - Tamat
Senarai Aktiviti:
1.
Mewarna
2. Jigsaw Puzzle
3. Bercerita dari Buku
4.
Menyanyi
& Menari
Semasa Anas (sales GBK) meninggalkan PM di FB saya memaklumkan hal ini saya senyum saja. Sesungguhnya saya berbesar hati dapat bersama-sama anak-anak di sana. Terima kasih atas jemputan ini. InsyaAllah jumpa nanti di sana! Semoga bermanfaat.
ps-Pastilah ada hadiah istimewa yang menanti daripada Auntie Laila untuk anak yang bertuah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan