08 November 2011

Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur

Cuti sekolah makin hampir. Diam tak diam lagi seminggu lebih kita dah bercuti sekolah. Tentu ramai yang sudah merangka percutian keluarga. Tak kisahlah ke mana destinasi anda, yang pentingnya kita dapat berkumpul satu keluarga dan anak-anak gembira.  

Saya ingin berkongsi cerita dengan anda destinasi percutian ke Pahang Darul Makmur. Saya bahagikan entri ini kepada dua bahagian iaitu I dan II. Pada entri I, saya akan membawa anda ke destinasi pelancongan menarik dari KL ke Pahang. Ini bermakna, di sepanjang perjalanan itu, anda berpeluang singgah ke beberapa destinasi menarik yang ada di sepanjang perjalanan anda. Barulah berbaloi kerana percutian itu tidak hanya ke satu destinasi saja bukan?

Saya tidak memilih Genting Highlands dalam senarai destinasi kerana percutian saya singkat saja.  Jadi saya terus ke Bukit Tinggi. Jika anda hanya mahu berjalan-jalan sekitar perkampungan Peranchis di Colmar Tropicale ini, anda perlu membayar tiket masuk sekitar RM12 untuk dewasa. Dengan tiket itu anda berpeluang ke Colmar Tropicale, Japanese Village dan Taman Bonsai. Untuk ke sana anda boleh menaiki kereta atau bas di Berjaya Times Square dengan perjalanan sekitar 45 minit sahaja. Selain dari tarikan di atas, anda boleh berjalan-jalan di Rabbit Park yang mengenakan tiket sekitar RM3 di perjalanan turun/pulang dari Colmar Tropicale.



 pemandangan di Colmar Tropicale


 bermain arnab di Rabbit Park

Kami meneruskan perjalanan ke Gambang Resort City (pengalaman itu akan saya masukkan pada entri II). Alang-alang sudah sampai Kuantan, kami meneruskan perjalanan terus ke Timur ke pantai Cherating. Walau bagaimanapun ketika kami sampai, hari sudah agak lewat, jadi tidak sempat hendak bermain air laut, cuma sempat bergambar.

Kembara kami ini tidak lengkap tanpa makanan best. Kalau ke Temerloh, tentu tak sah kalau tak merasa tempoyak ikan patin. Nyum nyum. Selain daripada itu, kami tidak ketinggalan makan satar dan otak-otak di Kemaman. Sempat lagi membeli beberapa kampit keropok sedap. Memang sedap hingga sekarang terasa-rasa kesedapan satar yang pedas dan power! Memang berbeza dari satar yang pernah kami makan di mana-mana.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Another world's wonders in the making.. Gallery BiGDee House of Magic Potions world's first nano microfungus potions- Taman Royal Lily, Tanah Rata. Come and experience the wonders!

Tanpa Nama berkata...

Another world's wonders in the making.. Gallery BiGDee House of Magic Potions world's first nano microfungus potions- Taman Royal Lily, Tanah Rata. Come and experience the wonders!

bukansaya berkata...

slm.nak tanyak bas dari times square tu brapa rate dia ke bukit tinggi n nak beli tiket tu kat mana.klu bole sapa2 reply kat fb saya effa nurfaezah abdul malik.urgent sgt.tq.

eyka_radzuan berkata...

salam saya nk tnye bas dari times square tuh bas ape ye nak ke bkt tinggi n nak naik dari mne.tq

Tanpa Nama berkata...

Nak tnye. Nak ambik bas dri time square tu dekat mane eh? Ada specific information tak? Please reply dekat email: zatie.azhar@yahoo.com.
Thank you. Nak tau sgt.

LK berkata...

bukannysaya, ati @ fatholl maaf, saya tidak tahu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...