12 Mei 2011

Jalan-jalan Indonesia-Jakarta

Sebelum ke Jakarta, saya menggoogle banyak tentang Jakarta tetapi tiada banyak yang saya jumpa. Saya harap entri saya tentang Jakarta ini akan dapat membantu mana-mana pelancong yang ingin ke sana. Apa yang menariknya Jakarta selain dari jem? Hehehe...Memang benar. Anda boleh larut dalam jem berjam-jam lamanya. Mujurlah ada teman saya Kak Siti Marijam yang pakar mengelak jem. Ada satu cerita menarik yang mahu saya kongsikan di sini tentang pengangkutan awam di sini. Semasa di Bandung, kami menempah 2 teksi kerana bimbang tak muat (6 orang bersama 3 beg besar) tetapi semasa sampai di Jakarta, Kak Marijam hanya memasukkan kami bertujuh bersamanya di dalam satu teksi! Haha! Anehkan tetapi ia boleh dilakukan jika anda orang sana! Kak Marijam ini sangat bijak mengelak jem hingga pemandu teksi itu juga tidak tahu jalan yang dibawa beliau tetapi anehnya, beliau sendiri tidak tahu memandu kereta! Haha!






Destinasi yang saya ingin sangat pergi tentulah ke pusat membeli-belah paling besar di Indonesia, tanah Abang. Memang ramai sangat orang sampai nak berjalanpun susah. Lebih kurang seperti pasar Baru di Bandung tetapi ia sangat besar dan terlalu sesak. Jika mahu parkir di tingkat atas, kita akan mengambil masa 1 jam untuk naik dan 1 jam lagi untuk turun. Jadi lebih baik menaiki teksi dan berjalan kaki saja. Kami meminta pemandu memakir kereta di Kebon Kacang (lebih kurang beberapa km dari Tanah Abang). Penat bershopping, kami pulang dengan azam di kepala, esok kalau nak datang, x boleh bawa Hana lagi! Kasihan!





Selain dari Tanah Abang, pusat membeli-belah yang lain adalah Mangga Dua (pakaian moden dan berjenama) dan Sarinah (pakaian moden dan berjenama lebih kepada butik). Kami hanya sempat ke Sarinah tetapi bersedialah dengan wang yang besar jika mahu berbelanja di sini. Apa tempat menarik di Jakarta selain dari membeli-belah? Tarikan lain tidak banyak iaitu MONAS (Monument National) dan Masjid Istiqlal (masjid rasmi Indonesia) selain pusat membeli belah yang besar seperti Grand Indonesia. Boleh kata semua shopping mall kami telah pergi. Oh ya! Kalau mahu membeli cenderahati pada harga yang agak munasabah, satu-satunya tempat adalah di deretan kedai cenderamata di MONAS. Selain dari itu TIADA.







Banyak catatan dan pengalaman baru dapat saya kutip semasa di sana. Tetapi semuanya indah-indah......

9 ulasan:

MamaZie berkata...

Assalam...

Baru je masuk this blog...mmg empunya blog suka berjalan2 ek..byk tempat yg dilawati ni... :)

LK berkata...

ye..hobi jalan2...nak wat camne...selamat berjalan ke blog ini. moga ada info bermanfaat

Azliny berkata...

Assalamualaikum Cik Laila,
nak tanya mengenai Aston Rasuna. apt kat c2 ok tak? makan macam mana? ok ke kalau duduk kat c2 dgn family (5 dewasa & 2 kanak2)? saya tengok kat internet pricing mcm ok untuk 3 bedroom apt

jarimaniez berkata...

Azliny: Aston Rasuna sgt terbaik for me lah. sbb I kalu oustation + holiday dgn family mmg menginap kat sana je. makanan mcm2 jenis.. tak terhabis mkn. facilities pn best2. siap da gym besar and mini gym. spa pn harga murah utk penginap hotel n lbih murah jika dibanding kan dgn harga2 spa di malaysia.
kalu gi dgn family..mmg SESUAI. da kitchen + washing machine.

Nurul berkata...

salam..kak laila..
nak tanya nie....hotel aston rasuna tu brape star ek?dekat x dgn tempat shopping cth tanah abang,n dr lapangan terbang jauh x?price per/night brape ek...nak g ngan family 6 org...tp lamabt lg..bln 12..sj nak survey dulu kak....
leh kongsi pengalaman.....

Nurul berkata...

salam..kak laila..
nak tanya nie....hotel aston rasuna tu brape star ek?dekat x dgn tempat shopping cth tanah abang,n dr lapangan terbang jauh x?price per/night brape ek...nak g ngan family 6 org...tp lamabt lg..bln 12..sj nak survey dulu kak....
leh kongsi pengalaman.....

duan berkata...

thanks sebab nak gi ke jakarta tak lama lagi dan nak tahu tempat apa yang menarik. ternyata baik pergi ke bandung..

LK berkata...

nurul-boleh check kat web dia. tapi hotel ni mmg best

scheetah_mamahadfinahumayraa berkata...

jauh perjalanan, luas pandangan....seronok nya baca entry ni...
jemput join giveaway MERDEKA GIVEAWAY BY HONEYONNEE.COM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...