Rancangan asal kami sekeluarga mahu ke rumah teman saya Juhaida yang akan melangsungkan perkahwinan Sabtu ini di Temerloh. Namun di saat-saat akhir, saya terpaksa memohon maaf kepada beliau kerana kami sekeluarga mahu menjenguk ibu dan ayah di Alor Setar yang terpaksa berpindah gara-gara banjir besar tahun ini. Kami mahu melihat dan memberikan sokongan moral kepada keluarga di sana. Walaupun dalam hati, rasa was-was kerana tidak pasti boleh lepas ke Alor Setar atau tidak kerana kami diberitakan jalan-jalan utama telahpun ditutup. Lebuhraya menghala ke Hutan Kampung dan sehaluan di atasnya ke Perlis dan Bukit Kayu Hitam turut ditutup kerana banjir besar.
Alhamdulillah, niat yang baik insyaAllah dipermudahkanNya. Asalnya kami bercadang hendak pergi setakat yang terboleh tetapi Allah mengabulkan hajat kami untuk bertemu keluarga. Walaupun jalan ditutup tetapi kami boleh juga 'lepas' hingga sampai ke rumah di Anak Bukit.
Perasaan saya sangat sedih bila melihat khemah-khemah di tepi jalanraya, hingga ada menjadikan perhentian bas sebagai tempat tidur, di bawah jambatan tempat masak. Sedih sangat bila melihat pakcik yang stroke, melintas jalan hendak mendapatkan bantuan makanan. Itu belum lagi melihat rumah yang sedia elok, bertakung air, bangkai lipas merata, perabot dah kembang macam roti dicicah air. Adoi! Itu belum bau busuk pakaian dan sofa yang terendam. Belum lagi dikira kemusnahan alatan elektrik. Saya berkata di dalam hati, jika Tuhan mengkehendakkan maka jadilah. Kita ini hanya manusia yang kerdil.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada mereka yang berkemampuan, bantulah kepada mangsa banjir. Terlalu banyak yang anda boleh sumbangkan dari wang ringgit hinggalah kepada air mineral dan pakaian terpakai. Tak lama lagi anak-anak akan bersekolah untuk sesi 2011. Duit memang banyak diperlukan setelah berabis mencuci dan membaiki rumah, perabot, barang elektrik dan pakaian. Saya menganggarkan kira-kira RM10K diperlukan untuk perabot dan RM10K untuk barangan elektrik!
Jadi, jika ada kelapangan, jenguk-jenguklah saudara-mara yang sedang dilanda musibah itu. Kadang-kadang kedatangan kita, sekalipun tidak dapat menyumbang banyak, memberikan mereka sokongan moral. Kepada mangsa banjir, kami sekeluarga mendoakan anda tabah menghadapi ujian Tuhan. Allah pasti tidak akan menguji hambaNya, lebih dari kemampuanNya. Pastilah ada hikmah, mengapa dalam sekalian manusia, anda yang menjadi pilihanNya menerima dugaan ini. Tabahkanlah hati....
lumpur yang tinggal di lantai dapur
perabot yang sudah kembang semangkuk
hehehe budak-budak ni action aje yang lebih, main air lagi banyak dari menolong
penduduk menerima bantuan makanan. hari tu beras yang dihantar x cukup, jadi sekampit beras 10kg harus dibahagi kepada 2 buah rumah
pemandangan dari jalan raya jalan mengala ke rumah sudah surut
1 ulasan:
I am thrilled that you said this :P
Best regards,
Graham
http://insure-insurance.info
Catat Ulasan