09 Mei 2010

Hana: Ketika di ICU dan Hari Ini

Dua situasi berbeza.



Gambar di atas dirakamkan ketika Hana ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur pada minggu lalu. Ketika itu, Hana tidak sedar kerana diberi ubat pelali dan dia bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan. Umurnya baru 8 bulan tetapi terpaksa menanggung kesakitan sebegini rupa. Di badannya terdapat tiub-tiub yang untuk ubat, antibiotik, NaCl, susu, oksigen dan tiub untuk ujian darah. Berselirat wayar dan kabel bagi mengesan pernafasannya dan nadinya, jumlah oksigen dan pelbagai lagi yang saya sendiri tidak mengerti. 


Hari ini.  Hana masih di Institut Pediatrik tetapi di Wad kanak-kanak. Beratnya sudah mengurang setengah kilo dalam masa 2 minggu di hospital. Lihatlah wajah cerianya yang amat saya rindui. Ini Hana yang amat saya sayangi dengan hela nafas saya sendiri. Akan saya tatang anak comel ini sehingga akhir hayat saya. Semoga Allah pelihara dan memberi kesihatan kepada dirinya mulai hari ini dan untuk masa-masa akan datang.

7 ulasan:

CT berkata...

tabahkan hati dik, Allah nak menduga kita..tabah ke tidak....

azizailan berkata...

Alhamdulillah....semuga semakin sembuh hana

Baitul SMR berkata...

اسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَه

Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung. Robb yang menguasai Arsy yang agung agar menyembuhkan penyakitnya.

Salam sayang buat Hana dari Ummi Mar, Berlin.

shila berkata...

salam kak has,
semoga hana smkin sihat n ceria..insyaAllah..shila dpt tau hana masuk hosp serdang..teringin sgt nak tgk..tp, fhm situasi yg kak has alami time tu..so, juz doa dr umh jer..
sedih sgt tgk gmbr hana yg penuh ngn wayar2 tuh..tmbh2 di wad icu..teringt pengalaman shila jg syahmi ms dia kene pneumonia..gundah gulana tu tuhan je yg tau..inikan pula hana yg berada di icu..kak has sgt tabah..
k, shila doakan sumer baik2 belaka..kak has, kuatkan semangat ye..ada ms kite leh jumpe..nak tgk snyum comel hana..

Ajzie berkata...

Semoga Hana cepat sembuh.

ina berkata...

assalamualaikum laila...maaf dah lama tak ke rumha laila n diba2 je dpt tau hana masuk wad. meruntun hati lihat si kecil tu..sy doakan hana sembuh n pulih spt sediakala...

zarina alaf21fc

LK berkata...

terima kasih semua

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...