Hari demi hari berlalu, sekejap saja Hana saya sudah 6 bulan. Macam baru semalam aje dapat tahu yang saya mengandung lagi (saya dan abang saling berpandangan tidak percaya semasa pertama kali dapat tahu). Macam baru semalam aje kami menempuh Ramadhan dan di suatu pagi pada waktu bersahur itu (selepas saya berkemas apa yang patut kerana kami ada tamu waktu itu), saya tiba-tiba sakit hendak bersalin. Kini anak dara saya dah 6 bulan dan kami sedang membilang hari untuk membawanya pulang ke tanah air Malaysia yang tercinta; untuk bertemu nenda-nenda dan yang lain-lain tercinta. Saya tahu, mereka semua tidak sabar bertemu Hana Nurein lebih dari mereka merinduinya saya dan yang lain-lain. Sementelah inilah pertama kalinya mereka mahu bertentang mata dengannya. Untuk maktok dan wan, inilah cucu perempuan pertama mereka dan untuk nenek dan atuk, inilah satu-satunya cucu yang mereka tidak pegang pada hari pertama kelahirannya. Sudah pastilah kehadiran Hana Nurein di LTA Sepang, di suatu hari nan indah sangat-sangat mereka nantikan!
Inilah gambar terbaru Nurein saya yang dirakam di sebuah restoren di LTA Franfurt Han dalam perjalanan pulang dari Kembara Eropah kami (betul Cik Din, kami jalan-jalan lagi sebab tu rumah ni berabuk...heheh). Inilah Hana saya bersama tocang pokok nyiornya yang pertama!
9 ulasan:
Hana macam shogun...mata hitam..ahaks!
Makin berubah muka dia kak since dia lahir hingga skrg..
Yuss BPO
subhanallah... comelnyalah. macam mana boleh produce anak perempuan secomel ini kak...
subhanallah kak has..mmg cute sgt2..nnt preggy nak ltk print n ltk gmbr hanna dlm frame lah..haha bg dpt mata camtu..hitam dan bersinar..
Salam kak laila,
comelnya Hana.
Single ke dah berpunya?
Umar nak ngorat boleh?
Hehe...
Kak has,
mmg geramlah tgk hana ni..nak cubit2 dia..hehehe..kak has dah nak balik erk?nti de ms nak jumpe..nak cubit hana..hahaha
Comelnya! muahhhhhhhhhhhz
Comelnya! muahhhhhhhhhhhz
suhana-shogun samurai! dah lama x tgk citer tu kan
yus-mmg berubah bynk...
yana n bie-danke...hehe
umi-ooo....usya yer...cubit pipi umar sekali!
shila-jgn..nt layut...haha
kak eka-nnt kami datang ruumah
Catat Ulasan