02 Oktober 2009

Pilihanraya Jerman dan Ancaman

27 September 2009 yang lepas, pilihanraya di Jerman telah berlangsung. Saya berpeluang melihat keadaan pilihanraya di sini. Beberapa bulan sebelum pilihanraya sudah ada perjumpaan dan perarakan di kalangan pengundi. Jalanraya sibuk dengan perarakan penyokong parti. Mereka memabwa bendera parti dan memakai pakaian menyokong parti masing-masing. Mungkin tiada bezanya dengan penyokong parti semasa pilihanraya kita di Malaysia tetapi yang berbeza perarakan ini aman. Polis walaupun ramai hanya memerhati. Tiada berlaku insiden tidak diingini seperti di Malaysia. Siap ada konsert hiburan lagi. Seolah-olahnya mereka sedang bergembira dan bukannya berada dalam suasana tegang seperti pilihanraya kita di Malaysia.

Beberapa hari sebelum pilihanraya berlangsung, televisyen memaparkan ancaman Al-Qaeda yang mengatakan jika keputusan plihanraya tidak memihak kepada mereka yang mahukan pengunduran tentera Jerman dari Afghanistan, maka Jerman harus bersedia menerima serangan pengganas. Dalam video itu juga mengingatkan Muslim di Jerman supaya menjauhi tempat-tempat awam yang ramai orang dalam tempoh 2 minggu selepas pilihanraya berlangsung.
Keputusan pilihanraya masih mengekalkan Angela Merkel sebagai Canselor Jerman bagi peggal kedua. Tidak menghairankan kerana desas-desus sebelum pilihanraya yang beliau tidak mudah dikalahkan kerana sangat berpengaruh di Jerman. Tidak hairan kerana Majalah Forbes telah menyenaraikan beliau sebagai Wanita Paling Berpengaruh di Dunia dari 2006-2009!
Saya tarik nafas dan berdoa semoga kami semua di sini selamat dan berada dalam perlindungan Allah selalu. Menjadi golongan minoriti di saat-saat genting seperti ini memang menakutkan. Dan saya megingatkan diri berpantang maut sebelum ajal.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...