19 Oktober 2009

Buaian

Saya memang tak berapa gemar dengan buaian untuk anak kecil. Kenapa? Semasa saya kecil, sebagai anak yang paling sulung, pastinya saya kena membantu ibu menjaga adik-adik. Paling saya tidak suka tentulah mengenjut buaian adik. Penat betul tangan mengenjut buaian adik untuk menidurkannya. Kadang-kadang memakan masa berjam juga jika angin adik tidak berapa baik hari itu (rasanya Azham lagi susah hendak ditidurkan dari Hafis). Penat tangan mengenjut buaian berspring itu hinggakan kadang-kadang memang angin kerana dalam kepala hendak ikut kawan-kawan bermain tetapi kena pula membantu ibu mengenjut buaian. Sudahnya buaian itu dihenjut berkadar langsung dengan emosi marah... Mujurlah di bawah kepala adik diletak bantal. Jadi kalau saya henjut kuat, tak adalah terkena lantai.

Semasa Hardy merengek-rengek payah nak tidur, mak terus saja minta abah beli tali hendak buat buaian katanya. Tali rafia disangkut dengan spring buaian peninggalan adik bongsu saya (mak saya memang cermat menyimpan barang-barang lama). Bergoyang-goyang alang rumah menyangga berat Hardy dan diapun sedap tidur. Mak saya tersengih-sengih seronok kerana cucunya tidaklah menangis lagi. Sambil menidurkan Hardy mak mengasah bakat menyanyi...menidurkan cucunya dengan lagu turun-temurun kami kecil dahulu.

Tapi satu masalah besar timbul. Bila nak tidur aje, Hardy mesti nak buaian. Bila tak ada buaian Hardy susah nak tidur. Hardy dan buaian sentiasa berkadar langsung. Memang tak boleh dipisahkan. Bila dalam perjalanan jauh berkereta memang menyusahkan. Kalau kereta bergerak tidak mengapa. Tapi kalau kereta berhenti kerana lampu isyarat, terpaksalah mak dia ni menghenjut kereta supaya bergoyang...hahaha memang pengalaman melucukan. Mujurlah masa itu kereta kami hanya kereta kancil. Goyang sikit dah bergerak. Masa tu dah tak kisah orang kiri kanan asyik menoleh asalkan anak yang sedang dikendong berhenti menangis.
Kalau berjalan ke mana-mana memang kami akan bawa buaian sementelah buaian spring itu bukanlah berat sangat. Masuk dalam beg tak siapa perasan. Ia memang sudah menjadi keperluan kepada kami masa itu. Teringat semasa menginap di hotel disebabkan tiada alang maka kami menggantung buaian menggunakan alang di dalam almari....Kenangan itu memang melucukan tetapi ia mengingatkan kami berdua supaya selepas ini jangan cari pasal membiasakan anak kecil dengan buaian.

Bila Hakimy lahir, saat mak menyarankan saya memasukkannya ke dalam buaian, awal-awal lagi saya sudah angkat tangan untuk membangkang. Pengalaman dengan Hardy membuatkan saya mahu mengelakkannya berulang kembali. Lalu Hakimy hanya dikendong walau sekuat mana dia menangis. Alhamdulillah Hakimy tak memerlukan buaian untuk tidur sampailah ke besar. Letaklah di mana-mana dia akan terlelap lena.

Saat Hana lahir, saya memang tidak mahu meletakkan dia di dalam buaian. Tetapi si kecil Hana ini asyik mahu dipeluk (mungkin kerana lepas lahir terus diletak dalam dakapan ibu) maka dia mahu saya sentiasa ada memeluk dia. Masalahnya ibunya ini manusia biasa. Ada kala hendak ke tandas, ada masa hendak mengisi perut dan banyak kali terlelap tatkala menggendong dia.

Nak selesaikan masalah rasanya kami terpaksalah mengalah. Kenalah juga nampaknya dicarikan buaian. Nak beli buaian spring memang tak ada dijual di sini. Sementelah mana nak dicari alang pada rumah zaman perang ni. Nak dipos dari Malaysia? Gurau saya pada teman yang mencadang, lebih baik minta pos lemang dari buaian. Alhamdulillah terima kasih lagi kepada ebay. Inilah buaian Hana yang abahnya beli beberapa minggu lepas. Berjaya juga Hana 'berpisah' sebentar dari ibunya.

lena diulit mimpi...buaian automatik tak perlu dihenjut tangan lagi

ada muzik jadi maknya tak payahlah mengasah bakat menyanyi.... ada lampu kelip-kelip juga dan ianya boleh dilipat untuk dibawa ke mana-mana



tali pinggang keselamatan untuk mengelakkan Hana jatuh semasa mengeliat...haha

Saya tertanya-tanya bagaimana agaknya orang-orang tua dulu boleh terfikir nak masukkan bayi ke dalam buaian untuk melenakannya? Sambil menulis, saya garu kepala.

7 ulasan:

dhiya zafira berkata...

salam...

kadang2 orang tua zaman dulu lebih cerdik dr org sekarang...mereka kan memang kaya dengan pengalaman...

LK berkata...

iya...lbh dulu makan garam

Tanpa Nama berkata...

panjang betul intro nak cite psl buaiyan baru hana yee...

mas

LK berkata...

mas-hahaha

Tanpa Nama berkata...

sy ada sebijik buai automatik,buai yang kami cipta sendiri untuk final projek,meterial yang kami gunakan adalah kayu+besi..kendalian yang sngt menarik menggunakan remote control+alat mizik+dan buai yang telah di programkan mengikut kehendak kami sendiri..kami juga mengguna kan sensor vibration yg mengesan pergerakan bayi.. kepada student yang berminat dengan projek kami bolehlah hubungu:
MR IBRAHIM-0145076681

kamihanya ada sebijik sahaje..
segala litar+proposal+video juga kami sediakn pada student yang berminat..

Tanpa Nama berkata...

wah cik ibrahim berapa harga yg nk di jual?? kami mmg berminat untuk final projek yg kami nk buat ni..

Tanpa Nama berkata...

salam perkenalan....bila bc blog sis n...., gse mcm sme je anak kita....cme anak sy n bila bjalan jauh je mestu nak buai....dlm keta klo nakntdo nak buai..puas dioeluk...dikendongmmcm tu jgk..bila ngis dlm kte x tntu arah jd nye..ade x sape2 tau cr nak atasi mslah n...:(.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...