12 Julai 2009

Marwa Sherbini : Terrorism has no religion


Berita tentang pembunuhan kejam Marwa Sherbini tersebar di internet dan di CNN. Tunjuk perasaan mengutuk pembunuhan kejam Marwa diadakan di Jerman mahupun di Mesir.

Cuba anda bayangkan bagaimana di suatu petang anda sedang bermain dengan anak anda di taman permainan dan tiba-tiba anda dimaki hamun hanya kerana anda seorang wanita Muslim yang bertudung. Anda Muslim dan kerana Muslim anda adalah pengganas! Bodoh! Sungguh memalukan bagi sebuah negara maju di Eropah kerana mempunyai seorang warganegara yang berotak sempit.

Marwa menyaman lelaki Jerman ini Alex, dan lelaki itu didenda tetapi semasa di dalam mahkamah, dia telahpun mengeluarkan pisau dan menikam Marwa sebanyak 18 kali! Bayangkan bagaimana di dalam mahkamah, lelaki itu boleh membawa pisau. Yang hairannya jika sekali dua tikaman itu, ada juga logik tetapi 18 kali tikaman! Apa polis tak memeriksa Alex semasa memabawanya masuk ke mahkamah? Di mana orang yang menyaksikan perbicaraan itu? Kenapa Marwa boleh ditikam sebanyak 18 kali di hadapan sekalian orang?Suaminya yang menyaksikan kejadian cuba menghalang tetapi dalam usahanya membantu isteri tercinta dia ditembak atau tertembak oleh polis yang cuba meleraikan.... sudahnya suaminya turut koma. Yang paling dikutuk si Alex langsung tidak cedera. Memang bodoh polis-polis itu. Tanpa usul periksa terus menembak si Arab berwajah Muslim dari menembak si kulit putih yang nyata sedang menikam bertubi-tubi!

Untuk bacaan lanjut sila ke http://edition.cnn.com/2009/WORLD/europe/07/06/egypt.woman.killed/index.html

Saya sedih kerana isu rasis ini ada di mana-mana tanpa mengira maju atau tidak negara itu. Islam selalu menjadi mangsa. Atas nama Islam, mereka melabel kita pengganas tetapi apa yang dilakukan oleh mereka lebih ganas lagi. Media tidak mengwar-warkan isu ini tetapi jika kita yang mengusik mereka, isu yang sebesar zarah menjadi sebesar benua. Di Peranchis, ada ura-ura untuk mengharamkan pemakaian jilbab. Apa hak mereka hendak menghalang kita dari bertudung sedangkan sister mereka memakai tudung tidak pula dilabel sebagai pengganas.... Inilah dunia.... keadilan menjadi harga yang terlalu mahal bagi seorang Muslim.

Saya berdoa semoga Muslimah yang bertudung di mana-mana di negara asing ini sentiasa berada di dalam peliharaan Allah. Al Fatihah untuk Marwa....

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...