16 Mei 2009

Perutusan Hari Guru 2009

16 Mei setiap tahun diisytihar sebagai Hari Guru di Malaysia sebagai dedikasi rasa terima kasih kepada guru-guru di seluruh Malaysia. Mengapa tarikh 16 Mei dipilih? Semasa saya ditemuduga untuk perlantikan tempohari saya ditanya. Jadi apakah jawapannya? Tarikh 16 Mei dipilih bersempena penerimaan cadangan Jawatankuasa Laporan Pelajaran pada tahun 1956 sebagai Dasar Pelajaran Negara Kita oleh Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu. Oleh itu tentu saja tarikh sambutan hari guru di Sri Lanka tidak sama dengan hari guru di Malaysia (itupun kalau ada).

Tetiba terasa macam Menteri Pelajaran pula bila memilih tajuk perutusan hari guru. Tapi sememangnya saya dengan rasa rendah diri ingin mengutuskan salam Hari Guru kepada semua guru-guru saya yang telah menyampaikan ilmunya dengan baik hingga menjadikan saya seorang Haslina Kamaluddin hari ini. Tanpa guru-guru entah apalah hendak jadi dengan hidup saya. Sudah pasti mengenal huruf tidak tahu apatah pula hendak menyusun kata-kata hingga menjadi sebuah buku.

Seseorang pernah berkata "Once a teacher, forever a teacher". Ada benarnya kata-kata ini kerana walau hanya sehari anda menjadi guru, sampai mati anak murid anda akan memanggil anda cikgu. Guru adalah pekerjaan yang mulia hingga ada membuat perumpamaan Guru Ibarat Lilin, Membakar Diri Menerangi Orang Lain... Kepada semua guru-guru di luar sana, Selamat Menyambut Hari Guru. Ramai orang menyayangi anda dan mengingati anda insyaAllah di dunia dan di akhirat. Semoga ilmu yang anda sampaikan akan memberi manfaat dan menjadi syafaat di akhirat. Amin.



Untuk teman-teman KPLI 1.9 2007 dan rakan sekerja di SK Bukit Raya, Hulu Langat 2008. Selamat Hari Guru dan semoga lebih berdedikasi mendidik anak bangsa. Walau jauh anda tetap dalam kenangan. InsyaAllah jumpa lagi pada 2010.

ps-kepada yang mengucapkan salam hari guru kepada guru yang sedang bercuti ini terima kasih banyak-banyak ye. Itu untuk mengingatkan saya, cukup-cukuplah bercuti tu....ehhhee

2 ulasan:

Sufi Idany berkata...

Selamat Hari Guru Laila..... Guru Pembina Negara Bangsa....

Suka baca citer pengembaraan u ni.... teruskan.... sekurang2nya laila terpilih untuk melaluinya...

LK berkata...

terima kasih Sufi. Selamat Hari Guru untuk anda juga...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...